Sunday, 3 June 2012

Antara Cinta dan Benci Part 2




         “ Err..Boleh.Jom,pergi tempat lepak yang biasa..”Ajaknya sambil melangkah.Aku yang tergamam hanya mampu mengikut arahnya.Kakinya dan kakiku melangkah ke arah ‘port’ melepak kami yang paling kami suka.Lepas bergaduh dengan dia,aku sering menghabiskan masa di sini,sekurang-kurangnya dia tak dapat bawa ‘makwe’ baru dia ! Jahat tak aku ? Aku memang selfish pun !
         “ Erm,apa yang kau nak cakapkan dengan aku Risy ?” Tanyanya setelah duduk di bangku yang disediakan.
         “ Kau ingat tak..Kita pernah berjanji untuk simpulkan persahabatan ni selama-lamanya ? Tanyaku,masih enggan ke topik yang sepatutnya.
         “ Ya..”
         “ Tapi nampak gayanya macam persahabatan kita ni dah ada tanda-tanda nak putus kan ?” Tanyaku buat kali kedua.
         “ Risy...”
         “ Kau yang putuskan Ris,kau..Hanya sebab Sya,kau tak percayakan aku.Sedangkan kau dah lama kenal aku,lebih lama dari kau kenal Sya.Tapi,sampai hati kau tuduh aku Ris...”Balasku tanpa sempat dia berkata apa-apa.
         “ Risy...”
         “ Kau tau Ris ? Aku sakit sangat.Aku tak percaya,sahabat yang aku sayang buat macam tu kat aku..”
         “ Risy..”
         “ Ris,aku menyesal Ris.Aku menyesal..! Menyesal sebab kenal kau..Kalau aku tak kenal kau mesti aku tak rasa sakit macam ni..”Keluhku sendiri tanpa sedar.
         “ Risy..Aku..aku..aku..”
         “ Ris,aku menyesal jatuh cinta pada orang macam kau,yang tak pandai menghargai cinta,yang tak pandai menghargai persahabatan.Aku menyesal Ris..”
          Aku lihat Faris terus melopong mulutnya,mujurlah sempat ditutup sebelum satu lalat pun masuk ! Mesti dia terkejut..
         “ Risy,kau ?”
         “ Ya Ris..Aku suka kau,aku sayang kau,aku cinta kau.Tapi aku sedar,kau bukan milik aku..”Air mata yang aku tahan akhirnya tumpah jua ke pipi.
         “ Risy..maafkan aku Risy..”
         “ Tak apalah Ris..Selamat tinggal Ris.Kau takkan jumpa aku lagi selepas ni.Begitu juga kawan-kawan yang lain.Selamat tinggal Ris,semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau..”Balasku tersenyum,menyembunyikan rasa perit jauh ke dalam hati.Aku ingin melihat dia bahagia.Aku pantas mengatur langkah,berpaling darinya.
           “ Risy,kau nak pergi mana ? Risy !”Jeritnya apabila melihat aku semakin menjauh.Aku hanya mampu melihat sambil tersenyum dan melambaikan tanganku kepadanya tanpa membuka mulutku.
          Ya Allah,andai dia bukan milikku,kau hilangkanlah cinta di hatiku,jauhkanlah hatiku daripadanya.Ya Allah,andai ini takdirmu yang telah ditetapkan kepadaku sedari dulu,aku terima dengan pasrah.Bahagiakan dia Tuhanku,kerana aku tak mampu membahagiakan dirinya sepanjang aku hidup.
         “ Risy....” Kata Faris sambil melutut,menangis.Mengapa ? Kenapa kau pergi tinggalkan aku dalam rasa bersalah Risy ? Kenapa aku buta selama ni Risy ? Kenapa aku buta hingga aku tidak melihat cinta di mata kau ? Risy,kembalilah padaku Risy.Akan aku bahagiakan kau Risy.Ampunkan aku ya Allah..!
         “ Ris..Menyesal sekarang dah tak guna.Risy dah pergi dari hidup kita.Kita takkan dapat jumpa dia kembali.Dia pergi membawa hatinya yang lara Ris.Dua pesan aku kat kau Ris..Hargai seseorang sebelum dia pergi meninggalkan kita dan pandai-pandailah kau memilih antara kaca atau permata.Kitorang pergi dulu..” Aris bersuara perlahan apabila mendekati Faris yang kelihatan teresak-esak.
         Hujan yang turun bagaikan mengerti perasaan hati seorang lelaki yang ditinggalkan sahabat baiknya merangkap orang yang dicintainya.Betapa berat hati lelaki ini untuk menempuh segalanya selepas ini.Wahai sang gadis,jika ini membahagiakanmu,aku relakan kau pergi,demi kebahagiaan kau.
Beberapa bulan kemudian...
         “Assalamualaikum murid-murid.Hari ini kita akan menerima seorang pelajar baru.Ok,Hakim.Kenalkan diri awak kepada pelajar-pelajar yang lain..”Suara cikgu Aqilah menusuk gegendang setiap telinga yang mendengar.Para pelajar,lelaki mahupun perempuan seakan terlopong melihat ketampanan lelaki bernama Hakim ini.
          “ Assalamualaikum semua.Nama saya Aiman Hakim,panggil saya Hakim aja.Saya harap kawan-kawan dapat terima saya sebagai pelajar baru di sini.”Dengan selambanya dia memperkenalkan dirinya.Alah,suasana ini memang dah lali dengan dia.
         “ Baiklah Hakim.Awak boleh duduk di sebelah Faris.Faris,angkat tangan !”
         “ Saya cikgu !” Dengan pantas Faris mengangkat tangannya tinggi.
         “ Gulp..aku kena duduk dengan mamat ni ke ? Lelaki yang tak pandai menghargai cinta adikku..?” Kata-katanya hanya terluah di dalam hatinya sambil wajahnya memandang Sya & The Geng dengan muka menyampah.Para gadis-gadis yang menyakiti hati adik kesayangannya !
        Hakim melilaukan wajahnya ke arah seluruh bilik darjah.Kini,wajahnya tertancap kepada 4 sekawan.Aris,Aira,Iz dan Aqif ! Wajahnya kelihatan seperti ingin memohon simpati,tetapi mengenangkan apa yang telah dilakukan terhadap adiknya,semangatnya memang berkobar-kobar untuk menyaksikan kejatuhan mereka.Sekarang,dia hanya perlu bersabar.Dengan rasa malas,dia berjalan ke arah tempatnya yang sememangnya kosong semenjak Badri turut berpindah.
         “ Hai,saya Faris.Panggil Ris pun boleh.Erm,boleh saya panggil Akim ?” Tegur Faris,ramah.
         “ Hai,nama aku Hakim.Sukati kaulah nak panggil aku Akim ke apa ke ..” Balasnya malas membuatkan Faris terdiam,mungkin dia masih penat.Mungkin itulah yang difikirkan Faris ! Kesian,jika dia tahu lelaki di sebelahnya akan membalas dendam bagi pihak adiknya,dia tidak akan seramah ini.
         “ Ok,murid-murid.Sila buka buku teks muka surat 189..”Arah cikgu Aqilah dengan suara yang garang.Guru ini sudah hilang kemesraannya semenjak Risy berpindah.Risy memang anak murid kesayangannya,malah hampir kesemua guru-guru sekolah ini bersedih dengan pemergian Risy.
         “ Perhatian,perhatian kepada semua guru,anda diminta bergerak ke bilik mesyuarat untuk satu mensyuarat tergempar.Diulangi,kepada semua guru anda diminta ke bilik mesyuarat sekarang juga.Terima kasih.”
         Terdengar pengumuman yang meminta para guru untuk ke bilik mesyuarat.Cikgu Aqilah terus mengemaskan barangnya dan meminta Faris untuk menjaga kelas supaya tidak gamat dan mengganggu pelajar kelas lain.Selepas itu,cikgu Aqilah terus keluar.Hakim hanya mampu melihat,sedangkan dia masih tidak selesa berada di tepi Faris,malah di hadapan Sya & The geng lagi !
        “ Hai ! Saya Aisya Amilia ! Ini Aimi Najihah dan itu Arifah Elliana..!” Kata Sya mengenalkan dirinya.
         “ Sya,sory yer..Jangan kenalkan nama aku dengan orang asing.Aku tak suka !” Kata Arifah Elliana,selamba tanpa memikirkan perasaan Sya.Hakim yang mendengar,menguntumkan senyum.Rupa-rupanya si Arifah ni taklah seteruk Sya dan Aimi yang nampak terlebih ligat ni !
         “ Hai..Aku dah kenal korang bertiga..Lebih-lebih lagi Sya !”Balas Hakim sambil meneknkan perkataan Sya !
         “ Eh ? Saya ni popular sangat ke sampai pelajar baru macam awk ni boleh kenal nama saya tanpa saya perkenalkan diri ?” Eh,perasan siot perempuan ni ! Tak tahu malu sungguh ! Kata Hakim di dalam hatinya.
         “ Eh,maaflah..Setahu saya yang paling popular kat sekolah ni Elyana Erisya ! Dari dulu lagi !”Balas Hakim selamba.
         “ Perempuan tu ? Perempuan yang selalu cuba merampas ‘bekas’ teman lelaki saya ? Hah ! Mimpilah dia yang paling popular !” Balas Sya geram kerna jejaka ini menyebut nama yang menjadi kebenciannya dari dulu sehingga sekarang.
         “ Sya..Kau jaga baik-baik mulut kau ! Dia tak pernah nak rampas akulah ! Tapi kau yang rampas kebahagiaan dia ! Apabila aku sedar aku tak mencintai kau,barulah aku putuskan hubungan kita !!” Faris bersuara dalam nada geram apabila nama Risy diburukkan di hadapannya.
         “ Eh,pesal mamat ni back up adik aku pulak ? Bukan dia yang sakitkan hati adik aku ke sampai adik aku sanggup ke Bandar Johor Bharu semata-mata kerana terluka dengan Faris..” Perlahan suara itu terluah daripada bibirnya.Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya !
         “ Kejap ! Tadi kau cakap ‘bekas’ Aisya Amilia ?”Suara Hakim bertanya dengan tegas sambil melihat ke arah Faris.
          “ Ya ! Dan yang menjadi penyebabnya adalah Elyana Erisya..!” Sya berkata dengan lantang.Tanpa disedari,empat pasang mata memerhati tingkah laku Hakim sedari tadi.
           “ Aisya Amilia ! You are too much ! Hubungan kita hancur bukan sebab Risy ! Tapi aku yang bodoh memilih kau sedangkan cinta aku yang sebenar ada pada Risy ! Aku yang tidak melihatnya sehinggalah dia mulai menjauh dari aku ! Do you understand that ?!” Tajam mata Faris melihat Sya membuatkan Sya mula kelu untuk berkata,pastinya takut.
             Hakim yang melihat mula tersenyum.Ternyata adik kembarnya tidak bertepuk sebelah tangan.Faris juga mencintainya,tapi mungkin adiknya ingin Faris merasai kehilangannya sepertimana dia merasai kehilangan Faris.Selepas itu,dia bergerak ke arah empat sekawan yang memerhatikannya sedari tadi.Bukan dia tidak perasan,tetapi topik yang menjadi bualan tadi menarik perhatiannya.
         “ Wei ! Korang..Korang dah tau ke Ris dan Sya dah putus ?”Tanya Hakim apabila tiba di  hadapan mereka.
         “ Aku dah taulah Hakim ! Terkejut beruk aku bila kau tiba-tiba masuk sebagai budak baru ! Setahu aku kau abang Risy,mesti tak boleh masuk sini.Macam mana kau kelentong ?”Tanya Iz meminta penjelasan.
          “ Woi ! Abang apanya ! Aku kan kembar dia ? Awal beberapa jam kot !”Balas Hakim dengan tawa yang ditahan,ternyata mereka semua tertipu dengan lakonannya dan Risy.Bijak sungguh Risy menipu.
          “ Kurang asam kau Kim ! Kau tipu kitorang rupanya !”Kata Aira dengan geram,begitu juga dengan Iz,Aris dan Aqif.
           “ Wey ! Korang jangan bagitau sesiapa aku ni kembar Risy ! Kalau tak memang nahas ! Aku datang ni pun nak bersihkan nama adik aku dan pastikan Sya & The Geng mendapat balasan dan akhirnya meminta maaf !”Kata Hakim penuh marah.
         “ Beres ! Kau boleh harapkan kitorang !” Balas mereka serentak.Kemudian mereka berbual mengenai topik-topik semasa. Dalam diam,Sya memerhati dengan geram.Yelah,dia yang bertegur sapa dulu dengan Hakim,kenapa Hakim lebih rapat dengan empat sekawan yang turut dibencinya ? Dan lebih penting,macam mana Hakim boleh mengenali Risy ?
Di waktu Rehat...
          “ Hye guys ! Jom pergi rehat sama-sama ?”Pelawa Sya kepada empat sekawan.
          “ Sory lah Sya ! Kitorang taknak rehat dengan orang yang selalu iri hati ! Jom Hakim,jom Faris !” Aris menolak ajakan dengan kasar,dia sedar Sya & The Geng sering sekali ingin merapatkan diri kepada mereka lebih-lebih lagi sekarang Hakim dan Faris menjadi ahli kumpulan mereka.Yang lain pun sedar,sejak Risy pindah,Sya ingin menjadi kawan ‘baik’ mereka sedangkan mereka sering menolak.Kumpulan mereka kan dikenali budak sekolah ni tak kiralah junior mahupun senior ? Semuanya mengenali dan menyukai mereka lebih-lebih lagi Risy.
           “ Jom..!”Balas Faris dan Hakim serentak.Tanpa mempedulikan ‘gadis’ itu,mereka berlalu ke kantin sambil berbual dan bergelak ketawa.Sya memandang dengan penuh dendam.
Ketika menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..
          “ Sya,couple nak ?” Tanya Hakim selamba.Sya melopong.Tidak disangka jejaka yang menjadi pujaan menaruh hati kepadanya.Dengan pantas dia mengangguk,bersetuju.
          Hakim ketawa kuat di dalam hatinya.Tidak disangka Sya dengan mudah menyutujuinya sedangkan Hakim hanya ingin memastikan Sya akan mendapat balasannya kerana menyakiti sekeping hati adik kesayangannya !
         “ Dik,kau sabarlah.Tenangkan jiwamu disana.Aku akan terus sokong kau dik,lupakan segalanya yang perit disini.Semoga kau pulang dengan kegembiraan,bukan kesedihan kerana aku tak sanggup menatap kesedihan kau dik..”Pesan Hakim,sekadar terucap dihatinya.Sungguh ! Mengenangkan keperitan yang terpaksa dihadapi adiknya,hatinya umpama disiat-siat,seolah-olah dia yang merasakan keperitan itu.Benarlah kata orang,cubit paha kanan,paha kiri terasa.Contohnya adalah dia !
           “ Woi ! Kau buat apa kat sini hah ? Teringat awek ?” Sergah Faris secara tiba-tiba.Entah mengapa dia senang untuk merapati lelaki ini,seolah-olah di dalam diri lelaki ini ada seseorang yang dia rindui.
          “ Wey ! Terkejut beruk aku kau buat macam tu beb ! Beruk pun tak terkejut macam ni tau ? Aku rasa terkejut aku ni sama macam terkejut...”Jawab Hakim tetapi dalam keadaan berahsia.
          “ Terkejut apa beb ?”Soal Faris tidak sabar.
          “ Terkejut macam chimpanzee !! Hehe” Balas Hakim sambil tersengih manakala Faris mula mengetap bibir kegeraman.Ha ! Ha !
           “ Woi..aku rindu someone lah..”Jelas Faris tiba-tiba.Kegembiraan yang terserlah di wajahnya kini mulai pudar.Kesian Hakim menengoknya !
           “ Kau rindu awek mana pulak ni Ris ? Jangan kata kau rindu si Sya ?” Tanya Hakim dengan dadanya berdetak hebat.Jangan kau sebut kau rindukan Sya,Ris ! Kau hanya untuk adik aku,Risy !
           “ Aku rindu...Elyana Erisya Kim..Tiba-tib je aku rindukan dia.Rindu sangat-sangat..Tiapkali tengok wajah kau,mesti aku teringatkan dia.Aku tak tahu kenapa..”Luah Faris,menahan air matanya daripada merembes keluar.Betapa hatinya kini menyanyikan lagu rindu yang teramat terhadap insane bernama ELYANA ERISYA !
           “ Memanglah tiapkali kau tengok aku kau teringatkan Risy ! Sebab kitorang ni kembar ! Semuanya sama,hanya jantina yang berlainan !”Jawapan Hakim hanya tersangkut di kerongkongnya sahaja tanpa suara.
           “ Ris,kau kena tabah..Aku tahu perasaan kau mencintai seseorang yang telah pergi daripada kehidupan kita secara tiba-tiba.Sepatutnya Elyana Erisya tu perjuangkan hak dia.Tapi mungkin ada maksud tersurat kenapa DIA menguji kau begini Ris.Berdoalah Ris,semoga kau dipertemukan kembali dengan Elyana Erisya..”Nasihat setulus hati Hakim berikan kepada Faris,dia lelaki juga.Mesti dia tahu Faris itu ikhlas menyayangi kembarnya itu sepenuh hati !
           “ Mungkin betul cakap dia.Dia hanya akan pergi bila dia merasakan aku tak menginginkan dia lagi di sisi aku.Aku buta Kim,aku buta selama ni.Aku memilih kaca berbanding intan yang sedia ada di depanku.Aku terpesona dengan kilauan kaca tu.Aku tak pernah melihat cinta yang terlukis indah di matanya..”Luah Faris,sedih sekali.Hakim hanya mampu melihat dan mendiamkan diri.Risy,adik kembar kesayanganku,kau harus kembali suatu hari nanti untuk menyembuhkan luka yang telah kau torehkan kepada Faris dan Faris harus sembuhkan luka di hati kau dik !
          “Ris,kau jangan sedih macam ni.InsyaAllah suatu hari nanti dengan keizinan Allah kau akan bertemu lagi dengan gadis kesayangan kau..Aku yakin dia akan kembali.”Jelas Hakim mesra.
          “ Entahlah Kim..Kadang-kadang aku nak berputus asa.”Beritahu Faris dengan lancar.
          “ Ris...kau..” Belum sempat Hakim menghabiskan kata-katanya,Sya datang lalu memeluk bahu Hakim penuh manja.
          “ Woi ! Kau kenapa datang peluk-peluk aku ni ?”Jerkah Hakim,meluat.
          “ Alah,sayang..Steady lah..Benda orang berkasih sayang kan ?”Sya bersuara lunak sekali.
          “ Sayang kepala hotak kau ! Kau sedar tak kau ni buat maksiat hah ? Kau tak malu ke pegang tangan aku,peluk tangan aku,lelaki ajnabi yang tidak ada pertalian dengan kau ?” Herdik Hakim menahan marah.Faris hanya mampu memerhatikan dalam diam.Diam-diam dia semakin kagum dengan insan bernama Hakim,jarang sekali dia melihat orang lelaki menolak ikan dihadapannya,tapi Hakim ni lain.Dia istimewa..   
          “ Sayang..Kenapa awak selalu macam ni ? Benda ni memang dah jadi adat bagi orang yang berkasih sayang macam kita kan ?” Tanya Sya dengan muka kelat.
          “ Sya,kau tak faham ke ? Aku takkan benarkan kau sentuh aku selagi kita bukan sesiapa ! Kita hanya couple dan pasangan couple tak perlu lakukan semua tu untuk meningktkan rasa sayang ! Aku benci pasangan macam tu ! Belum apa-apa dah buat maksiat ! Tak boleh dibuat bini !!”Kata Hakim bernada tinggi kerana menahan perasaan geram dihatinya.Aisya Amilia hanya menikus memandang kemarahan Hakim.Entah kenapa dengan jejaka ini dia rasa sayang sangat.Tak boleh lepas.Walaupun lelaki ini banyak menjerkah dia di hadapan rakan-rakannya namun dia tetap tabahkan hatinya hanya kerana rasa sayang dihatinya.
          “ Hakim,awak tahu kan..Saya tak harap lebih.Hanya perkataan ‘Saya cintakan awak’ je yang saya harapkan akan keluar daripada mulut awak tu.Masa awak ajak saya couple,awak tak ucapkan pun benda tu.Mesti saya curious jugak nak dengar..” Luah Sya tib-tiba dengan mata berkaca.Terpana seketika Hakim mendengar kata luahan Sya.
          “ Apa yang awak buat kat saya,saya terima je.Saya reda terima semuanya sebab saya sayangkan awak.Tapi,kadang-kadang saya rasa awak nak mainkan saya je.Saya tak tahu lepas Risy pindah,awak datang dalam hidup saya,mengharu-birukan hidup saya.Tapi saya tetap tabah hadapi awak,sebab saya sayang awak.Kawan-kawan saya selalu cakap saya ni bodoh,sebab asyik sabar je dengan kerenah awak..”Air mata Sya yang ditahan,tumpah satu-persatu ke tubir matanya.Tanpa membuang masa,Sya terus berlari meninggalkan mereka.
          “ Bro..Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke ?”Tanya Hakim memandang Ris.Hatinya mula berdetak hebat mendengar kata-kata Sya. Tidak disangka,Sya sanggup harungi segala kepayahan kerananya !
          “ Aku tak tahu beb..Tapi,tak baik biarkan perempuan menangis..”Nasihat Faris dengan jujur.Baginya,friend is friend..! Sya tetap kawannya dunia akhirat !
          “ Bro..baik kau kejar..”Faris dipandang sipi seketika sebelum dia berlari mendapatkan Sya.Tiba di suatu tempat,dia terjumpa Sya,tunduk menangis bersama kedua belah kakinya menutupi wajahnya. 
          “ Sya,i’m sory ok ? Tapi,tolong jangan melebihi batas antara lelaki dan perempuan.Kita ni tetap orang Islam,ada batas pergaulan yang perlu dijaga..Jangan kerana kita hendak mengikut budaya orang,kita lupa agama Sya..” Nasihat Hakim perlahan membuatkan Sya semakin kuat menangis.Bayangan dosa silamnya menari-nari di hadapan wajahnya,sungguh ! Dia menyesal kerana telah melakukan pelbagai kesilapan ! Pepohon dosanya terhadap Elyana Erisya semakin menghantuinya menyebabkan matanya berpinar sebelum..
           “ Sya !!!!” Jerit Hakim lantang sekali apabila melihat Sya terbaring lesu,pengsan !
           “ Alamak ! Apa aku nak buat ni ? Takkan aku nak angkat dia kot ? Kan berdosa buat macam tu ? Hah ! Aris dan Aira !”
            “ Aris !! Aira !! Jeritnya kembali setelah melihat mereka mula menghampiri.Setelah mereka sampai,dia terus menceritakan perkara yang sebenarnya.Mujurlah Aira dan Aris bersedia menolong membawa Aisya ke ruang perubatan.
Di bilik rawatan..
           “ Risy..Risy..”perlahan bibir munggil itu berkata,namun sempat didengari Hakim.Tanpa sedar,hatinya terusik sendiri.Dia hanya mampu memandang sayu wajah Sya sambil memikirkan nasib adik kembarnya yang jauh di rantau orang.
           “ Kau kat mana dik ? Kenapa kau lari daripada masalah ?” Gumam Hakim sendirian.
Peperiksaan SPM bermula..
           “ Wey,korang buat yang terbaik tau !” Faris memberitahu sambil menunjukkan isyarat bagus.
          “ InsyaAllah.Kau pun jangan lupa ya buat yang terbaik..Mana tahu nasib kau cerah,dapat jumpa orang yang kau rindu !” Jelas Hakim sambil tersenyum.Sya hanya mampu tersenyum sedangkan hatinya terasa ingin menangis.Ya Allah,besarnya dosa aku pada dia ! Berikanlah kesempatan kepada aku untuk bertemunya lagi !
5 Tahun kemudian..
          “ Wahai puteriku adik abang yang cantik berseri ! Cepatlah sikit ! Kita ni dah lewat tau tak ?” Hah,sudah ! Abang kembar kesayangan aku tu dah mula membebel ! Cepat Risy cepat kalau kau nak selamatkan telinga kau tu !
           “ Ya ! Kejap lagi kakandaku yang tampan !” Balasku dalam nada manja.
           “ Banyaklah kau dik ! Aku tak makan dek bodeklah dik oii !” Balas abangku sambil mencekak pinggang.Amboii,gaya cam nak ajak aku wrestling je ? Ceitt,berani ke aku me ‘wrestling’ kan bang aku sorang ni ?
            “ Ala bang..Gaya kau macam nak pi jumpa awek je ! Kita nak keluar makan kan ?”Soalku meminta penjelasan.
            “ Memang lah kita nak pergi makan.Tapi sambil-sambil jumpa makwe abang ni ! Apa orang kata ? Sambil menyelam sambil minum air ?”
          “ Waa ! Kelass kau bang ! Dah ada makwe !! Yelah,sambil menyelam sambil minum air,takkan sambil makan sambil tercekik kot ! Apa punya peribahasa kau belajar bang sampai kau lupa ?” Usikku.Haiyya,kepala nakal aku dah datang weyy !
          “ Woi,kau nakal sangat hari ni kenapa ? Dulu nakal lepas tu frust kat sorang mamat ni lari ke Johor ! Balik ke sini,senyap.Abang ajak kau berbual tak nak ! Hari ni tiba-tiba nakal ? Kau sihat tak dik ?” Abang oh abang.Kenapa ? Why ? Kenapa kau ungkit perkara lama ? Luka aku masih berdarah tau tak ? Sampai sekarang aku tak boleh lupakan Faris aku !
          “ Bang,kau ungkit perkara lama kenapa ? Lama tak makan penumbuk aku ke ?”Gertakku sambil menunjukkan penumbuk yang tak berapa nak besar kat dia.Tergelak dia tengok aku buat macam tu ! Ceitt,aku rasa kalau lantai ni tilam,dah lama tergolek dah abang aku ni !
           “ Woi,sudah arr ! Kau kata nak ajak aku jumpa awek kau bang ! Karang lewat menangis kau !” Sudahnya,tawanya terus berhenti,terus dia berlari menuju ke keretanya sambil menjerit.Bersungguhya kau bang sampai dompet kaupun kau tak bawak ! Nanti kau nak bayar guna apa ? Air liur ke ?
          “ Dik ! Cepatlah !!”Gesanya,sudah pasti dalam keadaan gelisah.
          “ Bang ! Kau lupa dompet ! Nah !”Unjukku ke tangannya.
          “ Ya Allah ! Terima kasih Dik !”Ucapnya girang sambil mengucup dompetnya berkali-kali.Serta merta ada gambar kecil terjatuh daripada dompetnya.Aku segera mengambil sekeping gambar bersaiz kecil itu.
         “ Dik ! Kau jangan tengok !”Jerit abangku lagi sambil menghalang aku melihatnya.Namun belum sempat dia merampas gambar itu daripada aku,mataku telah lama tertancap pada seorang gadis.Ya ! Gadis ! Aisya Amilia !!
         “ Bang ! Kenapa kau ada gambar dia bang ? Bagitau aku !!” Jeritku gagal menahan emosi.
         “ Dik...sebenarnya..dialah makwe abang yang abang nak tunjuk tu.Dia nak sangat jumpa kau lepas tahu kau adik abang.Dia nak minta maaf dik.Maafkanlah dia.Lagipun dia dah berubah..” Ucap abangku,Hakim perlahan sekali.Aku hanya mampu membatu dan tanpa menghiraukan dirinya,aku pantas membuka pintu kereta,bersedia untuk turun.Serta merta tanganku dipegang dengan erat.

***********************

Sory klau part 2 ni x brapa best.Hnis akan usahakan utk buat full cerpen lepas ni..thanx sbb sudi baca cerpen yng tak seberapa ni

1 comment: