“Risy ! Lamanya aku tak jumpa kau ! Rindunyaaa aku
!”Jeritan itu cukup membuatkan Risy berpaling ke belakang,tersenyum manis
wajahnya apabila melihat rakan baiknya Aira,dibelakangnya.Dengan hanya
selangkah,mereka telah berdiri berdepan,bersedia untuk saling memeluk.
“ Hey,kau ada nampak Aris tak ? Janji
nak masuk kelas sekali kan ? Setahu aku kita sekelas tahun ni ?”Tanyaku setelah
saling menanyakan khabar,almaklumlah,sebulan cuti sekolah beb !
“ Aris ? Ntah lah,dia tak sampai lagi kut
? Eh,tu bukan dia ke Risy ?”
“ Ha’ah la..jom kita pergi ke sana ! Aris
! wey,Aris..tunggu kitorang !”aku menjerit.Setelah itu,mereka terus berlarian
mendapatkan Aris yang sedang menunggu mereka.Terpancar sinar kegembiraan di wajah
masing-masing.
“ Hey ! Iz lahh !” Bisiknya Aris tiba-tiba.Secara
mendadak,aku dan Aira terus berpaling ke arah yang ditunjukkan Aris,tahu bahawa
Aris masih meminati jejaka itu.
“ Aris,Aris..Kalau kau suka Iz,kau
pergilah confess kat dia yang kau suka dia.Mana tau dia pun suka kau ?” Tambah
Aira sebelum Iz tiba di hadapan kami.
“ Aku seganlah wey ! wey,wey,dia datang
sini ! syhh !” Balasnya dalam nada kalut.
“
Assalamualaikum,hai Risy,Aris,Aira..! Korang buat apa kat sini ? Tak masuk
kelas ke ?”tegur Iz tiba-tiba.
“
Waalaikumussalam,hai Iz.Kitorang tengah bawak kereta ni,tak nampak erk
?”Balasku selamba dengan loyar burukku.Aku ni memang jenis loyar buruk,tapi
sensitif ! Aris mencerlungkan matanya ke arahku,tanda tidak suka aku me‘lawyer
burukkan’ lelaki idaman dia.Aku peduli apa,dah dia buat-buat buta tak nampak
apa yang kitorang buat.
“ Waaa..! Risy tengah bawak kereta larr
! Nak tumpang jugak ! Kereta apa ? Kereta sorong ?”balasnya balik.
“ Wey,wey..! Aku tak mainlah kereta
sorong ! Kereta aku kereta yang paling tip top beb ! Mini Cooper tuh!”Balasku
dengan megah.
“ Alah,kau Mini Cooper,aku Ferrari !
lebih hebat dari kau bro !”
“ Eleh,lantak kau lah Ferrari ke apa
ke,ada aku kesah ?”
“
Ada aku kata kau kisah ker ?”Hah,ayat nak gaduh dengan aku lah tu.
“ Woi ! Aku pelengkung dua-dua nanti
kan ! Stop ! berenti gaduh !”Hah,suara mem kita dah bunyi dah.Saper lagi kalau
bukan si Aris.Agaknya,dah habis tahap ke ‘jelesan’ dia tengok aku gaduh ngan
jejaka idamannya ! haha.
“ Ok,bye bye Cik Risy comel, Cik Aris
yang cantik dan Cik Aira yang manis,saya pergi dulu yer..”Hah ! dia pun kuat
loyar buruk ! huh..
“ Risy,kau tahu tak aku jeles giler
ngan kau ? sampai hati kau buat camni kat aku..” Kata Aris.
“ Alah,Aris.relekslah..Tadi dia
panggil kau CANTIK ok ? nak jeles lagi ke ?”Balasku dengan tegas.Setelah
itu,aku lihat Aris tersipu malu.
“ Eh,Risy..Tu bukan Aqif ehh ?
Waa..dia dah berubah lah,,Dah nampak lagi hensem !” Jerit Aira
tiba-tiba.Kussh,semangat..boleh pulak minat ni pergi menjerit kat sini ? Memang
nak kena pelengkung kot ?
“ Woi,yang kau menjerit apasal hah ? kau nak kena hempuk dengan buku kat tangan aku ni ?!” Tanyaku dengan wajah dan suara yang garang.Kesian..merah padam muka budak ni kena jerkah ! wahaha,jahatnyer aku ni !
“ Wey ! Aqif ! Meh arr join dengan
kitorang ni ! Kitorang tak ada geng ni !?” ku mengajak si Aqif,sedangkan niat
aku nak bagi si Aira ni tunjuk mula merah dia ! comel ! Hahaks..!
“ Sory geng ! Aku kena caw dulu !
Kelas menunggu akuuu ! Yeahha !”
Baru ajak lepak dah lari..tak gempak
larrr budak ni ! Ceitt,plan aku tak menjadik ! Baik aku pun pergi sebelum si
Aira ni kejar aku..
“ Erisy !!” Hah ! jeritannya sudah mampu
ku dengari walaupun dalam jarak sehasta.Ok,One,two three “ Lariiii !!” Aku
sudah tercicit lari dan si Aira pulak dah bersedia mengetahui bahawa aku akan
melarikan diri,terus mengejarku dari belakang.Aris hanya menjadi
pemerhati.Dalam dok sibuk mengejar tu,aku terlanggar la pulak seorang mamat
ni.Aduyaii,malu siot.
“ Err,maafkan saya..Awak sakit ke ?”
Tanyaku dengan prihatin tambah gugup.Uish,sekali dia pandang,senyum macam
tu..cair wa der..!
“ Eh,tak apa awak..Biasa la
kadang-kadang kita ni terlanggar kan ?” Balasnya mesra sambil memandang ke arah
mataku membuatkan aku tersipu malu.Aira di sebelahku bertindak memerhati dan turut
memandang jejaka itu.
“ Err,tak apa lah awak..Kami nak masuk
kelas ni..Jumpa lagi,bye !” Katanya sambil melambaikan tangannya kepadaku.Ya
Allah..! Indahnya ciptaanmu..Cinta monyetku..hehe
“ Eh,korang..Jom masuk kelas..!”
Ajakku dengan nada bersahaja sedangkan hati aku stil lagi dup dap dup dap.Risy
! jangan..kau tak boleh jatuh cinta Risy ! Kalau kau jatuh cinta,sure kau akan
kecewa punya ! Tengok lah kau,kasar macam lelaki.Berkawan baik dengan
lelaki.Tak mungkin orang se ‘hensem’ dia akan jatuh cinta dengan kau..
“ Wei,kau berangan ke ? Meh lah masuk
kelas sayang !” Jerk,geli geleman aku mendengarnya.Sebagai habuan dia memanggil
aku sayang,aku hadiahkan satu cubitan,khas untuk dirinya.Hehe.Kami pun berjalan
beriringan menuju ke kelas sambil berbual-bual.Sampai di hadapan kelas
Tingkatan 5 Sains 2,secara automatiknya,kami berhenti di hadapan pintu kelas
dan melangkah ke dalamnya.
“ Cop ! aku ambil tempat ni !” Dengan
selambanya kami membuat bising tanpa mempedulikan pelajar lain.Setelah mencari
tempat duduk yang sesuai,kami pun mula duduk tanpa memikirkan sesuatu yang
ajaib bakal berlaku.
“ Assalamualaikum,murid-murid..” Aikk
? Seperti kukenal suara itu,tapi dimana ye ? Aku segere berpusing 189 darjah ke
kanan memandangkan aku duduk berhampiran pintu masuk,cehh..Cikgu Aqilah rupanya.Ku
fikirkan siapa,cikgu kesayangan aku..hehe
“ Waalaikumussalam..Cikguu ! Lamanya
tak jumpa cikgu,hehe.Rindu la dengan cikgu !” Aku menegur Cikgu Aqilah dengan
selamba tanpa menghiraukan berpuluh-puluh mata yang sedang memandang.Pandang
lagi,aku cucuk dengan pen.Jadilah Kasim dan Kasih Selamat.Haha,kesian
diorang.Dapat classmate macam aku,pasni comfirm sorang-sorang masuk hospital.
“ Hey,Risy..Apa khabar ? Lama cikgu
tak dengar cerita tentang kamu ? Sihat sayang ?” Hah,kan aku dah kata aku ni
anak murid kesayangan cikgu Aqilah ! hehe
“ Alhamdulillah..Sihat cikgu,cikgu ?”
“ Sihat,ok semua murid-murid.Duduk di
tempat masing-masing.Cikgu nak aturkan tempat kamu semua.”
Terdengar keluhan secra spontan
daripada rakan-rakan sekelas yang lain.Nampak sangat diorang tak suka,sama
macam aku ! Tak suka,Tak suka ! Mesti aku duduk kat depan ! Ish..
“ Ok,Faris Ilham,Aqif Hanif dan Akmal
Fariz duduk di barisan hadapan sekali.Belakangnya Elyana Erisya,Maira Aqilah
dan Hanis Arisya.Barisan ketiga Amir Syazwan,Badrul Hakimi dan Syakirin
Ilyas.Barisan ke-empat pula Aisyah Amilia,Aimi Najihah dan Arifah elliana.Dah !
bergerak ke tempat masing-masing.!” Dengan tegasnya cikgu Aqilah bersuara.Faris
Ilham ? Siapa dia eh ?
“ Aqif,Iz ! Dapat jugak kita duduk depan
belakang macam ni ! Macam ni la baru namanya geng beb ! Eh,ni ke Faris Ilham
?”Tanyaku kepoh,tak sempat lagi diorang duduk.Tak nyempat-nyempat.
“ Ha’ah..”Balas satu suara.Eh ? Suara
ni ? Bukan ke ?
“ Kau ?!” Spontan aku bertanya dengan
suara yang agak kuat.Semua mata tertumpu ke arahku,Aduhh,malunya..
“ Yang korang tengok aku pehal ? Aku
bukan alien la wey ! Stop tengok aku macam aku ni alien tahap makhluk
Pluto.”Aku berkata secara bersahaja.Semua isi kelas mula mengalihkan
perhatian,mencari tempat duduk masing-msing yang telah dinyatakan.Aku dapat
menangkap senyuman Faris Ilham.
“ Hai,saya Faris Ilham.Boleh panggil
Ris..”
“ Aku Elyana Erisya,panggil
Risy”Balasku dengan suara mendatar
“ Kenapa Risy ? Kenapa tidak Yana ?
Cantik bukan ?”
“ Eh,suka hati aku lar.Nama aku yang
kau panggil ! Aku tak suka orang panggil aku Yana !Titik !”Balasku tegas.
“ Ris,kau jangan cari pasal dengan
minah ni.Handal beb ! Pendukung silat tu wey ! Dia tak suka orang panggil dia
Yana,dia jenis kasar sikit.”Jelas Aqif secara perlahan.
“ Lagipun,dia tu bestfreind kami.Kami tahu perangai dia macam mana.Luarannya saja
nampak kasar,tapi hatinya tetap seperti seorang perempuan,sensitif dan amat
mudah terasa.” Tambah Iz kepada Faris.Kali ini aku melihat Faris
terangguk-angguk sendirian,mengerti mungkin dengan penjelasan Aqif dan Fariz.
“ Sory Risy.Saya tak tahu..”katanya
seolah-olah berasa bersalah yang amat.
“ Nak sory,hang pi blah !” Jual mahal
beb.
“ Ok lah,saya pi blah la ni,tapi depan
ni je lah ye ? lepas tu awak maafkan saya tau ?”
“ Ok lah,aku maafkan kau..!” Perkataan
aku tuh macam bawa sinar baru pada dia pulak.Dah tak ada garis-garis bersalah.
“ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
“ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
“
Wei,wei...! Sayang mayang tak main erk ?! Aku hentam kang !”
“
Ala,rileks lah ! Chillex beb ! hehe” Alamak..dia dah mula senyum,Ya Allah,dup
dap dup dap rasanya hatiku ini.Oh,indahnya.
“
Ehem,sampai bila korang nak bergaduh kat sini ? Boleh tolong duduk tak ? Cikgu
nak periksa kehadiran ni !” Kata guruku dengan wajah yang tegas,sebenarnya tak
ada lah tegas sangat ! Hehe
“ Sory cikgu ! Terlebih excited pulak
gaduh dengan budak tak cukup umur ni !” Aik ? Apahal ada dua suara pulak ni ?
Aduh,sekali aku dengan dia ‘ter’cakap benda yang sama pulak la.Malunya,satu
kelas dengar.Aku tengok,Sya & The Geng tengah senyum sinis kat
aku.Haha,teringin nak jadi Kasih Selamat ke cik kak ?
“ Dah ! Korang ni macam anjing dengan
kucing pulak cikgu tengok..Dah,duduk ! Ok semua.Siapa yang kamu semua undi
untuk menjadi ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan ni ? Sila berikan
nama calon pilihan.” Kata guruku.
“ Cikgu,saya pilih Faris Ilham sebagai
ketua !” Aqil bersuara.
“ Saya pilih Akmal Fariz !” Suara
Badrul kedengaran.
“ Saya pilih Amir Syazwan !” Suara Iz
pula kedengaran.
“ Ok,sudah ! Guys,siapa undi Faris
Ilham jadi ketua ?” mataku mula melilau melihat siapa yang mengangkat
tangan.Wow ! Hampir satu kelas ! Famous amat ! Hot stuff la budak ni !
Hoho,bertuah aku duduk belakang dia ! Ceitt,menumpang populariti lah aku ni !
“ Ok,sekarang penolong ketua
tingkatan..”
“
Saya sokong Elyana Erisya !” Aik ? Sejak bila Aira angkat tangan ni ?
“ Saya sokong Aisyah Amilia cikgu !”
Aimi menjerit
“ Saya nak Hanis Arisya !” Aira
bersuara buat kali kedua.
“ Ok,cukup ! Siapa yang sokong Elyana
Erisya ? Angkat tangan !!”
“ Kitorang !!” Aik ? Apasal suara cam
riuh je ? Aiyokk ! Satu kelas angkat kecuali Sya & The geng ! Biasalah,aku
kan ‘fofular’.Hahax !
“ Ok,Faris Ilham ketua dan Elyana
Erisya penolong ! Tak ada pertukaran ! Keputusan muktamad !
Klapp,klapp,klapp..Aik ? Ada lagi yang tepuk tangan ? Waa,terbaikk ! Sporting
la budak-budak ni ! I like !
2 minggu kemudian..
“ Wey,Risy ! Cepatlah ! Lambatlah kau
ni !” Faris menegurku
“ Chillex luuu beb ! Kau ni,sabar itu separuh
daripada iman..” Khutbahku sudah bermula.Aku melihat Faris hanya
tergeleng-geleng.
“ Kau tau ? Ni first time aku jumpa
budak macam kau ! Bersifat kelakian tapi berperangai budak !”
“ Biasa lah,aku kan berbeza dari yang
lain ! Istimewa lah katakan..”
“ Kau memang,tak boleh dipuji langsung
! Aku sepak karang..?!”
“ Buat kalau kau berani.Aku kasi kau
tumbukan,tamparan dan sepakan.Kita bertanding yang mana paling sakit.Risy Vs
Ris ! Amacam ? Ok tak idea aku ?”
“ Terbaikkk sayang !” Ceiittt,dia buat
perangai dah !
“ Woi,woi ! Aku dah bagi warning kan
jangan panggil aku sayang ?! Sengal telinga aku dengar tau ?” Jerkahku.
“ Alaa,rilekslah.Abang gurau jer !”
Mengada ! Dush,hah.Amek kau ! Kan dah kena tumbukan aku.
“ Aduhh,wey ! Aku gurau je lah derr !
Yang kau sensitif kenapa ?” Balasnya sambil memegang lengannya,bekas
tumbukanku,baru di rasakan tumbukan Risy yang comel ni ! Hehe..
“ Kau gurau tak kena tempat..aku..”
Belum sempat aku bersuara lebih lanjut,satu suara mengejutkan aku.
“ Haaa ! Deting tak ajak aku ! Sampai
hati..! BFF apa kau ni ?” Rungut Aira dan Aris serentak.
“ Laa,dah namanya deting.Buat apa nak
ajak kau ? Buat menyemak je.Kan Ris ?” Faris hanya angguk mengiakan.Kan ? Dia
ni sekepala dengan aku !
“ Ris..! Kat sini kau ? Kitorang puas
cari kau kat dalam tadi,rupanya kau tengah syok berbual kat sini erk ?”Aik ?
Sejak bila si Aqif dan Iz datang ni ? Semakin menyemak dowhh,hehe.
“ Jom,join kitorang..!” Ajakku dengan
selamba tanpa menghiraukan Aira dan Aris yang tengah saling berpadu untuk
menyerang aku dengan jelingan.Haa,idea nakal aku dah mai dah.Siap korang.
“ Yang korang berdua jeling aku apahal
? Menjeling-menjeling,sampai menjadi juling..Hahaha” Lepas ketawaku,berpadu
pula dengan suara ketawa daripada Faris,Iz dan Aqif.Muka masing-masing aku
nampak merah giler ! Sah,memang diorang malu.Ok,one two three..
“ Lariii !” Jeritku perlahan sambil
berlari mengelilingi bulatan yang kecil tu.Si Aris dan Aira ni pulak macam dah
kempunan sangat nak kejar aku,so bila aku lari diorang pun kejar.Jawabnya,main
kejar-kejarlah kitorang hari tu.
“ Ok,cop..cop..Aku penat gilerr weyh !
Dah la kejar aku..please ??” Rayuku dengan wajah comel.comel ke ?
“ Dah,tak payah buat muka comel ! Aku
tau kau memang dah comel ! Tak per,kitorang maafkan kau,but for the time
sake,kau memang selalu sakat aku dan Aris ! Kau tak rasa kesian ke kat aku
dengan dia ?”
“ Tak,sory..” Hehe,peace kawan-kawan..
“ Kau !!” Serentak diorang saling
berpadu mencubit aku.Huh,apa ni beb ! Lebamlah akuuu ! Taakkkk,aku tak
relaaa...!
“ Woii ! Sakit larr..!” Jeritku
memohon simpati.
“ Tau pun..” Serentak mereka menjawab.
“ Korang,dah lah..! Aku tengok korang
bukan macam BFF,macam musuh ketat pulak,sama macam Risy dengan Ris ni !” Tegur
Iz.
“ Biasalah,gurauan membawa kebahagiaan,mengeratkan
silaturrahim..” Jawab kami bertiga serentak.Tu memang tagline kami kalau orang
kata macam tu,ayat popular kami tuu !
“ Sukati korang lah.. ! Kitorang nak
pergi makan..Nak join tak ? Kalau tak nak kitorang chaw dulu,kalau nak kitorang
‘tidak’ mengalu-alukan kedatangan korang !”kata Iz selamba.
“ Amboi,Iz..Sejak bila kau jadi jahat
giler dengan aku ni ? Ni ke namanya BFF ? Sampainya hatimu,membiarkan diriku,hancur
menjadi abu..”Sempat aku menyanyi.Haha,padan muka !
“ Ok,stop..Aku tengok awam dah mula
mendung tanda-tanda nak hujan plus dengan guruh petir lagi dengar kau nyanyi ni
! Kalau ada dinasour kat sini,mati dinasour tu dengar tau !”Waa,ini sudah
melampau derr..!
“ Woi,Ris..kau ni buta sejarah ke ?
Aku rasa kau paling tinggi sejarah kat dalam kelas kita ?”Tanyaku pura-pura.
“ Apahal pulak ?” Masuk dah perangkap aku !
“ Dah kau tak tahu dinasour tu dah
lama pupus..Memang sahlah kau buta sejarah ! Apa ni derr,buat malu aja
!”Balasku selamba.Usikanku pantas mendapatkan gelak tawa daripada rakan-rakanku
yang lain.Oh ye,lupa pulak..Si Aira dan Aris ni sekarang dah jadi kawan baik Iz
dengan Aqif,mana taknya.Aku yang asyik kenenkan diorang,last-last sangkut
jugak.
“ Kau ni ! Malas aku layan..huh !”
“ Aku tak suruh kau layan ! Wekk !” Aku
menjelirkan lidahku,membakar hatinya dengan lebih kuat.
“ Risy !!” Hah,bengang dah ‘musuh’ a.k.a
kawan baik aku ni !
“ Apa ?” Balasku selamba.
“ Arghh ! Kau memang !”
“ Memanglah aku lapar,dah jom pegi
makan..”Balasku menarik tangannya selamba.Aku tengok dia mula senyum
kembali,dah sejuk lah tu.Kan ? Kejap je dia berangin dengan aku !
“ Kau ni kan Risy,memang
nakal.”Komennya tanpa rasa malu
Beberapa bulan kemudian ...
“ Sya,saya nak jumpa awak kejap kat
tepi makmal lepas balik ni boleh ?” Pinta Faris perlahan.
“ Boleh,tapi awak tak takut girlfriend
awak marah ?” Tanya Aisya dengan senyuman manis.
“ Maksud awak Risy ? Dia kawan baik
saya lah.Jumpa petang ni yer Sya ? Saya ada surprise untuk awak !” Balasnya
lagi.
Di Makmal...
“ Sya,saya suka awak..Agaknya boleh
tak kita couple ?” Tanya Faris tanpa silu.
“ Boleh..saya pun suka
awak..”Malu-malu Sya menjawabnya sedangkan hatinya ketawa bagai nak rak.Padan
muka kau Risy ! Tak sedar diri punya pompuan !
“ Thank Sya..Tapi saya nak kita
rahsiakan dulu boleh ? Tak nak lah heboh-heboh..”
“ Ok,demi Ris..”
“ Sayang awak Sya !”
“ Sayang awak jugak Ris..”
Tanpa disedari mereka,ada sepasang
telinga telah mendengar segala perbualan mereka.Wajahnya seakan tidak percaya
dengan kata-kata yang telah Faris ucapkan.Ya Allah,tabahkan hatiku !
“ Risy ! Kau buat apa kat sini ? Kau
skodeng mamat hensem eh ?” Tegur Aira selamba.
“ Skodeng hotak kau ! Tak nampak ke
aku tengah kemas barang ni ?” Balasku dengan nood yang telah hilang.Tidak
kusangka Ris,lelaki yang aku minat dan sanjung selama ni boleh ‘TER’jatuh hati
dengan minah songeh sorang tu !
“ Sabar Risy,sabar..”Ucapku sendiri.
Sejak hari itu,hubungan persahabatan
aku dengan Faris agak dingin.Aku dan dia hanya bercakap berkaitan
tugas,pelajaran ataupun bertanya khabar sahaja.Pandangan Sya &
rakan-rakannya turut sama merimaskan aku.Mana taknya,asyik menjeling aku.Ok
fine,aku tahu aku comel,tapi tolong jangan pandang aku macam tu.Faris pun macam
menjauhkan diri dari aku.Ye lah,dia kan dah ada girlfriend.Siapalah aku
sekarang di matanya.Sehinggalah satu hari aku terima panggilan daripadanya.
“ Risy,aku nak jumpa kau petang ni
jugak ! Penting !!” Ujarnya ketika panggilannya aku sambut.Tapi aku
hairan..Kenapa suaranya seolah-olah menahan getar kemarahan ?
“ Ok,petang ni tempat biasa..”Balasku
selamba.
“ Good ! Pastikan kau datang tepat
pada masanya.Mungkin ini pertemuan terakhir kita..”Balasnya dingin.
Wait..Pertemuan terakhir ? Apa maksud
dia ? Petang ni aku akan tahu jugak !
Petang itu di tempat yang
dijanjikan..
“
Assalamualaikum..Kenapa kau nak jumpa aku Ris ?”Balasku membuka mukaddimah
perbualan.
“ Kau tentu lebih tahu kan ?”
“ Aku tak faham maksud kau !” Balasku
berani
“ Kau tak payah pura-pura innocent lah
Risy !!” Tengkingnya tiba-tiba
“ Apa maksud kau ?” Tanyaku,terkejut.
“ Kau buat apa dengan Sya ? Kau tampar
dia,kau ugut dia suruh dia tinggalkan aku Risy ? Aku tak sangga kau macam ni !
Sampai hati kau !” Jeritnya lebih kuat.Mujur kami di tempat yang tersorok.
“ Bila masa pulak aku buat macam tu
kat ‘manis hati’ kau hah ?!”Tengkingku dengan mengejut.Terkedu dia melihat aku
!
“ Dia kata kau suka aku sampai kau
sanggup buat macam tu ! Perempuan jenis apa kau ni Risy !! Aku sangka kau ni
sahabat baik aku ! Tapi kau pengkhianat ! Pengkhianat Risy !”Balasnya.Kau nak
uji ‘power’ darah aku ni mendidih ye laki !
“ Woi,tak ada maknanya aku nak buat
camtu kat ‘heart fruit’ kau tu ! Kalau aku suka kau kenapa ? Wey,kalau aku suka
kat seseorang,aku takkan suka kat jantan dayus macam kau ! Sewenang-wenangnya
menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh lagi nyata !! Kalau aku
pengkhianat,sudah lama aku bongkarkan rahsia kau yang satu ni ! Kau ingat aku
tak tahu kat mana kau ajak dia couple dan tarikh kau couple dengan dia ?”
Berangku sudah boleh dilihat,asap berkepul-kepul kat atas kepala dan dari
telinga aku ni ! Mataku menyerlung wajahnya dengan garang.
Wajah Faris pucat kelabuan,kalau
ditoreh pun tak mengeluarkan darah,darah merah ke,darah putih ke,darah biru ke
aku tak kisah ! Aku dah mula berangin dengan mamat sorang ni !
“ Faris,kau patut tahu siapa yang
betul dan siapa yang salah.Kau sepatutnya dah kenal aku,perangai aku.Kau
kecewakan aku Ris.Mulai hari ni,aku tak kenal sesiapa yang bernama Faris Ilham
lagi ! Anggaplah aku dah mati Ris ! Jangan cari aku lagi
Ris..Assalamualaikum” dengan perasaan
sebak,aku melangkahkan jua kakiku.Tidak kusangka,lelaki yang aku cintai dalam
diam tidak pernah menghargaiku,tidak pernah mempercayaiku.
“ Faris ! Apa kau dah buat ni ! Kenapa
kau sakitkan hati dia hah ?!” Jerkahan yang kuat itu membuatkan dia terpaling
ke arah punca suara itu.
“ Iz,Aqif,Aira,Aris..Dia dah tampar si
Aisya tu ! Takkan kau nak back up budak tu ?!”
“ Kau silap Ris,kau silap !! Risy
takkan buat macam tu ! Kau apa tahu ? Baru kawan dengan dia tak sampai pun
setahun ! Kitorang dah lebih setahun.Tapi,masa first-first kitorang kawan
dengan dia,kitorang tak pernah serapat kau dengan dia ! Kau,orang pertama yamg
rapat dengan dia walaupun baru berkawan selama beberapa bulan ! Aku ingat kau
dah kenal dia ! Kau kecewakan aku Ris !”Iz bercerita dengan wajah bengang dan
terus berlari ke arah Risy,diikuti dengan Aqif,Aira dan Aris.
“ Ya Allah,apa aku dah buat ?” Keluh
Ris perlahan,wajahnya sugul.
Di dalam kelas...
“ Cikgu,saya nak cakap
sikit boleh ?”Tanya aku dengan wajah sedih.
“ Apa dia Risy ?”
“ Boleh saya pindah tempat duduk ?
Dengan Aira dan Aris.Tapi,Iz dan Aqif pun nak ikut pindah jugak..”
“ Boleh tu boleh..Tapi kenapa
tiba-tiba..?”
“ Masalah peribadi cikgu..”
“ Baiklah..Ok,pengumuman..Saya akan
pindahkan tempat duduk Iz,Aqif,Aira,Aris dan Risy dengan Aisya Amilia, Aimi
Najihah, Arifah Elliana, Badrul Hakimi danAmir Syazwan. Ok,sila bergerak ke
tempat yang dinyatakan.
“ Terima kasih cikgu..”Ucapku terharu
dengan keprihatinannya.Wajah Sya aku tengok gembira bukan kepalang tapi bila
aku menoleh kepada Faris pula,wajahnya mencuka.Apa yang tak kena dengan
pasangan ni ? Bukan aku dah step out daripada mereka ke ?
“ Iz,Aqif..Kenapa korang nak pindah jugak
?”Tanya Faris,perlahan umpama bisikan.
“ Maafkan aku Ris.Aku tak dapat nak
teruskan duduk bersama kau setelah kau menyakitkan hati kawan baik yang aku
betul-betul sayang.Aku minta diri..” Balas Iz selamba. Aqif juga melangkahkan kakinya pergi ke
tempat duduk yang diarahkan.
Mulai detik itu,aku lihat si Aisya
semakin galak.Semakin gedik bila bersama Faris sedangkan aku lihat Faris dah
tak berapa nak melayan kerenah dia sekarang.Semakin sakit hati aku
dibuatnya.Aku harus lakukan sesuatu,ya harus !
“ Cikgu,saya akan pindah sekolah
nanti.Saya nak bagi cikgu hadiah.Terima kasih sebab mencurahkan ilmu dan kasih
sayang kepada saya selama ni..”Ucapku sedih
“ Tidak mengapalah Risy.Semoga
menjadi orang berguna suatu masa nanti.Jangan lupakan cikgu ye..”Suara cikgu
kesayanganku sebak tiba-tiba.
“ Cikgu,saya takkan pernah lupakan
cikgu ! Cikgulah guru saya dunia akhirat !” Balasku dengan mata berair.
“ Ok,awak boleh keluar Risy..”
“ Risy,kitorang dengar kau nak
pindah..Betul ?” Tanya Aira dengan wajah terkejut.
“ Ya..”
“ Kau masih terasa dengan Ris ?”
“ Tak..sikit..mungkin..”Balasku
berteka-teki.Biarlah aku sendiri yang mengetahui rahsia hatiku ini.
“ Kau cakap biar betul beb..kalau kau
nak pindah semata-mata sebab dia baik tak payah ! Aku tak sukalah sebab dia kau
pindah.Aku dah tak ada kawan nak luahkan perasaan,kawan nak mengusik aku dan
kawan yang selalu main kejar-kejar dengan aku..”
“ Entahlah Risy.Aku pun sependapat
dengan Aira.Kita ni dah lama kawan.Dah jadi macam adik beradik pun.Sampai hati
kau nak tinggalkan kitorang kat sini.Aku pasti Iz dan Aqil pun tak setuju
dengan perpindahan kau.”Aris pula bersuara.
“ Aku pun berat hati nak tinggalkan
kau orang.Bagi aku,korang sahabat dan saudara aku dunia akhirat.Tapi,aku
terpaksa buat semua ni.Bukan sebab Ris aku ambil keputusan nak
pindah.Bukan.Tapi biarlah alasannya hanya aku yang tahu.”Balasku sendu.
“ Risy,apa-apa pun kau tetap kawan aku
selamanya..”Balas Aira dan Aris serentak.Aku hanya mampu menahan sendu daripada
daripada meletus.Sumpah,aku takkan buat macam ni kalau Faris percayakan aku.
“ Risy,datang rumah aku malam ni.Aku
nak buat jamuan perpisahan kau.Boleh ?”Iz bersuara perlahan dengan mimik muka
memohon simpati.Kesian aku tengok beb ! Boleh menangis terguling-guling..!
“ Wey,aku pindah sekolah jer ! bukan
dengan rumah-rumah sekali aku bedal bawak pergi ! Lagi satu,sejak bila kau
pandai buat muka kesian ni ? Kang aku nangis guling-guling kat sini kau nak
tolong ? Tapi jangan bawa aku ke hospital tanjung rambutan,tapi balik rumah
aku.! Balasku bersahaja mengenakan Iz yang telah kemerahan wajahnya.Padan muka
kau Iz !
“ Aku sayang kau ni.Kau buat aku macam
ni.Tak apa lah..Aku nak merajuk dengan kau.Tak nak jadi geng kau lagi.”Kata Iz
dengan muka merajuk,aduh..boleh sakit jantung aku layan kawan macam ni !
“ Woi mamat ! Kau ni aku gurau sikit
dah nak nangis ! Kau memang ! Dah la muka dah buruk sangat-sangat time
merajuk,nak jugak merajuk budak ni ! Aris,kau tengok ‘boyfriend’ kau ni ! Kuat
benar merajuknya mengalahkan perempuan.Kau kena jaga baik-baik dia !”Sempat
lagi aku berpesan pada Aris,agak-agaklah apa reaksi Aris ? Haha,Aris dah merah
muka malu !
“ Wey,Aris.Relekslah.Kalau ada air
sirap kat sini,dah lama aku bandingkan air sirap dengan muka kau yang merah tu
! Kenapa ? Udang kena bakar ke Ris ?” Erk ? Apa aku sebut tadi ? Ris ? Waa..! Aku
rindu dia giler-giler ! Kenapa dia berubah ? Kenapa ?
“ Risy ! Kau jangan panggil aku Ris !
Nanti kau teringat kat dia siapa susah ? Kitorang jugak tau tak ? Aku tau dalam
diam-diam kau ‘Ter’jatuh cinta dengan dia kan ? Eh,aku dengar hubungan dia
dengan Sya dah goyah wey ! Time untuk kau masuk jarum ! Tak yah pindah lah ?”Aris
bersuara kembali dengan muka berharap.
“ Woi,Aris ! Kau jangan melalut !
Takkan kau nak biarkan Risy ni dengan orang yang dah sakitkan hati dia ? Kau
tak kesiankan dia ke ?”Aira pula bersuara.
“ Apa salahnya kalau kebahagiaan dia
dengan Ris ? Kan Risy ?” Provok Aris pula.
“ Ha’ah.Kebahagiaan aku memang dengan
dia ! Tapi dia sendiri yang menghancurkan kebahagiaan itu ! Dia tak sedar beb
aku suka dia.Ye lah,siapa lah aku ni kan ? Wey,aku dah nak pergi ni.Ni last day
sekolah.Pasal parti kau Iz,aku datang malam ni pukul 9 ! Ok,chow ! Pasni korang
dah payah jumpa dengan aku ! Sayang kau beb !” Aku bersuara sambil melambaikan
tanganku kepada merek yang terlopong mendengarkan pengakuan yang tulus
dariku.Haha
Malam itu,aku,Aris,Aira,Iz dan Aqif
melepak dekat rumah Iz.Rumah Iz ni memang besar,main bola pun boleh ! Tapi
kitorang main hoki lah,eh ? Boleh ke ? Entah,aku hentam je ! Si Iz dan Aqif ni
tak habis-habis dengan gossip liar ! Peliknya diorang ni lelaki ! Tau tak
gossip apa ? Gossip aku dengan Faris ! Lepas dengar pengakuan aku yang maha
tulus tadi,tak habis-habis mengenenkan aku dengan kawan mereka yang sorang tu !
Ceitt,main-main dengan aku !
“ Woi,dah lah ! Aku balik kang ?!
Lepas ni korang memang takkan jumpa dengan aku dah !”Pandai tak aku ugut ?
Senyap kelu dengar aku berkata macam tu ! Baru tau ke penangan Cik Risy Brutal
ni ? Haha..
“ Sya ! Apa kau buat kat sini ?” Aqif
bersuara kuat,mengejutkan aku dan yang lain-lain.Aku tengok muka minah ni masam
mencuka jer.Terlebih makan cuka ke apa ? Ehcuka makan ke minum eh ?
“ Kau senyap ! Aku nak cakap dengan
perempuan tak sedar diri ni ! Ada hati kacau boyfriend aku !”Suaranya yang
bagai petir plus guruh tu memang buat aku nak pergi karate dia.Dah la datang
tak berjemput,balik tak berhantar ! Tangan asyik tunjuk arah aku,bajet cun lah
tu ? Memang sah ! Minum cuka tak cukup pedas,nak suruh aku tambah dengan cili !
Eh,cuka pedas ke ?
“ Woi,kau perempuan.Jaga mulut kau !
Aku cilikan baru tau ! Tak sedar diri ! Datang serang orang kat rumah orang,kau
ingat cantik sangat ke perangai kau ni ? Macam badut tau tk ?! Baik kau blah
sebelum aku panggil pengawal ?!” Iz menyerang dengan cepat,almaklumlah takut
aku diapakan,aku kan bestfriend dia ? Bagusnya !
“ Woi,aku tak cakap dengan kau lah
!”Jeritnya lagi dengan penuh perasaan.
“ Woi,kau meroyan ke ? Aku hantar
masuk tanjung kan sia-sia kesihatan kau ni !”Balasku bersahaja,sempat lagi
cakap dia meroyan tu ! Padan muka,rampas lagi Faris dari aku !
“ Kau ! Arghh !”
“ Awak,dah la.Jom la kita pergi..malu
la..”Aik ? suara tu..Suara yang aku rindu sangat.Terus mataku aku halakan ke
arah sesusuk tubuh,Faris ! Mataku memandangnya,dia juga memandangku.Oh,indahnya
dunia !
“ Kau perempuan ! Jaga sikit mata kau
tu ! Jangan asyik nak tengok ‘teman lelaki’ orang lain !”Tegur Sya dengan gaya
gediknya,memegang tangan Faris yang asyik merenungku.Aku lihat si Faris ni
macam dah tak selesa.Budak ni pun satu,asyik berpegang-pegang,tak tahu ke dosa
haram ? Oh yeah ! Aku tahu nak buat apa ! Siap kau Sya..!
“ Wei Aris,Aira.Kau tak rasa panas ke
?”Tanyaku
“ Mana tak panas beb !” Jawab mereka
serentak.
“ Kau tak panas Sya ?” Tanyaku lagi.
“ Panas ! Panas hati tengok budak
perempuan tak sedar diri macam kau ni kat depan aku !” Balasnya angkuh.
“ Ris,kau tak panas ?” Tanyaku dengan
perlahan.
“ Panas jugak..” Balasnya perlahan.
“ Aku panas plus berbulu mata ni
tengok korang pegang-pegang ! Ingat wey,panas dunia kau boleh tahan,panas
akhirat siapa nak tolong ? Tak dapat den nak nolongnya.” Hah ! Kan dah kena !
Faris terus melepaskan tangan Sya yang asyik memegangnya.Aku lihat muka Sya
macam kena belacan ! Merah menyala ! Malu la tu !
“ Err,sory yer Risy.Aku tak dapat nak
elak.Dia yang pegang aku..”Jelas Faris serba salah.
“ Buat apa kau minta maaf dengan aku
Ris ? Kau salah dengan Tuhan ! Bukan dengan aku ! Jadi,kepadaNYA lah kau mohon
ampun,bukan aku Ris,bukan aku..”Balasku perlahan menahan sebak.Inginku
memberitahunya,aku suka dia.Aku sayang dia.Aku cinta dia.Tapi tak mungkin.
“ Kitorang balik dulu yer Risy ?
Semua,maaf menyusahkan.Sya,jom kita balik !” Arah Faris tegas.
“ Alah,awak..Saya tak bagi pengajaran
lagi kat dia..” Rengek Sya.Ceitt,meluat aku..!
“ Sya ! I said stop it ! Can’t we
just step out from this house ? Don’t be too brave Sya !” Marah Faris
benar-benar berapi.Faris memandang Sya dengan wajah yang bengis membuatkan Sya
terus diam tidak berkelu.Kaku terus dia.!
Beberapa Hari Kemudian...
“ Faris..” Panggilku
perlahan.
“ Err..Risy ! Kenapa kau kat sini ?
Mana Aris dan Aira ? Mana Iz dan Aqif ?” Soalnya bertalu-talu.
“ Ris..Aku nak jumpa kau,buat kali
terakhir.Aris,Aira,Iz dan Aqif yang menyuruh aku memberitahu kau
sesuatu.Sesuatu yang aku dah pendamkan,lama..” Aku memberitahunya dengan satu
nafas.Betapa perasaan aku bagai dilanda ribut menghadapi situasi ini.
“ Err..Boleh.Jom,pergi tempat lepak
yang biasa..”Ajaknya sambil melangkah.Aku yang tergamam hanya mampu mengikut
arahnya.Kakinya dan kakiku melangkah ke arah ‘port’ melepak kami yang paling
kami suka.Lepas bergaduh dengan dia,aku sering menghabiskan masa di
sini,sekurang-kurangnya dia tak dapat bawa ‘makwe’ baru dia ! Jahat tak aku ?
Aku memang selfish pun !
“ Erm,apa yang kau nak cakapkan dengan
aku Risy ?” Tanyanya setelah duduk di bangku yang disediakan.
“ Kau ingat tak..Kita pernah berjanji
untuk simpulkan persahabatan ni selama-lamanya ? Tanyaku,masih enggan ke topik
yang sepatutnya.
“ Ya..”
“ Tapi nampak gayanya macam
persahabatan kita ni dah ada tanda-tanda nak putus kan ?” Tanyaku buat kali
kedua.
“ Risy...”
“ Kau yang putuskan Ris,kau..Hanya
sebab Sya,kau tak percayakan aku.Sedangkan kau dah lama kenal aku,lebih lama
dari kau kenal Sya.Tapi,sampai hati kau tuduh aku Ris...”Balasku tanpa sempat
dia berkata apa-apa.
“ Risy...”
“ Kau tau Ris ? Aku sakit sangat.Aku
tak percaya,sahabat yang aku sayang buat macam tu kat aku..”
“ Risy..”
“ Ris,aku menyesal Ris.Aku menyesal..!
Menyesal sebab kenal kau..Kalau aku tak kenal kau mesti aku tak rasa sakit
macam ni..”Keluhku sendiri tanpa sedar.
“ Risy..Aku..aku..aku..”
“ Ris,aku menyesal jatuh cinta pada
orang macam kau,yang tak pandai menghargai cinta,yang tak pandai menghargai
persahabatan.Aku menyesal Ris..”
Aku lihat Faris terus melopong
mulutnya,mujurlah sempat ditutup sebelum satu lalat pun masuk ! Mesti dia
terkejut..
“ Risy,kau ?”
“ Ya Ris..Aku suka kau,aku sayang
kau,aku cinta kau.Tapi aku sedar,kau bukan milik aku..”Air mata yang aku tahan
akhirnya tumpah jua ke pipi.
“ Risy..maafkan aku Risy..”
“ Tak apalah Ris..Selamat tinggal
Ris.Kau takkan jumpa aku lagi selepas ni.Begitu juga kawan-kawan yang
lain.Selamat tinggal Ris,semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau..”Balasku
tersenyum,menyembunyikan rasa perit jauh ke dalam hati.Aku ingin melihat dia
bahagia.Aku pantas mengatur langkah,berpaling darinya.
“ Risy,kau nak pergi mana ? Risy
!”Jeritnya apabila melihat aku semakin menjauh.Aku hanya mampu melihat sambil
tersenyum dan melambaikan tanganku kepadanya tanpa membuka mulutku.
Ya Allah,andai dia bukan milikku,kau
hilangkanlah cinta di hatiku,jauhkanlah hatiku daripadanya.Ya Allah,andai ini
takdirmu yang telah ditetapkan kepadaku sedari dulu,aku terima dengan
pasrah.Bahagiakan dia Tuhanku,kerana aku tak mampu membahagiakan dirinya
sepanjang aku hidup.
“ Risy....” Kata Faris sambil
melutut,menangis.Mengapa ? Kenapa kau pergi tinggalkan aku dalam rasa bersalah
Risy ? Kenapa aku buta selama ni Risy ? Kenapa aku buta hingga aku tidak
melihat cinta di mata kau ? Risy,kembalilah padaku Risy.Akan aku bahagiakan kau
Risy.Ampunkan aku ya Allah..!
“ Ris..Menyesal sekarang dah tak
guna.Risy dah pergi dari hidup kita.Kita takkan dapat jumpa dia kembali.Dia
pergi membawa hatinya yang lara Ris.Dua pesan aku kat kau Ris..Hargai seseorang
sebelum dia pergi meninggalkan kita dan pandai-pandailah kau memilih antara
kaca atau permata.Kitorang pergi dulu..” Aris bersuara perlahan apabila
mendekati Faris yang kelihatan teresak-esak.
Hujan yang turun bagaikan mengerti
perasaan hati seorang lelaki yang ditinggalkan sahabat baiknya merangkap orang
yang dicintainya.Betapa berat hati lelaki ini untuk menempuh segalanya selepas
ini.Wahai sang gadis,jika ini membahagiakanmu,aku relakan kau pergi,demi
kebahagiaan kau.
Beberapa bulan kemudian...
“Assalamualaikum
murid-murid.Hari ini kita akan menerima seorang pelajar baru.Ok,Hakim.Kenalkan
diri awak kepada pelajar-pelajar yang lain..”Suara cikgu Aqilah menusuk
gegendang setiap telinga yang mendengar.Para pelajar,lelaki mahupun perempuan
seakan terlopong melihat ketampanan lelaki bernama Hakim ini.
“ Assalamualaikum semua.Nama saya Aiman
Hakim,panggil saya Hakim aja.Saya harap kawan-kawan dapat terima saya sebagai
pelajar baru di sini.”Dengan selambanya dia memperkenalkan dirinya.Alah,suasana
ini memang dah lali dengan dia.
“ Baiklah Hakim.Awak boleh duduk di
sebelah Faris.Faris,angkat tangan !”
“ Saya cikgu !” Dengan pantas Faris
mengangkat tangannya tinggi.
“ Gulp..aku kena duduk dengan mamat ni
ke ? Lelaki yang tak pandai menghargai cinta adikku..?” Kata-katanya hanya
terluah di dalam hatinya sambil wajahnya memandang Sya & The Geng dengan
muka menyampah.Para gadis-gadis yang menyakiti hati adik kesayangannya !
Hakim melilaukan wajahnya ke arah
seluruh bilik darjah.Kini,wajahnya tertancap kepada 4 sekawan.Aris,Aira,Iz dan
Aqif ! Wajahnya kelihatan seperti ingin memohon simpati,tetapi mengenangkan apa
yang telah dilakukan terhadap adiknya,semangatnya memang berkobar-kobar untuk
menyaksikan kejatuhan mereka.Sekarang,dia hanya perlu bersabar.Dengan rasa
malas,dia berjalan ke arah tempatnya yang sememangnya kosong semenjak Badri
turut berpindah.
“ Hai,saya Faris.Panggil Ris pun
boleh.Erm,boleh saya panggil Akim ?” Tegur Faris,ramah.
“ Hai,nama aku Hakim.Sukati kaulah nak
panggil aku Akim ke apa ke ..” Balasnya malas membuatkan Faris terdiam,mungkin
dia masih penat.Mungkin itulah yang difikirkan Faris ! Kesian,jika dia tahu
lelaki di sebelahnya akan membalas dendam bagi pihak adiknya,dia tidak akan
seramah ini.
“ Ok,murid-murid.Sila buka buku teks
muka surat 189..”Arah cikgu Aqilah dengan suara yang garang.Guru ini sudah
hilang kemesraannya semenjak Risy berpindah.Risy memang anak murid
kesayangannya,malah hampir kesemua guru-guru sekolah ini bersedih dengan
pemergian Risy.
“ Perhatian,perhatian
kepada semua guru,anda diminta bergerak ke bilik mesyuarat untuk satu
mensyuarat tergempar.Diulangi,kepada semua guru anda diminta ke bilik mesyuarat
sekarang juga.Terima kasih.”
Terdengar pengumuman yang meminta para
guru untuk ke bilik mesyuarat.Cikgu Aqilah terus mengemaskan barangnya dan
meminta Faris untuk menjaga kelas supaya tidak gamat dan mengganggu pelajar
kelas lain.Selepas itu,cikgu Aqilah terus keluar.Hakim hanya mampu
melihat,sedangkan dia masih tidak selesa berada di tepi Faris,malah di hadapan
Sya & The geng lagi !
“ Hai ! Saya Aisya Amilia ! Ini Aimi
Najihah dan itu Arifah Elliana..!” Kata Sya mengenalkan dirinya.
“ Sya,sory yer..Jangan kenalkan nama
aku dengan orang asing.Aku tak suka !” Kata Arifah Elliana,selamba tanpa
memikirkan perasaan Sya.Hakim yang mendengar,menguntumkan senyum.Rupa-rupanya
si Arifah ni taklah seteruk Sya dan Aimi yang nampak terlebih ligat ni !
“ Hai..Aku dah kenal korang
bertiga..Lebih-lebih lagi Sya !”Balas Hakim sambil meneknkan perkataan Sya !
“ Eh ? Saya ni popular sangat ke
sampai pelajar baru macam awk ni boleh kenal nama saya tanpa saya perkenalkan
diri ?” Eh,perasan siot perempuan ni ! Tak tahu malu sungguh ! Kata Hakim di
dalam hatinya.
“ Eh,maaflah..Setahu saya yang paling
popular kat sekolah ni Elyana Erisya ! Dari dulu lagi !”Balas Hakim selamba.
“ Perempuan tu ? Perempuan yang selalu
cuba merampas ‘bekas’ teman lelaki saya ? Hah ! Mimpilah dia yang paling
popular !” Balas Sya geram kerna jejaka ini menyebut nama yang menjadi kebenciannya
dari dulu sehingga sekarang.
“ Sya..Kau jaga baik-baik mulut kau !
Dia tak pernah nak rampas akulah ! Tapi kau yang rampas kebahagiaan dia !
Apabila aku sedar aku tak mencintai kau,barulah aku putuskan hubungan kita !!”
Faris bersuara dalam nada geram apabila nama Risy diburukkan di hadapannya.
“ Eh,pesal mamat ni back up adik aku
pulak ? Bukan dia yang sakitkan hati adik aku ke sampai adik aku sanggup ke
Bandar Johor Bharu semata-mata kerana terluka dengan Faris..” Perlahan suara
itu terluah daripada bibirnya.Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya !
“ Kejap ! Tadi kau cakap ‘bekas’ Aisya
Amilia ?”Suara Hakim bertanya dengan tegas sambil melihat ke arah Faris.
“ Ya ! Dan yang menjadi penyebabnya
adalah Elyana Erisya..!” Sya berkata dengan lantang.Tanpa disedari,empat pasang
mata memerhati tingkah laku Hakim sedari tadi.
“ Aisya Amilia ! You are too much !
Hubungan kita hancur bukan sebab Risy ! Tapi aku yang bodoh memilih kau
sedangkan cinta aku yang sebenar ada pada Risy ! Aku yang tidak melihatnya
sehinggalah dia mulai menjauh dari aku ! Do you understand that ?!” Tajam mata
Faris melihat Sya membuatkan Sya mula kelu untuk berkata,pastinya takut.
Hakim yang melihat mula
tersenyum.Ternyata adik kembarnya tidak bertepuk sebelah tangan.Faris juga
mencintainya,tapi mungkin adiknya ingin Faris merasai kehilangannya sepertimana
dia merasai kehilangan Faris.Selepas itu,dia bergerak ke arah empat sekawan
yang memerhatikannya sedari tadi.Bukan dia tidak perasan,tetapi topik yang
menjadi bualan tadi menarik perhatiannya.
“ Wei ! Korang..Korang dah tau ke Ris dan Sya dah putus ?”Tanya Hakim
apabila tiba di hadapan mereka.
“ Aku dah taulah Hakim ! Terkejut
beruk aku bila kau tiba-tiba masuk sebagai budak baru ! Setahu aku kau abang
Risy,mesti tak boleh masuk sini.Macam mana kau kelentong ?”Tanya Iz meminta
penjelasan.
“ Woi ! Abang apanya ! Aku kan kembar
dia ? Awal beberapa jam kot !”Balas Hakim dengan tawa yang ditahan,ternyata
mereka semua tertipu dengan lakonannya dan Risy.Bijak sungguh Risy menipu.
“ Kurang asam kau Kim ! Kau tipu
kitorang rupanya !”Kata Aira dengan geram,begitu juga dengan Iz,Aris dan Aqif.
“ Wey ! Korang jangan bagitau
sesiapa aku ni kembar Risy ! Kalau tak memang nahas ! Aku datang ni pun nak
bersihkan nama adik aku dan pastikan Sya & The Geng mendapat balasan dan
akhirnya meminta maaf !”Kata Hakim penuh marah.
“ Beres ! Kau boleh harapkan kitorang
!” Balas mereka serentak.Kemudian mereka berbual mengenai topik-topik semasa. Dalam
diam,Sya memerhati dengan geram.Yelah,dia yang bertegur sapa dulu dengan
Hakim,kenapa Hakim lebih rapat dengan empat sekawan yang turut dibencinya ? Dan
lebih penting,macam mana Hakim boleh mengenali Risy ?
Di waktu Rehat...
“ Hye guys ! Jom pergi
rehat sama-sama ?”Pelawa Sya kepada empat sekawan.
“ Sory lah Sya ! Kitorang taknak
rehat dengan orang yang selalu iri hati ! Jom Hakim,jom Faris !” Aris menolak
ajakan dengan kasar,dia sedar Sya & The Geng sering sekali ingin merapatkan
diri kepada mereka lebih-lebih lagi sekarang Hakim dan Faris menjadi ahli
kumpulan mereka.Yang lain pun sedar,sejak Risy pindah,Sya ingin menjadi kawan
‘baik’ mereka sedangkan mereka sering menolak.Kumpulan mereka kan dikenali budak
sekolah ni tak kiralah junior mahupun senior ? Semuanya mengenali dan menyukai
mereka lebih-lebih lagi Risy.
“ Jom..!”Balas Faris dan Hakim
serentak.Tanpa mempedulikan ‘gadis’ itu,mereka berlalu ke kantin sambil berbual
dan bergelak ketawa.Sya memandang dengan penuh dendam.
Ketika menghadapi peperiksaan
pertengahan tahun..
“ Sya,couple nak ?”
Tanya Hakim selamba.Sya melopong.Tidak disangka jejaka yang menjadi pujaan
menaruh hati kepadanya.Dengan pantas dia mengangguk,bersetuju.
Hakim ketawa kuat di dalam hatinya.Tidak
disangka Sya dengan mudah menyutujuinya sedangkan Hakim hanya ingin memastikan
Sya akan mendapat balasannya kerana menyakiti sekeping hati adik kesayangannya
!
“ Dik,kau sabarlah.Tenangkan jiwamu
disana.Aku akan terus sokong kau dik,lupakan segalanya yang perit disini.Semoga
kau pulang dengan kegembiraan,bukan kesedihan kerana aku tak sanggup menatap
kesedihan kau dik..”Pesan Hakim,sekadar terucap dihatinya.Sungguh !
Mengenangkan keperitan yang terpaksa dihadapi adiknya,hatinya umpama
disiat-siat,seolah-olah dia yang merasakan keperitan itu.Benarlah kata
orang,cubit paha kanan,paha kiri terasa.Contohnya adalah dia !
“ Woi ! Kau buat apa kat sini hah ?
Teringat awek ?” Sergah Faris secara tiba-tiba.Entah mengapa dia senang untuk
merapati lelaki ini,seolah-olah di dalam diri lelaki ini ada seseorang yang dia
rindui.
“ Wey ! Terkejut beruk aku kau buat
macam tu beb ! Beruk pun tak terkejut macam ni tau ? Aku rasa terkejut aku ni
sama macam terkejut...”Jawab Hakim tetapi dalam keadaan berahsia.
“ Terkejut apa beb ?”Soal Faris tidak
sabar.
“ Terkejut macam chimpanzee !! Hehe”
Balas Hakim sambil tersengih manakala Faris mula mengetap bibir kegeraman.Ha !
Ha !
“ Woi..aku rindu someone lah..”Jelas
Faris tiba-tiba.Kegembiraan yang terserlah di wajahnya kini mulai pudar.Kesian
Hakim menengoknya !
“ Kau rindu awek mana pulak ni Ris ?
Jangan kata kau rindu si Sya ?” Tanya Hakim dengan dadanya berdetak hebat.Jangan
kau sebut kau rindukan Sya,Ris ! Kau hanya untuk adik aku,Risy !
“ Aku rindu...Elyana Erisya
Kim..Tiba-tib je aku rindukan dia.Rindu sangat-sangat..Tiapkali tengok wajah
kau,mesti aku teringatkan dia.Aku tak tahu kenapa..”Luah Faris,menahan air
matanya daripada merembes keluar.Betapa hatinya kini menyanyikan lagu rindu
yang teramat terhadap insane bernama ELYANA ERISYA !
“ Memanglah tiapkali kau tengok aku
kau teringatkan Risy ! Sebab kitorang ni kembar ! Semuanya sama,hanya jantina
yang berlainan !”Jawapan Hakim hanya tersangkut di kerongkongnya sahaja tanpa
suara.
“ Ris,kau kena tabah..Aku tahu
perasaan kau mencintai seseorang yang telah pergi daripada kehidupan kita
secara tiba-tiba.Sepatutnya Elyana Erisya tu perjuangkan hak dia.Tapi mungkin
ada maksud tersurat kenapa DIA menguji kau begini Ris.Berdoalah Ris,semoga kau
dipertemukan kembali dengan Elyana Erisya..”Nasihat setulus hati Hakim berikan
kepada Faris,dia lelaki juga.Mesti dia tahu Faris itu ikhlas menyayangi
kembarnya itu sepenuh hati !
“ Mungkin betul cakap dia.Dia hanya
akan pergi bila dia merasakan aku tak menginginkan dia lagi di sisi aku.Aku
buta Kim,aku buta selama ni.Aku memilih kaca berbanding intan yang sedia ada di
depanku.Aku terpesona dengan kilauan kaca tu.Aku tak pernah melihat cinta yang
terlukis indah di matanya..”Luah Faris,sedih sekali.Hakim hanya mampu melihat
dan mendiamkan diri.Risy,adik kembar kesayanganku,kau harus kembali suatu hari
nanti untuk menyembuhkan luka yang telah kau torehkan kepada Faris dan Faris
harus sembuhkan luka di hati kau dik !
“Ris,kau jangan sedih macam
ni.InsyaAllah suatu hari nanti dengan keizinan Allah kau akan bertemu lagi
dengan gadis kesayangan kau..Aku yakin dia akan kembali.”Jelas Hakim mesra.
“ Entahlah Kim..Kadang-kadang aku nak
berputus asa.”Beritahu Faris dengan lancar.
“ Ris...kau..” Belum sempat Hakim
menghabiskan kata-katanya,Sya datang lalu memeluk bahu Hakim penuh manja.
“ Woi ! Kau kenapa datang peluk-peluk
aku ni ?”Jerkah Hakim,meluat.
“ Alah,sayang..Steady lah..Benda
orang berkasih sayang kan ?”Sya bersuara lunak sekali.
“ Sayang kepala hotak kau ! Kau sedar
tak kau ni buat maksiat hah ? Kau tak malu ke pegang tangan aku,peluk tangan
aku,lelaki ajnabi yang tidak ada pertalian dengan kau ?” Herdik Hakim menahan
marah.Faris hanya mampu memerhatikan dalam diam.Diam-diam dia semakin kagum
dengan insan bernama Hakim,jarang sekali dia melihat orang lelaki menolak ikan
dihadapannya,tapi Hakim ni lain.Dia istimewa..
“ Sayang..Kenapa awak selalu macam ni
? Benda ni memang dah jadi adat bagi orang yang berkasih sayang macam kita kan
?” Tanya Sya dengan muka kelat.
“ Sya,kau tak faham ke ? Aku takkan
benarkan kau sentuh aku selagi kita bukan sesiapa ! Kita hanya couple dan
pasangan couple tak perlu lakukan semua tu untuk meningktkan rasa sayang ! Aku
benci pasangan macam tu ! Belum apa-apa dah buat maksiat ! Tak boleh dibuat
bini !!”Kata Hakim bernada tinggi kerana menahan perasaan geram dihatinya.Aisya
Amilia hanya menikus memandang kemarahan Hakim.Entah kenapa dengan jejaka ini
dia rasa sayang sangat.Tak boleh lepas.Walaupun lelaki ini banyak menjerkah dia
di hadapan rakan-rakannya namun dia tetap tabahkan hatinya hanya kerana rasa
sayang dihatinya.
“ Hakim,awak tahu kan..Saya tak harap
lebih.Hanya perkataan ‘Saya cintakan awak’ je yang saya harapkan akan keluar
daripada mulut awak tu.Masa awak ajak saya couple,awak tak ucapkan pun benda
tu.Mesti saya curious jugak nak dengar..” Luah Sya tib-tiba dengan mata
berkaca.Terpana seketika Hakim mendengar kata luahan Sya.
“ Apa yang awak buat kat saya,saya
terima je.Saya reda terima semuanya sebab saya sayangkan
awak.Tapi,kadang-kadang saya rasa awak nak mainkan saya je.Saya tak tahu lepas
Risy pindah,awak datang dalam hidup saya,mengharu-birukan hidup saya.Tapi saya
tetap tabah hadapi awak,sebab saya sayang awak.Kawan-kawan saya selalu cakap
saya ni bodoh,sebab asyik sabar je dengan kerenah awak..”Air mata Sya yang
ditahan,tumpah satu-persatu ke tubir matanya.Tanpa membuang masa,Sya terus
berlari meninggalkan mereka.
“ Bro..Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke ?”Tanya Hakim memandang
Ris.Hatinya mula berdetak hebat mendengar kata-kata Sya. Tidak disangka,Sya
sanggup harungi segala kepayahan kerananya !
“ Aku tak tahu beb..Tapi,tak baik
biarkan perempuan menangis..”Nasihat Faris dengan jujur.Baginya,friend is
friend..! Sya tetap kawannya dunia akhirat !
“ Bro..baik kau kejar..”Faris dipandang
sipi seketika sebelum dia berlari mendapatkan Sya.Tiba di suatu tempat,dia
terjumpa Sya,tunduk menangis bersama kedua belah kakinya menutupi
wajahnya.
“ Sya,i’m sory ok ? Tapi,tolong
jangan melebihi batas antara lelaki dan perempuan.Kita ni tetap orang Islam,ada
batas pergaulan yang perlu dijaga..Jangan kerana kita hendak mengikut budaya
orang,kita lupa agama Sya..” Nasihat Hakim perlahan membuatkan Sya semakin kuat
menangis.Bayangan dosa silamnya menari-nari di hadapan wajahnya,sungguh ! Dia
menyesal kerana telah melakukan pelbagai kesilapan ! Pepohon dosanya terhadap
Elyana Erisya semakin menghantuinya menyebabkan matanya berpinar sebelum..
“ Sya !!!!” Jerit Hakim lantang
sekali apabila melihat Sya terbaring lesu,pengsan !
“ Alamak ! Apa aku nak buat ni ?
Takkan aku nak angkat dia kot ? Kan berdosa buat macam tu ? Hah ! Aris dan Aira
!”
“ Aris !! Aira !! Jeritnya kembali
setelah melihat mereka mula menghampiri.Setelah mereka sampai,dia terus menceritakan
perkara yang sebenarnya.Mujurlah Aira dan Aris bersedia menolong membawa Aisya
ke ruang perubatan.
Di bilik rawatan..
“
Risy..Risy..”perlahan bibir munggil itu berkata,namun sempat didengari
Hakim.Tanpa sedar,hatinya terusik sendiri.Dia hanya mampu memandang sayu wajah
Sya sambil memikirkan nasib adik kembarnya yang jauh di rantau orang.
“ Kau kat mana dik ? Kenapa kau lari
daripada masalah ?” Gumam Hakim sendirian.
Peperiksaan SPM bermula..
“ Wey,korang buat yang
terbaik tau !” Faris memberitahu sambil menunjukkan isyarat bagus.
“ InsyaAllah.Kau pun jangan lupa ya
buat yang terbaik..Mana tahu nasib kau cerah,dapat jumpa orang yang kau rindu
!” Jelas Hakim sambil tersenyum.Sya hanya mampu tersenyum sedangkan hatinya
terasa ingin menangis.Ya Allah,besarnya dosa aku pada dia ! Berikanlah
kesempatan kepada aku untuk bertemunya lagi !
5 Tahun kemudian..
“ Wahai puteriku adik abang yang cantik
berseri ! Cepatlah sikit ! Kita ni dah lewat tau tak ?” Hah,sudah ! Abang
kembar kesayangan aku tu dah mula membebel ! Cepat Risy cepat kalau kau nak
selamatkan telinga kau tu !
“ Ya ! Kejap lagi kakandaku yang
tampan !” Balasku dalam nada manja.
“ Banyaklah kau dik ! Aku tak makan
dek bodeklah dik oii !” Balas abangku sambil mencekak pinggang.Amboii,gaya cam
nak ajak aku wrestling je ? Ceitt,berani ke aku me ‘wrestling’ kan bang aku
sorang ni ?
“ Ala bang..Gaya kau macam nak pi
jumpa awek je ! Kita nak keluar makan kan ?”Soalku meminta penjelasan.
“ Memang lah kita nak pergi
makan.Tapi sambil-sambil jumpa makwe abang ni ! Apa orang kata ? Sambil
menyelam sambil minum air ?”
“ Waa ! Kelass kau bang ! Dah ada
makwe !! Yelah,sambil menyelam sambil minum air,takkan sambil makan sambil
tercekik kot ! Apa punya peribahasa kau belajar bang sampai kau lupa ?”
Usikku.Haiyya,kepala nakal aku dah datang weyy !
“ Woi,kau nakal sangat hari ni kenapa
? Dulu nakal lepas tu frust kat sorang mamat ni lari ke Johor ! Balik ke
sini,senyap.Abang ajak kau berbual tak nak ! Hari ni tiba-tiba nakal ? Kau
sihat tak dik ?” Abang oh abang.Kenapa ? Why ? Kenapa kau ungkit perkara lama ?
Luka aku masih berdarah tau tak ? Sampai sekarang aku tak boleh lupakan Faris
aku !
“ Bang,kau ungkit perkara lama kenapa
? Lama tak makan penumbuk aku ke ?”Gertakku sambil menunjukkan penumbuk yang
tak berapa nak besar kat dia.Tergelak dia tengok aku buat macam tu ! Ceitt,aku
rasa kalau lantai ni tilam,dah lama tergolek dah abang aku ni !
“ Woi,sudah arr ! Kau kata nak ajak
aku jumpa awek kau bang ! Karang lewat menangis kau !” Sudahnya,tawanya terus
berhenti,terus dia berlari menuju ke keretanya sambil menjerit.Bersungguhya kau
bang sampai dompet kaupun kau tak bawak ! Nanti kau nak bayar guna apa ? Air
liur ke ?
“ Dik ! Cepatlah !!”Gesanya,sudah
pasti dalam keadaan gelisah.
“ Bang ! Kau lupa dompet ! Nah
!”Unjukku ke tangannya.
“ Ya Allah ! Terima kasih Dik
!”Ucapnya girang sambil mengucup dompetnya berkali-kali.Serta merta ada gambar
kecil terjatuh daripada dompetnya.Aku segera mengambil sekeping gambar bersaiz
kecil itu.
“ Dik ! Kau jangan tengok !”Jerit
abangku lagi sambil menghalang aku melihatnya.Namun belum sempat dia merampas
gambar itu daripada aku,mataku telah lama tertancap pada seorang gadis.Ya !
Gadis ! Aisya Amilia !!
“ Bang ! Kenapa kau ada gambar dia
bang ? Bagitau aku !!” Jeritku gagal menahan emosi.
“ Dik...sebenarnya..dialah makwe abang
yang abang nak tunjuk tu.Dia nak sangat jumpa kau lepas tahu kau adik abang.Dia
nak minta maaf dik.Maafkanlah dia.Lagipun dia dah berubah..” Ucap abangku,Hakim
perlahan sekali.Aku hanya mampu membatu dan tanpa menghiraukan dirinya,aku
pantas membuka pintu kereta,bersedia untuk turun.Serta merta tanganku dipegang
dengan erat.
“ Dik..Kau nak kemana ?”
“ Bang,aku minta maaf.Aku tak dapat
nak tunaikan permintaan kau untuk jumpa ‘makwe’ kau tu ! Hati aku masih sakit !
Aku masih sangat terluka dengan ‘makwe’ kesayangan kau tu !”Jelasku.
“ Dik,maafkan dia..”
“ Bang ! Kau bukan aku ! Bukan kau
yang lalui semua apa yang aku lalui dulu ! Bukan kau yang rasakan penderitaan
aku ! Kalau kau jadi aku,mampu ke kau lupakan semuanya ? Ya,aku maafkan dia !
Aku maafkan Faris,tapi hati aku masih sakit ! Luka hatiku masih belum sembuh !
Fahami aku bang ! Jangan paksa aku !!” Jeritku perlahan sambil menitiskan air
mataku.Demi melihatkan air mataku,semerta tangan aku dilepaskan.Tanpa membuang
masa,aku terus berlari masuk ke dalam rumah.Sisa air mata aku lap.
“ Sya..maafkan aku.Dia masih tak nak
jumpa kau lagi buat masa ni..” Beritahu Hakim menerusi telefon
bimbitnya.Setelah adiknya berlari masuk,dia terus menelefon Aisya dan
memberitahu dengan berat hati.
“ Kim..tak apa.Aku faham.Susah untuk
kita lupakan kesalahan seseorang kepada kita.Aku faham perasaannya..” Kata Sya
dalam tangisan yang hanya mampu ditahan daripada meletus.Risy ! Kerasnya hati
kau..Teringat akan kenangannya ketika pertama kali mengetahui Risy itu adiknya
Hakim.
2 Tahun lepas..
“ Sya..Datang rumah aku
petang ni ?”Pelawa Hakim dengan senyuman.
“ Mak ayah kau tak marah ke Kim ?”
Soal Sya dengan mata bersinar.Mereka telah menamatkan pengajian di sekolah
menengah ketika itu.Dan sekarang mereka lebih senang untuk berbicara
menggunakan ‘aku,kau’ saja.Mereka lebih rapat jadinya !
“ Tak..Kau ikut aku terus pun diorang
tak marah..Nak tak ?”Pelawa Hakim buat kali kedua.
“ Boleh jugak !”
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah
Hakim.Dalam perjalanan,mereka telah berbual pelbagai perkara sehingga tiba.
“ Assalamualaikum..Mummy ! mummy !” Panggil
Hakim sambil membuka pintu pagar.
“ Waalaikumussalam..Hah,Hakim..Dah balik
pun ! Siapa ni ? Hah ! mummy tau ! Bakal isteri kamu ye ?” Tegur Puan Habsah
dengan wajah yang manis.
Mak oii ! Awet mudanya mummy Hakim ni
! Patutlah anaknya pun handsome giler !
“ Assalamualaikum,mak cik..Saya
Aisya..”Jawab Aisya memperkenalkan diri dengan penuh sopan.Tertarik Puan Habsah
dibuatnya !
“ Mummy,kot ye pun nak tak sabar nak
berbual dengan bakal menantu,jemputlah kami masuk dulu.Dah panas tau Kim
tercegat kat sini !” pantas Hakim
memintas percakapan mummynya dengan manja.Anak manja !
“ Allah..Maafkan mak cik ye Aisya ?
Jemput masuk,jemput masuk !” Pelawa Puan Habsah dengan senyuman manis.
“ Terima kasih mak cik..”
“ Eh,jangan panggil mak cik !” Hakim
memberitahu.
“ Habis tu panggil apa ?” Tanya Sya
dengan nada pelik.
“ Panggil mummy ! Kan mummy ?” Hakim memberitahu dengan senyum
manis.Wajah Sya merah menahan malu !
“ Ha’ah..Panggil mummy je Aisya !”
“ Erm,baiklah mummy..”
Puan Habsah,Aisya dan Hakim melangkah
masuk kedalam rumah.Puan Habsah terus menghilang ke dapur sedangkan Aisya hanya
mampu melihat dengan kagum kemewahan rumah Hakim.Serta merta matanya tertancap
kepada sekeping gambar.Didekatkan dirinya kepada gambar itu.Sah ! Elyana Erisya
!
“ Tu anak mummy,kembarnya Hakim.Beza
beberapa jam je..”Terang Puan Habsah tiba-tiba dari dapur.
“ Dia kat mana sekarang mummy ?”Tanya
Aisya tidak sabar.
“ Dia kat Johor Sya..Dah lama
dah..Bila Hakim pindah masuk sekolah yang sama dengan adik dia dulu,memang adik
dia dah pergi.Hakim dan adik dia tu memang rapat.Hakim sanggup buat apa sahaja
untuk adik dia,termasuk menyakiti orang-orang yang menyakiti adiknya.He’s
protective..”Jelas Puan Habsah dengan mata berair.
“ Mummy rindu dia Sya..Dah lama mummy
tak jumpa dia.Cuti sekolah,dia tak nak balik.Kalau rindu,kitorang pergi melawat
dia kat sana..”
“ Astaghfirullah..!”Jerit
Sya perlahan apabila meja yang didudukinya ditepuk perlahan.Wajah Hakim kelihatan
dengan wajah yang lesu.Mungkin kecewa tidak dapat mempertemukan Sya dengan
adiknya.
“ Sya...Aku minta maaf tak dapat
temukan kau dengan dia..Lepas tahu aku,kau dan dia nak jumpa hari ni terus dia
keluar dari kereta aku.Aku cuba jugak sekat dia,tapi kau taukan.Sekali dia
cakap tak nak,dia tetap akan cakap tak nak..”Jelas Hakim mendayu.
“ Tak apa lah Hakim.Mungkin hati dia
masih belum terbuka nak jumpa ku.Aku tahu dia dah maafkan aku,Cuma tak nak
jumpa aku jer,sebab hati dia masih terluka..” Sya membalas,sayu sekali
kedengaran suaranya.
“ Terima kasih Sya sebab memahami adikku..”
Balas Hakim dengan sebuah keluhan.Akhirnnya mereka hanya makan berdua tanpa
kedengaran satu perbualanpun antara mereka.Hanya apabila mereka ingin
pulang,Aisya mengunjukkan satu bungkusan kepada Hakim dan Hakim menerimanya
dengan tanda tanya.
“ Apa ni Sya ?”
“ Kau bagi hadiah ni kepada Risy.Aku
beli khas untuk dia.Kirim salam maaf aku untuknya.Aku pergi dulu..” Ucap Sya sambil
melangkah keluar daripada restoran,wajahnya keruh memikirkan ketidaksudian Risy
menemuinya.Lantas,setitik demi setitik air mata mula membasahi wajahnya.
Di rumah..
“ Sya..Kenapa kau mesti hadir dalam
hidup aku kembali ? Aku cuba melupakan segala kesakitan yang kau hadiahkan
untukku,namun takku duga,Allah mengujikan lagi dengan kedatanganmu..” Wajah
mulus Erisya Elyana mula dibasahi air mata sambil tangannya masih laju membelek
album lama yang tertera gambar rakan sekelasnya termasuk Sya dan Faris.Mengingatkn
Faris,hatiya kembali hancur.Cinta yang dibina akhirnya hancur
berantakan.Meskipun hanya dia yang menyemai benih cinta.Erisya Elyana akhirnya
tidur dalam kesedihan yang mendalam.Luka lamanya kembali berdarah !
Keesokan harinya...
Keesokan harinya...
“ Risy ! Cepatlah ! Mummy dah nak pergi ni !”
Jerit Puan Habsah sambil matanya melirik ke arah jam tangannya.
“ Kejap mummy ! Taraa ! Cantik tak
anak mummy hari ni ?” Kataku tersenyum manis.
“ Anak mummy sentiasa cantik !
Vogue gituu ! Dah,jom ! Salam abang cepat !” Suruh Puan Habsah.
“ Bang ! Aku pergi dulu ! Kau ingat
bang,jangan bagitau sesiapa pun ! Aku tak nak benda ni heboh ! Muah ! Sayang
kau abang !” Kataku membuat flying kiss.Abangku dengan serta-merta menangkap
‘kiss’ aku lalu dihumbannya dan dipijaknya.Ciss ! Aku memandang kegeraman
sedangkan dia hanya tersenyum manis melihatku.
“ Mummy ! Abang Kim jahat !”
Rengekku manja.
“ Ye lah anak manja ! Maafkan
abangmu yang handsome lagi bergaya ni ya ?” Kata abangku selamba.
“ Bang,kenapa kau suka puji diri
sendiri ? Kau ni masuk bakul angkat sendiri pulak !”
“ Bukan masuk bakul angkat sendiri
dik oii ! Tapi masuk lif tekan sendiri..!” Balasnya lagi.
“ Bang,kau punya peribahasa memang
fail lah ! Dah..aku nak pergi dulu ngan mummy ! Jangan mengayat je kerja !”
Balasku mengutuk peribahasa yang diberikannya.
“ Kau pun sama dik !
Tak payah nak ‘ter’ngorat dengan sesiapa kat ofis mummy pulak ! Kau,dah ada
orang ‘booking’ !”
“ Amboi ? Bila masa aku bertunang bang
oii ?”
“ Dalam mimpi ! Kau bertunang dengan
kekasih lama kau !”
“ Siapa kekasih lama aku bang ?”
“ Faris !!”
“ Bang,kau memang tak makan dek saman la !”
Jeritku dengan geram.
“ Aku memang tak makan saman..Aku makan
nasi dan makanan yang sewaktu dengannya.” Ciss,dia telah me ‘lowyer’ burukkan
aku daa..!
“ Dah la bang ! Aku nak pergi dulu !
Kang mummy tarik muka 36 naya aku nak pujuk !”
“
Mummy ! Wait for me !” Jeritku dengan nada yang perlahan.
Perjalanan ke pejabat yang sememangnya
membosankan ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas aku penuhi dengan
mendengar lagu dari handset kesayanganku.Mummy hanya mampu tergeleng melihat tingkahku.
“ Fuhh ! Lepas jugak kesesakan..Mummy,Risy
masuk dulu ye ? Nanti marah pulak CEO syarikat Megah Holdings ni !”
“
Banyaklah kamu nak marah ! Habis tu,siapa orang kat depan kamu ni ?” Soal Puan
Habsah dengan senyuman.
“
Eh,lupa ! Orang kat depan Risy ni lah CEO Megah Holdings ! Mummy,i’m so
sorry..”Terangku dengan sengihan memanjang.Mummy hanya mampu melihat kerenah
nakal anaknya yang sorang ni !
“ Puan..Puan nak naik lif ?” Tegur
seseorang dari arah belakang.Tanpa melihat wajahnya aku terus menjawab bagi
pihak mummy.
“ Tak..kitorang nak naik cabble car
ni.Tak nampak ?” Balasku selamba.
“ Ish,Risy ! Apa la..Kuat sangat
pengaruh kartun sampai otak pun dah jadi kartun !” Balas mummy dengan selamba.
“ Ye lah Encik Faris oii..Nak naik
liflah..Awak ada nampak tangga ke ?” Balas mummy dengan mesra.Demi sahaja terdengar perkataan Faris,automatik badanku
terpusing 560 darjah.Ya Allah ! Faris Ilham ! Kelihatan dia juga tergamam
apabila melihat wajahku.
“ Ya
Allah..Benarkah ini wajah kesayanganku ? Wanita dambaan dan pujaanku setelah
sekian lama dia menyepi,membiarkan diriku tersalut kedukaan ?” Kata-kata yang
hanya terluah di hati Faris.
“ Oh ya..Faris..Kenalkan ni Anak perempuan
saya, Elyana Erisya.But she’s prefer to be called as Risy.Risy,ni Faris
Ilham.Salah seorang pekerja yang berdisiplin dan menjadi anak buah kesayangan
syarikat.Faris,Risy akan bekerja di bawah awak mulai dari sekarang..!
“ Err..Aku kena kerja dengan Faris ? Mummy, i
dun want to ! Help ! Tak nak..!” Jeritku dalam hati.
“
Baiklah Puan Habsah..” Terus Faris memberikan persetujuannya. “ Kamu Elyana
Erisya,ikut saya !” suruhnya dengan nada tegas.
“ Ba..baik,Tuan Faris..” Terketar-ketar
suaraku memberikan persetujuan.Perkataan ‘TUAN’ aku tekankan sedikit.Terlihat
matanya yang terjongket memandangku menyebabkan aku kembali merasakan dadaku
berdetak hebat.
“ Risy..Apa lagi,ikut Faris !” Arah
mummy dengan tegas apabila melihat kakiku masih tidak berganjak sedangkan Faris
telah bergerak melalui tangga.Apa kejadahnya dia nak naik tangga ? Ooo,nak dera
aku ya ?
Sesampainya aku di tangga,aku mula
tercari wajah kesayanganku suatu ketika dahulu.Namun,aku hairan bagaimana
perasaanku dulu kini semakin hebat ? Lerai dendamku untuknya dan kerinduanku
semakin memuncak setelah melihat wajahnya tadi.
“ Risy...” Tegurnya dari belakang.
“ Ris !” Terlepas namanya kerana ke
‘terkejutan’ yang melampau.
“ Risy..Kau masih ingat aku ? Aku
ingat kau dah lupakan aku ? Kau tau Risy..Hidup aku berlainan sejak kehilangan
kau..”Luah Faris perlahan namun sempat didengari aku.Terasa ada air hangat
mengalir di pipi.
“ Ris..Aku tak pernah lupa kau.Aku tak pernah
lupa seorang lelaki yang mengajarku erti cinta dan erti kelukaan.”Beritahuku
dengan nada sebak yang ditahan.
“ Risy..maafkan aku..”
“ Sudahlah Risy..aku dah maafkan kau.Tapi,aku
still tak boleh lupa apa yang kau ucapkan hari tu.Ucapan tu memang telah
tersedia menyakiti aku..” Ternyata balasanku mampu membuatkan wajahnya ceria
menjadi keruh.Ya Allah ! Benar aku tidak ingin melihat wajahnya kesedihan,tapi
aku juga tak mampu untuk menipu diriku sendiri bahawa aku masih terlalu mencintai
dia.Cuma egoku menepis untuk melupakan perbuatannya terhadapku dahulu
“ Risy..aku akan tetap menunggu kau
Risy ! Untuk selamanya aku tetap menunggu kau !” Kata Faris sambil melangkah
menaiki tangga.Aku yang tercenggang dibiarkan sepi..Akhirnya aku juga mula
melangkah menaiki tangga.Tanpa aku sedari,bibirku mula menguntum senyuman.
“ Risy,aku mungkin silap 5 tahun
lepas,tapi percayalah aku takkan pernah silap untuk kali ke-2..” Kata Faris
perlahan di telingaku saat aku melepasi dirinya untuk memasuki pejabat.
Aku hanya membiarkan kata-katanya
berlalu dibuai angin walaupun aku terasa seperti di awan mendengar kata-katanya
tadi.Aku biarkan sahaja rasa bahagia bertunas di hati dan aku harus siap untuk
menghadapi wajahnya.
Beberapa bulan berlalu..
“ Woi..bukan tu BF kau
ke Risy ?” Tegur satu suara dengan mulut melopong.Pastinya Aira dan
Aris.Copp,sejak bila aku ada boyfriend ?
“ Abang Faris come on.Sit here..”
Rengek satu suara manja dan pastinya menggoda.Demi mendengar Faris
disebut,badan aku terus terpusing.Hampir pitam aku jadinya apabila melihat
Faris dan seorang wanita yang tidak aku kenali sedang beramah mesra di
hadapanku.Ya Allah,drama apakah yang sedang aku saksikan ini ? Bukankah dia
telah berjanji kepdaku untu terus menugguku ?
“ Aira..Aris..jom kita blah ? Malas
dowh ku tengok gaya diorang berdua !”
“ I know..Kau jeles kan Risy ?” Tebak
Aira dengan selamab badaknya.
“ What ? Me ? Jeles ? No way beb !
He’s nothing to me ! Apa yang dibuatnya dulu masih lagi segar dalam hatiku
sayang !” Balasku selamba sedangkan hakikatnya hatiku telah mula diamuk badai
amarah melihat kemesraan Faris dan ‘si dia’.
“ Habis tu kenapa muka kau pucat ?”
Tanya Aris pula.
“ Aku demam..Dah,jom blah !” Balasku dengan
kaki melangkah keluar daripada restoran segera tanpa menghiraukan Aira dan
Aris.Aku hanya mmpu memandang dengan sayu apa yang dibuat Faris bersama gadis
itu.Hatiku mula menangis semahunya.
“ Ris..sampai hati kau mempermainkan
cinta aku ! Kali ni kau memang melapau Ris..! Luka lama aku yang masih belum
kering sepenuhnya kembali berdarah disebabkan kau !” Bisikku lemah ke dalam
hatiku.Belum sempat aku melangkah keluar daripada restoran itu,namaku dipanggil
membuatkan aku berpaling ke belakang.
“ Risy ! Jerit satu suara.Ya Allah !
Azwan Ariff ! Jiranku.
“ Wey Wan ! Bila kau balik dari
overseas eh ? Kau tak jumpa aku pun kan ?” Tegurku seolah merajuk.
“ Sorry ah geng ! Aku baru balik,lepak
ngan kawan dulu ! Nasib baik aku terserempak dengan kau ! woi,kau tak nak
kenalkan aku kat kawan kau berdua ni ke ?” Balasnya sambil bertanya.
“ Sorry beb..! Kenalkan ni Maira Aqilah
dan yang ni Hanis Arisya..Tapi awas ! Diorang telah berpunya ! Kalau kau berani
rampas daripada boyfriend-boyfriend diorang,aku hempuk kau dengan beg ni !”
Ugutku sambil berpura membuat wajah tegang.
“ Aik ? Aku belum kata apa-apa lagi kau
dah bagi amaran ? Daripada aku rampas kawan kau yang dah berpunya,baik aku
rampas kau yang masih tak berpunya..Ya tak Maira,Hanis ? Soal Azwan Arif fengan
senyumn nakal di wajahnya.Aira dan Aris yang tersenyum mula terbatuk.Tidak
disangka Azwan sanggup bergurau begitu dengan aku !
“ What ? Kau kata aku still belum
berpunya Wan ? Tu lah kau..Aku dah berpunya beb ! Kau ni,betapa ketinggalannya
! Haha” Ucapku sambil tergelak kuat.Azwan yng medengar hanya tersenyum.
“ Wey,kenalkan ni makwe aku Alisya
Farhanna.Kitorang baru balik dari ‘deting’.Si Alisya ni jumpa abang dia kat
sini.Rindu sangat sampai tak boleh tunggu jumpa kat rumah.Sambil-sambil tu
dapatlah aku kenal dengan ‘bakal’ abang ipar aku.kan Lisya ? Terang Azwan
dengan panjang lebar sambil memperkenalkan makwe dia yang sememangnya cun
melecun.Tapi aku rasa makwe ni bersama Faris tadi ? Apa ke halnya pulak dia
dengan Azwan ni ?
“ Lisya,kau dah siap bersembang dengan
boyfriend kau ? Abang dah nak balik rumah ni.Kau tak nak balik rumah jumpa mak
ayah ke ?” Tegur satu suara yang sepertinya aku kenali.Aku mengangkat
wajah,mataku pantas bertemu dengan mata Faris.Ya Allah ! Faris ni abang kepada
Alisya ?
“ Kejap lah bang ! Lisya nak kenal
jiran kesayangan Azwan ni ! Hai,kak..Saya Alisya Farhanna..”Tegur Alisya dengan
ramah.
“ Akak nama Erisya Elyana.Panggil
Risy..!”Jawabku perlahan namun mampu membuatku Faris memandang tepat ke arahku.Alisya
yang sempat menangkap perbuatan abangnya terus tersenyum sendiri.
“ Aik bang ? Kenapa abang tenung kak
Risy macam nak makan je ? Kea bang dah jatuh cinta pandang pertama ?”Usik
Alisya dengan selamba.Aris dan Aira terus tergelak.Alisya yang hairan terus
bertanya.Aira menjawab dengan nada sinis.
“ Hai,mana tak kenalnya.Dari sekolah
sampai kea lam pekerjaan.Tapi sayang.Abang awak ni dah buat satu kesalahan pada
kak Risy dan sekarang kak Risy awak ni pula payah betul nak buka pintu hati
dia..”Jawab Aira.Alisya yang mendengar terlopong mulutnya manakala Azwam
tersenyum.. “Inilah rupanya jejaka yang diceritakan Risy dulu ! Semoga kau
bahagia dengan cinta kau Risy..” Bisik hati Azwan.Doa kesyukuran dipanjatkan
kepada Allah s.w.t. atas pertemuan ini.Semoga Allah memberikan kebahagiaan
kepada jiran kesayangannya ini.
“ Aira...kisah lama tak baik
diungkit.Eh,aku pergi dulu ek ? Bye Wan,Lisya,Aira,Aris dan Faris..Pergi
dulu..”Ucapku sambil melangkah pergi,menyembunyikan wajah yang sememangnya
telah tebal diusik rakan-rakan dan lebih-lebih lagi adik Faris yang baru
dikenali.
“ Eh,Aira,Aris,Lisya,Wan.Aku pergi
dulu ya..Nak kejar si Risy yang dah lama merajuk dengan aku !” Faris terus
meminta diri apabila melihatkan aku telah melangkah jauh keluar daripada
restoran.
“ Bro ! Semoga kau berjaya !” Ucap
Aris,Aira dan Azwan secara serentak.Alisya hanya tersenyum memberikan galakan
kepada abangnya.
Faris terus berlari mengejarku yang
telah jauh kehadapan.Aku yang terasa diekori terus memajukan langkah ke hadapan
tanpa mempedulikan berpuluh mata yang memandang langkahku.Sebolehnya aku mahu
sampai cepat ke rumahku kerana ketakutan dan rasa malu yang semakin menguasai
diri.
“Risy !!” Jerit satu suara yang
kuat.Seperti pernah kudengar suara itu.Tapi di mana ya ? Aku terus memajukan
langkah tanpa menghiraukan si pemanggil.Akhirnya dia tiba di hadapanku dengan termegah-megah.Astaghfirullah
! Faris !
“ Ris ! Kenapa kau kejar aku ?”Tanyaku
terkejut.
“ Aku suka kau Risy ! Aku sayang kau
dan aku cinta kau ! Dari dulu sampai sekarang hanya kau yang aku cinta !”Jelas
Faris terus terang dengan wajah yang dibasahi peluh.Semestinya kerana
mengejarku.Aku terus menundukkan wajah yang mulai memerah.
“ Aku pun sama..Dendam yang aku
rasakan semakin menghilang dan perasaan yang aku pendam dahulu kini kembali.Aku
semakin berdebar melihat kau.Aku tak tahu mengapa..”Aku berterus terang
mengenai perasaanku.Mungkin ini masanya untuk aku meluahkan perasaanku
yang telah lama aku pendam.Aku takut dia
hilang dari mataku dan pergi kepada wanita yang lain.
MAJLIS PERKAHWINAN RISY &
RIS,HAKIM & AISYA
“ Risy ! Tahniah ! Aku
tak sangka kau lebih dahulu kahwin dari aku ! Dah tu,serentak dengan ‘kembar’
kau !”Ucap Aira sambil tersengih.Hari ini,Aira dan Aris kelihatan cantik
bersama pasangan masing-masing.Azwan dengan Alisya pula tengah sibuk beramah
mesra dengan tetamu yang hadir.Suasana perkahwinan ini sememangnya cukup meriah
dengan kehadiran rakan-rakanku yang telah lama tidak aku temui.
“ Risy..”Panggil Sya tiba-tiba.Matanya
kulihat bertakung dengan air mata.Aku tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan
kepadaku melalui sinaran matanya yang kelihatan suram.
“ Ya..kenapa Sya ?” Soalku dengan
pantas sambil berjalan menuju ke arahnya.
“ Aku minta maaf atas semua kesalahan
aku.Maafkan aku Sya..”Pinta Aisya dengan sebak.Kedengaran begitu tulus sekali
ungkapan maaf itu keluar daripada mulutnya.
“ Aku maafkan kau dan tidak ada lagi
dendam aku untuk kau.Kalau kau tak lakukan apa yang engkau lakukan kepada aku
dulu,mungkin aku tidak akan menemui kebahagiaan seperti sekarang dan tidak akan
berubah menjadi lebih berdikari.Terima kasih Sya,bukan sebab merubah aku tetapi
juga untuk membahagiakan abang kembarku,Hakim..” Balasku laju sambil cuba
menahan air mata.
“ Sama-sama..” Dan pada saat itu juga
Sy mearik aku ke dalam pelukan sehinggalah dikejutkan oleh suatu suara yang
telah sah menjadi milikku selamanya.
“ Sayang..baguslh kalau sayang dah
berdamai dengan kakak ipar sayang..Alhamdulillah..Ye tak abang ?” Tanyanya
dengan senyum meleret ke arah abang kembarku Hakim.Hakim terus tersenyum manis
melihat perlakuanku bersama Sya.
“ Ya Ris..Alhamdulillah..”Balasnya
sambil menarik isterinya,Sya ke dalam pelukan.Sementara Faris pula memegang
tanganku.Bahagia kini milik kami Ya Allah..Semoga bahagia ini kekal dan semoga
tunas cintaku buat Faris mekar semekar-mekarnya.Aku juga berharap,rakanku Aira
bahagia dengan Iz dan Aris dengan Aqif dan selamat membangunkan masjid seperti
kami juga,InsyaAllah..Ameeenn..
Suatu
ketika dulu,
Cintaku
yang tulus ditolak sang pencuri hati,
Namun
kini semuanya berbeza,
Kerana
aku dan dia telah menemui jalan kehidupan yang sendiri,
Lorong
yang penuh dengan dugaan dan cabaran itulah,
Yang
menjadi pemangkin dan penghangat cinta kami..
No comments:
Post a Comment