Saturday 19 May 2012

Antara Cinta dan Benci ~part 1~


       “Risy  ! Lamanya aku tak jumpa kau ! Rindunyaaa aku !”Jeritan itu cukup membuatkan Risy berpaling ke belakang,tersenyum manis wajahnya apabila melihat rakan baiknya Aira,dibelakangnya.Dengan hanya selangkah,mereka telah berdiri berdepan,bersedia untuk saling memeluk.
       “ Hey,kau ada nampak Aris tak ? Janji nak masuk kelas sekali kan ? Setahu aku kita sekelas tahun ni ?”Tanyaku setelah saling menanyakan khabar,almaklumlah,sebulan cuti sekolah beb !
      “ Aris ? Ntah lah,dia tak sampai lagi kut ? Eh,tu bukan dia ke Risy ?”
      “ Ha’ah la..jom kita pergi ke sana ! Aris ! wey,Aris..tunggu kitorang !”aku menjerit.Setelah itu,mereka terus berlarian mendapatkan Aris yang sedang menunggu mereka.Terpancar sinar kegembiraan di wajah masing-masing.
       “ Hey ! Iz lahh !” Bisiknya Aris tiba-tiba.Secara mendadak,aku dan Aira terus berpaling ke arah yang ditunjukkan Aris,tahu bahawa Aris masih meminati jejaka itu.
       “ Aris,Aris..Kalau kau suka Iz,kau pergilah confess kat dia yang kau suka dia.Mana tau dia pun suka kau ?” Tambah Aira sebelum Iz tiba di hadapan kami.
       “ Aku seganlah wey ! wey,wey,dia datang sini ! syhh !” Balasnya dalam nada kalut.
       “ Assalamualaikum,hai Risy,Aris,Aira..! Korang buat apa kat sini ? Tak masuk kelas ke ?”tegur Iz tiba-tiba.
       “ Waalaikumussalam,hai Iz.Kitorang tengah bawak kereta ni,tak nampak erk ?”Balasku selamba dengan loyar burukku.Aku ni memang jenis loyar buruk,tapi sensitif ! Aris mencerlungkan matanya ke arahku,tanda tidak suka aku me‘lawyer burukkan’ lelaki idaman dia.Aku peduli apa,dah dia buat-buat buta tak nampak apa yang kitorang buat.
        “ Waaa..! Risy tengah bawak kereta larr ! Nak tumpang jugak ! Kereta apa ? Kereta sorong ?”balasnya balik.
        “ Wey,wey..! Aku tak mainlah kereta sorong ! Kereta aku kereta yang paling tip top beb ! Mini Cooper tuh!”Balasku dengan megah.
        “ Alah,kau Mini Cooper,aku Ferrari ! lebih hebat dari kau bro !”
        “ Eleh,lantak kau lah Ferrari ke apa ke,ada aku kesah ?”
        “ Ada aku kata kau kisah ker ?”Hah,ayat nak gaduh dengan aku lah tu.
        “ Woi ! Aku pelengkung dua-dua nanti kan ! Stop ! berenti gaduh !”Hah,suara mem kita dah bunyi dah.Saper lagi kalau bukan si Aris.Agaknya,dah habis tahap ke ‘jelesan’ dia tengok aku gaduh ngan jejaka idamannya ! haha.
         “ Ok,bye bye Cik Risy comel, Cik Aris yang cantik dan Cik Aira yang manis,saya pergi dulu yer..”Hah ! dia pun kuat loyar buruk ! huh..
         “ Risy,kau tahu tak aku jeles giler ngan kau ? sampai hati kau buat camni kat aku..” Kata Aris.
         “ Alah,Aris.relekslah..Tadi dia panggil kau CANTIK ok ? nak jeles lagi ke ?”Balasku dengan tegas.Setelah itu,aku lihat Aris tersipu malu.
          “ Eh,Risy..Tu bukan Aqif ehh ? Waa..dia dah berubah lah,,Dah nampak lagi hensem !” Jerit Aira tiba-tiba.Kussh,semangat..boleh pulak minat ni pergi menjerit kat sini ? Memang nak kena pelengkung kot ?

         “ Woi,yang kau menjerit apasal hah ? kau nak kena hempuk dengan buku kat tangan aku ni ?!” Tanyaku dengan wajah dan suara yang garang.Kesian..merah padam muka budak ni kena jerkah ! wahaha,jahatnyer aku ni !
         “ Wey ! Aqif ! Meh arr join dengan kitorang ni ! Kitorang tak ada geng ni !?” ku mengajak si Aqif,sedangkan niat aku nak bagi si Aira ni tunjuk mula merah dia ! comel ! Hahaks..!
         “ Sory geng ! Aku kena caw dulu ! Kelas menunggu akuuu ! Yeahha !”
         Baru ajak lepak dah lari..tak gempak larrr budak ni ! Ceitt,plan aku tak menjadik ! Baik aku pun pergi sebelum si Aira ni kejar aku..
         “ Erisy !!” Hah ! jeritannya sudah mampu ku dengari walaupun dalam jarak sehasta.Ok,One,two three “ Lariiii !!” Aku sudah tercicit lari dan si Aira pulak dah bersedia mengetahui bahawa aku akan melarikan diri,terus mengejarku dari belakang.Aris hanya menjadi pemerhati.Dalam dok sibuk mengejar tu,aku terlanggar la pulak seorang mamat ni.Aduyaii,malu siot.
         “ Err,maafkan saya..Awak sakit ke ?” Tanyaku dengan prihatin tambah gugup.Uish,sekali dia pandang,senyum macam tu..cair wa der..!
         “ Eh,tak apa awak..Biasa la kadang-kadang kita ni terlanggar kan ?” Balasnya mesra sambil memandang ke arah mataku membuatkan aku tersipu malu.Aira di sebelahku bertindak memerhati dan turut memandang jejaka itu.
         “ Err,tak apa lah awak..Kami nak masuk kelas ni..Jumpa lagi,bye !” Katanya sambil melambaikan tangannya kepadaku.Ya Allah..! Indahnya ciptaanmu..Cinta monyetku..hehe
         “ Eh,korang..Jom masuk kelas..!” Ajakku dengan nada bersahaja sedangkan hati aku stil lagi dup dap dup dap.Risy ! jangan..kau tak boleh jatuh cinta Risy ! Kalau kau jatuh cinta,sure kau akan kecewa punya ! Tengok lah kau,kasar macam lelaki.Berkawan baik dengan lelaki.Tak mungkin orang se ‘hensem’ dia akan jatuh cinta dengan kau..
        “ Wei,kau berangan ke ? Meh lah masuk kelas sayang !” Jerk,geli geleman aku mendengarnya.Sebagai habuan dia memanggil aku sayang,aku hadiahkan satu cubitan,khas untuk dirinya.Hehe.Kami pun berjalan beriringan menuju ke kelas sambil berbual-bual.Sampai di hadapan kelas Tingkatan 5 Sains 2,secara automatiknya,kami berhenti di hadapan pintu kelas dan melangkah ke dalamnya.
         “ Cop ! aku ambil tempat ni !” Dengan selambanya kami membuat bising tanpa mempedulikan pelajar lain.Setelah mencari tempat duduk yang sesuai,kami pun mula duduk tanpa memikirkan sesuatu yang ajaib bakal berlaku.
         “ Assalamualaikum,murid-murid..” Aikk ? Seperti kukenal suara itu,tapi dimana ye ? Aku segere berpusing 189 darjah ke kanan memandangkan aku duduk berhampiran pintu masuk,cehh..Cikgu Aqilah rupanya.Ku fikirkan siapa,cikgu kesayangan aku..hehe
         “ Waalaikumussalam..Cikguu ! Lamanya tak jumpa cikgu,hehe.Rindu la dengan cikgu !” Aku menegur Cikgu Aqilah dengan selamba tanpa menghiraukan berpuluh-puluh mata yang sedang memandang.Pandang lagi,aku cucuk dengan pen.Jadilah Kasim dan Kasih Selamat.Haha,kesian diorang.Dapat classmate macam aku,pasni comfirm sorang-sorang masuk hospital.
           “ Hey,Risy..Apa khabar ? Lama cikgu tak dengar cerita tentang kamu ? Sihat sayang ?” Hah,kan aku dah kata aku ni anak murid kesayangan cikgu Aqilah ! hehe
         “ Alhamdulillah..Sihat cikgu,cikgu ?”
         “ Sihat,ok semua murid-murid.Duduk di tempat masing-masing.Cikgu nak aturkan tempat kamu semua.”
         Terdengar keluhan secra spontan daripada rakan-rakan sekelas yang lain.Nampak sangat diorang tak suka,sama macam aku ! Tak suka,Tak suka ! Mesti aku duduk kat depan ! Ish..
         “ Ok,Faris Ilham,Aqif Hanif dan Akmal Fariz duduk di barisan hadapan sekali.Belakangnya Elyana Erisya,Maira Aqilah dan Hanis Arisya.Barisan ketiga Amir Syazwan,Badrul Hakimi dan Syakirin Ilyas.Barisan ke-empat pula Aisyah Amilia,Aimi Najihah dan Arifah elliana.Dah ! bergerak ke tempat masing-masing.!” Dengan tegasnya cikgu Aqilah bersuara.Faris Ilham ? Siapa dia eh ?
         “ Aqif,Iz ! Dapat jugak kita duduk depan belakang macam ni ! Macam ni la baru namanya geng beb ! Eh,ni ke Faris Ilham ?”Tanyaku kepoh,tak sempat lagi diorang duduk.Tak nyempat-nyempat.
         “ Ha’ah..”Balas satu suara.Eh ? Suara ni ? Bukan ke ?
         “ Kau ?!” Spontan aku bertanya dengan suara yang agak kuat.Semua mata tertumpu ke arahku,Aduhh,malunya..
         “ Yang korang tengok aku pehal ? Aku bukan alien la wey ! Stop tengok aku macam aku ni alien tahap makhluk Pluto.”Aku berkata secara bersahaja.Semua isi kelas mula mengalihkan perhatian,mencari tempat duduk masing-msing yang telah dinyatakan.Aku dapat menangkap senyuman Faris Ilham.
         “ Hai,saya Faris Ilham.Boleh panggil Ris..”
         “ Aku Elyana Erisya,panggil Risy”Balasku dengan suara mendatar
         “ Kenapa Risy ? Kenapa tidak Yana ? Cantik bukan ?”
         “ Eh,suka hati aku lar.Nama aku yang kau panggil ! Aku tak suka orang panggil aku Yana !Titik !”Balasku tegas.
         “ Ris,kau jangan cari pasal dengan minah ni.Handal beb ! Pendukung silat tu wey ! Dia tak suka orang panggil dia Yana,dia jenis kasar sikit.”Jelas Aqif secara perlahan.
         “ Lagipun,dia tu bestfreind kami.Kami tahu perangai dia macam mana.Luarannya saja nampak kasar,tapi hatinya tetap seperti seorang perempuan,sensitif dan amat mudah terasa.” Tambah Iz kepada Faris.Kali ini aku melihat Faris terangguk-angguk sendirian,mengerti mungkin dengan penjelasan Aqif dan Fariz.
         “ Sory Risy.Saya tak tahu..”katanya seolah-olah berasa bersalah yang amat.
         “ Nak sory,hang pi blah !” Jual mahal beb.
         “ Ok lah,saya pi blah la ni,tapi depan ni je lah ye ? lepas tu awak maafkan saya tau ?”
         “ Ok lah,aku maafkan kau..!” Perkataan aku tuh macam bawa sinar baru pada dia pulak.Dah tak ada garis-garis bersalah.
        “ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
        “ Wei,wei...! Sayang mayang tak main erk ?! Aku hentam kang !”
        “ Ala,rileks lah ! Chillex beb ! hehe” Alamak..dia dah mula senyum,Ya Allah,dup dap dup dap rasanya hatiku ini.Oh,indahnya.
        “ Ehem,sampai bila korang nak bergaduh kat sini ? Boleh tolong duduk tak ? Cikgu nak periksa kehadiran ni !” Kata guruku dengan wajah yang tegas,sebenarnya tak ada lah tegas sangat ! Hehe
         “ Sory cikgu ! Terlebih excited pulak gaduh dengan budak tak cukup umur ni !” Aik ? Apahal ada dua suara pulak ni ? Aduh,sekali aku dengan dia ‘ter’cakap benda yang sama pulak la.Malunya,satu kelas dengar.Aku tengok,Sya & The Geng tengah senyum sinis kat aku.Haha,teringin nak jadi Kasih Selamat ke cik kak ?
         “ Dah ! Korang ni macam anjing dengan kucing pulak cikgu tengok..Dah,duduk ! Ok semua.Siapa yang kamu semua undi untuk menjadi ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan ni ? Sila berikan nama calon pilihan.” Kata guruku.
         “ Cikgu,saya pilih Faris Ilham sebagai ketua !” Aqil bersuara.
         “ Saya pilih Akmal Fariz !” Suara Badrul kedengaran.
        “ Saya pilih Amir Syazwan !” Suara Iz pula kedengaran.
        “ Ok,sudah ! Guys,siapa undi Faris Ilham jadi ketua ?” mataku mula melilau melihat siapa yang mengangkat tangan.Wow ! Hampir satu kelas ! Famous amat ! Hot stuff la budak ni ! Hoho,bertuah aku duduk belakang dia ! Ceitt,menumpang populariti lah aku ni !
        “ Ok,sekarang penolong ketua tingkatan..”
        “ Saya sokong Elyana Erisya !” Aik ? Sejak bila Aira angkat tangan ni ?
        “ Saya sokong Aisyah Amilia cikgu !” Aimi menjerit
        “ Saya nak Hanis Arisya !” Aira bersuara buat kali kedua.
        “ Ok,cukup ! Siapa yang sokong Elyana Erisya ? Angkat tangan !!”
         “ Kitorang !!” Aik ? Apasal suara cam riuh je ? Aiyokk ! Satu kelas angkat kecuali Sya & The geng ! Biasalah,aku kan ‘fofular’.Hahax !
         “ Ok,Faris Ilham ketua dan Elyana Erisya penolong ! Tak ada pertukaran ! Keputusan muktamad ! Klapp,klapp,klapp..Aik ? Ada lagi yang tepuk tangan ? Waa,terbaikk ! Sporting la budak-budak ni ! I like !
2 minggu kemudian..
         “ Wey,Risy ! Cepatlah ! Lambatlah kau ni !” Faris menegurku
         “ Chillex luuu beb ! Kau ni,sabar itu separuh daripada iman..” Khutbahku sudah bermula.Aku melihat Faris hanya tergeleng-geleng.
         “ Kau tau ? Ni first time aku jumpa budak macam kau ! Bersifat kelakian tapi berperangai budak !”
         “ Biasa lah,aku kan berbeza dari yang lain ! Istimewa lah katakan..”
         “ Kau memang,tak boleh dipuji langsung ! Aku sepak karang..?!”
         “ Buat kalau kau berani.Aku kasi kau tumbukan,tamparan dan sepakan.Kita bertanding yang mana paling sakit.Risy Vs Ris ! Amacam ? Ok tak idea aku ?”
         “ Terbaikkk sayang !” Ceiittt,dia buat perangai dah !
         “ Woi,woi ! Aku dah bagi warning kan jangan panggil aku sayang ?! Sengal telinga aku dengar tau ?” Jerkahku.
         “ Alaa,rilekslah.Abang gurau jer !” Mengada ! Dush,hah.Amek kau ! Kan dah kena tumbukan aku.
         “ Aduhh,wey ! Aku gurau je lah derr ! Yang kau sensitif kenapa ?” Balasnya sambil memegang lengannya,bekas tumbukanku,baru di rasakan tumbukan Risy yang comel ni ! Hehe..
        “ Kau gurau tak kena tempat..aku..” Belum sempat aku bersuara lebih lanjut,satu suara mengejutkan aku.
         “ Haaa ! Deting tak ajak aku ! Sampai hati..! BFF apa kau ni ?” Rungut Aira dan Aris serentak.
         “ Laa,dah namanya deting.Buat apa nak ajak kau ? Buat menyemak je.Kan Ris ?” Faris hanya angguk mengiakan.Kan ? Dia ni sekepala dengan aku !
         “ Ris..! Kat sini kau ? Kitorang puas cari kau kat dalam tadi,rupanya kau tengah syok berbual kat sini erk ?”Aik ? Sejak bila si Aqif dan Iz datang ni ? Semakin menyemak dowhh,hehe.
         “ Jom,join kitorang..!” Ajakku dengan selamba tanpa menghiraukan Aira dan Aris yang tengah saling berpadu untuk menyerang aku dengan jelingan.Haa,idea nakal aku dah mai dah.Siap korang.
         “ Yang korang berdua jeling aku apahal ? Menjeling-menjeling,sampai menjadi juling..Hahaha” Lepas ketawaku,berpadu pula dengan suara ketawa daripada Faris,Iz dan Aqif.Muka masing-masing aku nampak merah giler ! Sah,memang diorang malu.Ok,one two three..
         “ Lariii !” Jeritku perlahan sambil berlari mengelilingi bulatan yang kecil tu.Si Aris dan Aira ni pulak macam dah kempunan sangat nak kejar aku,so bila aku lari diorang pun kejar.Jawabnya,main kejar-kejarlah kitorang hari tu.
         “ Ok,cop..cop..Aku penat gilerr weyh ! Dah la kejar aku..please ??” Rayuku dengan wajah comel.comel ke ?
         “ Dah,tak payah buat muka comel ! Aku tau kau memang dah comel ! Tak per,kitorang maafkan kau,but for the time sake,kau memang selalu sakat aku dan Aris ! Kau tak rasa kesian ke kat aku dengan dia ?”
         “ Tak,sory..” Hehe,peace kawan-kawan..
         “ Kau !!” Serentak diorang saling berpadu mencubit aku.Huh,apa ni beb ! Lebamlah akuuu ! Taakkkk,aku tak relaaa...!
         “ Woii ! Sakit larr..!” Jeritku memohon simpati.
         “ Tau pun..” Serentak mereka menjawab.
         “ Korang,dah lah..! Aku tengok korang bukan macam BFF,macam musuh ketat pulak,sama macam Risy dengan Ris ni !” Tegur Iz.
         “ Biasalah,gurauan membawa kebahagiaan,mengeratkan silaturrahim..” Jawab kami bertiga serentak.Tu memang tagline kami kalau orang kata macam tu,ayat popular kami tuu !
         “ Sukati korang lah.. ! Kitorang nak pergi makan..Nak join tak ? Kalau tak nak kitorang chaw dulu,kalau nak kitorang ‘tidak’ mengalu-alukan kedatangan korang !”kata Iz selamba.
         “ Amboi,Iz..Sejak bila kau jadi jahat giler dengan aku ni ? Ni ke namanya BFF ? Sampainya hatimu,membiarkan diriku,hancur menjadi abu..”Sempat aku menyanyi.Haha,padan muka !
         “ Ok,stop..Aku tengok awam dah mula mendung tanda-tanda nak hujan plus dengan guruh petir lagi dengar kau nyanyi ni ! Kalau ada dinasour kat sini,mati dinasour tu dengar tau !”Waa,ini sudah melampau derr..!
         “ Woi,Ris..kau ni buta sejarah ke ? Aku rasa kau paling tinggi sejarah kat dalam kelas kita ?”Tanyaku pura-pura.
         “ Apahal pulak ?” Masuk dah perangkap aku !
         “ Dah kau tak tahu dinasour tu dah lama pupus..Memang sahlah kau buta sejarah ! Apa ni derr,buat malu aja !”Balasku selamba.Usikanku pantas mendapatkan gelak tawa daripada rakan-rakanku yang lain.Oh ye,lupa pulak..Si Aira dan Aris ni sekarang dah jadi kawan baik Iz dengan Aqif,mana taknya.Aku yang asyik kenenkan diorang,last-last sangkut jugak.
        “ Kau ni ! Malas aku layan..huh !”
        “ Aku tak suruh kau layan ! Wekk !” Aku menjelirkan lidahku,membakar hatinya dengan lebih kuat.
          “ Risy !!” Hah,bengang dah ‘musuh’ a.k.a kawan baik aku ni !
          “ Apa ?” Balasku selamba.
          “ Arghh ! Kau memang !”
          “ Memanglah aku lapar,dah jom pegi makan..”Balasku menarik tangannya selamba.Aku tengok dia mula senyum kembali,dah sejuk lah tu.Kan ? Kejap je dia berangin dengan aku !
          “ Kau ni kan Risy,memang nakal.”Komennya tanpa rasa malu
Beberapa bulan kemudian ...
          “ Sya,saya nak jumpa awak kejap kat tepi makmal lepas balik ni boleh ?” Pinta Faris perlahan.
         “ Boleh,tapi awak tak takut girlfriend awak marah ?” Tanya Aisya dengan senyuman manis.
         “ Maksud awak Risy ? Dia kawan baik saya lah.Jumpa petang ni yer Sya ? Saya ada surprise untuk awak !” Balasnya lagi.
Di Makmal...
         “ Sya,saya suka awak..Agaknya boleh tak kita couple ?” Tanya Faris tanpa silu.
         “ Boleh..saya pun suka awak..”Malu-malu Sya menjawabnya sedangkan hatinya ketawa bagai nak rak.Padan muka kau Risy ! Tak sedar diri punya pompuan !
          “ Thank Sya..Tapi saya nak kita rahsiakan dulu boleh ? Tak nak lah heboh-heboh..”
          “ Ok,demi Ris..”
          “ Sayang awak Sya !”
          “ Sayang awak jugak Ris..”
          Tanpa disedari mereka,ada sepasang telinga telah mendengar segala perbualan mereka.Wajahnya seakan tidak percaya dengan kata-kata yang telah Faris ucapkan.Ya Allah,tabahkan hatiku !
         “ Risy ! Kau buat apa kat sini ? Kau skodeng mamat hensem eh ?” Tegur Aira selamba.
         “ Skodeng hotak kau ! Tak nampak ke aku tengah kemas barang ni ?” Balasku dengan nood yang telah hilang.Tidak kusangka Ris,lelaki yang aku minat dan sanjung selama ni boleh ‘TER’jatuh hati dengan minah songeh sorang tu !
         “ Sabar Risy,sabar..”Ucapku sendiri.
          Sejak hari itu,hubungan persahabatan aku dengan Faris agak dingin.Aku dan dia hanya bercakap berkaitan tugas,pelajaran ataupun bertanya khabar sahaja.Pandangan Sya & rakan-rakannya turut sama merimaskan aku.Mana taknya,asyik menjeling aku.Ok fine,aku tahu aku comel,tapi tolong jangan pandang aku macam tu.Faris pun macam menjauhkan diri dari aku.Ye lah,dia kan dah ada girlfriend.Siapalah aku sekarang di matanya.Sehinggalah satu hari aku terima panggilan daripadanya.
         “ Risy,aku nak jumpa kau petang ni jugak ! Penting !!” Ujarnya ketika panggilannya aku sambut.Tapi aku hairan..Kenapa suaranya seolah-olah menahan getar kemarahan ?
         “ Ok,petang ni tempat biasa..”Balasku selamba.
         “ Good ! Pastikan kau datang tepat pada masanya.Mungkin ini pertemuan terakhir kita..”Balasnya dingin.
         Wait..Pertemuan terakhir ? Apa maksud dia ? Petang ni aku akan tahu jugak !
Petang itu di tempat yang dijanjikan..
         “ Assalamualaikum..Kenapa kau nak jumpa aku Ris ?”Balasku membuka mukaddimah perbualan.
         “ Kau tentu lebih tahu kan ?”
         “ Aku tak faham maksud kau !” Balasku berani
         “ Kau tak payah pura-pura innocent lah Risy !!” Tengkingnya tiba-tiba
         “ Apa maksud kau ?” Tanyaku,terkejut.
         “ Kau buat apa dengan Sya ? Kau tampar dia,kau ugut dia suruh dia tinggalkan aku Risy ? Aku tak sangga kau macam ni ! Sampai hati kau !” Jeritnya lebih kuat.Mujur kami di tempat yang tersorok.
         “ Bila masa pulak aku buat macam tu kat ‘manis hati’ kau hah ?!”Tengkingku dengan mengejut.Terkedu dia melihat aku !
         “ Dia kata kau suka aku sampai kau sanggup buat macam tu ! Perempuan jenis pa kau ni Risy !! Aku sangka kau ni sahabat baik aku ! Tapi kau pengkhianat ! Pengkhianat Risy !”Balasnya.Kau nak uji ‘power’ darah aku ni mendidih ye laki !
        “ Woi,tak ada maknanya aku nak buat camtu kat ‘heart fruit’ kau tu ! Kalau aku suka kau kenapa ? Wey,kalau aku suka kat seseorang,aku takkan suka kat jantan dayus macam kau ! Sewenang-wenangnya menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh lagi nyata !! Kalau aku pengkhianat,sudah lama aku bongkarkan rahsia kau yang satu ni ! Kau ingat aku tak tahu kat mana kau ajak dia couple dan tarikh kau couple dengan dia ?” Berangku sudah boleh dilihat,asap berkepul-kepul kat atas kepala dan dari telinga aku ni ! Mataku menyerlung wajahnya dengan garang.
         Wajah Faris pucat kelabuan,kalau ditoreh pun tak mengeluarkan darah,darah merah ke,darah putih ke,darah biru ke aku tak kisah ! Aku dah mula berangin dengan mamat sorang ni !
         “ Faris,kau patut tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.Kau sepatutnya dah kenal aku,perangai aku.Kau kecewakan aku Ris.Mulai hari ni,aku tak kenal sesiapa yang bernama Faris Ilham lagi ! Anggaplah aku dah mati Ris ! Jangan cari aku lagi Ris..Assalamualaikum”  dengan perasaan sebak,aku melangkahkan jua kakiku.Tidak kusangka,lelaki yang aku cintai dalam diam tidak pernah menghargaiku,tidak pernah mempercayaiku.
         “ Faris ! Apa kau dah buat ni ! Kenapa kau sakitkan hati dia hah ?!” Jerkahan yang kuat itu membuatkan dia terpaling ke arah punca suara itu.
         “ Iz,Aqif,Aira,Aris..Dia dah tampar si Aisya tu ! Takkan kau nak back up budak tu ?!”
         “ Kau silap Ris,kau silap !! Risy takkan buat macam tu ! Kau apa tahu ? Baru kawan dengan dia tak sampai pun setahun ! Kitorang dah lebih setahun.Tapi,masa first-first kitorang kawan dengan dia,kitorang tak pernah serapat kau dengan dia ! Kau,orang pertama yamg rapat dengan dia walaupun baru berkawan selama beberapa bulan ! Aku ingat kau dah kenal dia ! Kau kecewakan aku Ris !”Iz bercerita dengan wajah bengang dan terus berlari ke arah Risy,diikuti dengan Aqif,Aira dan Aris.
         “ Ya Allah,apa aku dah buat ?” Keluh Ris perlahan,wajahnya sugul.
Di dalam kelas...
         “ Cikgu,saya nak cakap sikit boleh ?”Tanya aku dengan wajah sedih.
         “ Apa dia Risy ?”
         “ Boleh saya pindah tempat duduk ? Dengan Aira dan Aris.Tapi,Iz dan Aqif pun nak ikut pindah jugak..”
         “ Boleh tu boleh..Tapi kenapa tiba-tiba..?”
         “ Masalah peribadi cikgu..”
         “ Baiklah..Ok,pengumuman..Saya akan pindahkan tempat duduk Iz,Aqif,Aira,Aris dan Risy dengan Aisya Amilia, Aimi Najihah, Arifah Elliana, Badrul Hakimi danAmir Syazwan. Ok,sila bergerak ke tempat yang dinyatakan.
         “ Terima kasih cikgu..”Ucapku terharu dengan keprihatinannya.Wajah Sya aku tengok gembira bukan kepalang tapi bila aku menoleh kepada Faris pula,wajahnya mencuka.Apa yang tak kena dengan pasangan ni ? Bukan aku dah step out daripada mereka ke ?
         “ Iz,Aqif..Kenapa korang nak pindah jugak ?”Tanya Faris,perlahan umpama bisikan.
         “ Maafkan aku Ris.Aku tak dapat nak teruskan duduk bersama kau setelah kau menyakitkan hati kawan baik yang aku betul-betul sayang.Aku minta diri..” Balas Iz selamba.    Aqif juga melangkahkan kakinya pergi ke tempat duduk yang diarahkan.
          Mulai detik itu,aku lihat si Aisya semakin galak.Semakin gedik bila bersama Faris sedangkan aku lihat Faris dah tak berapa nak melayan kerenah dia sekarang.Semakin sakit hati aku dibuatnya.Aku harus lakukan sesuatu,ya harus !
           “ Cikgu,saya akan pindah sekolah nanti.Saya nak bagi cikgu hadiah.Terima kasih sebab mencurahkan ilmu dan kasih sayang kepada saya selama ni..”Ucapku sedih
            “ Tidak mengapalah Risy.Semoga menjadi orang berguna suatu masa nanti.Jangan lupakan cikgu ye..”Suara cikgu kesayanganku sebak tiba-tiba.
             “ Cikgu,saya takkan pernah lupakan cikgu ! Cikgulah guru saya dunia akhirat !” Balasku dengan mata berair.
              “ Ok,awak boleh keluar Risy..”
         “ Risy,kitorang dengar kau nak pindah..Betul ?” Tanya Aira dengan wajah terkejut.
         “ Ya..”
         “ Kau masih terasa dengan Ris ?”
         “ Tak..sikit..mungkin..”Balasku berteka-teki.Biarlah aku sendiri yang mengetahui rahsia hatiku ini.
         “ Kau cakap biar betul beb..kalau kau nak pindah semata-mata sebab dia baik tak payah ! Aku tak sukalah sebab dia kau pindah.Aku dah tak ada kawan nak luahkan perasaan,kawan nak mengusik aku dan kawan yang selalu main kejar-kejar dengan aku..”
         “ Entahlah Risy.Aku pun sependapat dengan Aira.Kita ni dah lama kawan.Dah jadi macam adik beradik pun.Sampai hati kau nak tinggalkan kitorang kat sini.Aku pasti Iz dan Aqil pun tak setuju dengan perpindahan kau.”Aris pula bersuara.
         “ Aku pun berat hati nak tinggalkan kau orang.Bagi aku,korang sahabat dan saudara aku dunia akhirat.Tapi,aku terpaksa buat semua ni.Bukan sebab Ris aku ambil keputusan nak pindah.Bukan.Tapi biarlah alasannya hanya aku yang tahu.”Balasku sendu.
         “ Risy,apa-apa pun kau tetap kawan aku selamanya..”Balas Aira dan Aris serentak.Aku hanya mampu menahan sendu daripada daripada meletus.Sumpah,aku takkan buat macam ni kalau Faris percayakan aku.
         “ Risy,datang rumah aku malam ni.Aku nak buat jamuan perpisahan kau.Boleh ?”Iz bersuara perlahan dengan mimik muka memohon simpati.Kesian aku tengok beb ! Boleh menangis terguling-guling..!
         “ Wey,aku pindah sekolah jer ! bukan dengan rumah-rumah sekali aku bedal bawak pergi ! Lagi satu,sejak bila kau pandai buat muka kesian ni ? Kang aku nangis guling-guling kat sini kau nak tolong ? Tapi jangan bawa aku ke hospital tanjung rambutan,tapi balik rumah aku.! Balasku bersahaja mengenakan Iz yang telah kemerahan wajahnya.Padan muka kau Iz !
         “ Aku sayang kau ni.Kau buat aku macam ni.Tak apa lah..Aku nak merajuk dengan kau.Tak nak jadi geng kau lagi.”Kata Iz dengan muka merajuk,aduh..boleh sakit jantung aku layan kawan macam ni !
         “ Woi mamat ! Kau ni aku gurau sikit dah nak nangis ! Kau memang ! Dah la muka dah buruk sangat-sangat time merajuk,nak jugak merajuk budak ni ! Aris,kau tengok ‘boyfriend’ kau ni ! Kuat benar merajuknya mengalahkan perempuan.Kau kena jaga baik-baik dia !”Sempat lagi aku berpesan pada Aris,agak-agaklah apa reaksi Aris ? Haha,Aris dah merah muka malu !
        “ Wey,Aris.Relekslah.Kalau ada air sirap kat sini,dah lama aku bandingkan air sirap dengan muka kau yang merah tu ! Kenapa ? Udang kena bakar ke Ris ?” Erk ? Apa aku sebut tadi ? Ris ? Waa..! Aku rindu dia giler-giler ! Kenapa dia berubah ? Kenapa ?
         “ Risy ! Kau jangan panggil aku Ris ! Nanti kau teringat kat dia siapa susah ? Kitorang jugak tau tak ? Aku tau dalam diam-diam kau ‘Ter’jatuh cinta dengan dia kan ? Eh,aku dengar hubungan dia dengan Sya dah goyah wey ! Time untuk kau masuk jarum ! Tak yah pindah lah ?”Aris bersuara kembali dengan muka berharap.
         “ Woi,Aris ! Kau jangan melalut ! Takkan kau nak biarkan Risy ni dengan orang yang dah sakitkan hati dia ? Kau tak kesiankan dia ke ?”Aira pula bersuara.
         “ Apa salahnya kalau kebahagiaan dia dengan Ris ? Kan Risy ?” Provok Aris pula.
         “ Ha’ah.Kebahagiaan aku memang dengan dia ! Tapi dia sendiri yang menghncurkan kebahagiaan itu ! Dia tak sedar beb aku suka dia.Ye lah,siapa lah aku ni kan ? Wey,aku dah nak pergi ni.Ni last day sekolah.Pasal parti kau Iz,aku datang malam ni pukul 9 ! Ok,chow ! Pasni korang dah payah jumpa dengan aku ! Sayang kau beb !” Aku bersuara sambil melambaikan tanganku kepada merek yang terlopong mendengarkan pengakuan yang tulus dariku.Haha
         Malam itu,aku,Aris,Aira,Iz dan Aqif melepak dekat rumah Iz.Rumah Iz ni memang besar,main bola pun boleh ! Tpi kitorang main hoki lah,eh ? Boleh ke ? Entah,aku hentam je ! Si Iz dan Aqif ni tak habis-habis dengan gossip liar ! Peliknya diorang ni lelaki ! Tau tak gossip apa ? Gossip aku dengan Faris ! Lepas dengar pengakuan aku yang maha tulus tadi,tak habis-habis mengenenkan aku dengan kawan mereka yang sorang tu ! Ceitt,main-main dengan aku !
         “ Woi,dah lah ! Aku balik kang ?! Lepas ni korang memang takkan jumpa dengan aku dah !”Pandai tak aku ugut ? Senyap kelu dengar aku berkata macam tu ! Baru tau ke penangan Cik Risy Brutal ni ? Haha..
         “ Sya ! Apa kau buat kat sini ?” Aqif bersuara kuat,mengejutkan aku dan yang lain-lain.Aku tengok muka minah ni masam mencuka jer.Terlebih makan cuka ke apa ? Ehcuka makan ke minum eh ?
         “ Kau senyap ! Aku nak cakap dengan perempuan tak sedar diri ni ! Ada hati kacau boyfriend aku !”Suaranya yang bagai petir plus guruh tu memang buat aku nak pergi karate dia.Dah la datang tak berjemput,balik tak berhantar ! Tangan asyik tunjuk arah aku,bajet cun lah tu ? Memang sah ! Minum cuka tak cukup pedas,nak suruh aku tambah dengan cili ! Eh,cuka pedas ke ?
         “ Woi,kau perempuan.Jaga mulut kau ! Aku cilikan baru tau ! Tak sedar diri ! Datang serang orang kat rumah orang,kau ingat cantik sangat ke perangai kau ni ? Macam badut tau tk ?! Baik kau blah sebelum aku panggil pengawal ?!” Iz menyerang dengan cepat,almaklumlah takut aku diapakan,aku kan bestfriend dia ? Bagusnya !
         “ Woi,aku tak cakap dengan kau lah !”Jeritnya lagi dengan penuh perasaan.
         “ Woi,kau meroyan ke ? Aku hantar masuk tanjung kan sia-sia kesihatan kau ni !”Balasku bersahaja,sempat lagi cakap dia meroyan tu ! Padan muka,rampas lagi Faris dari aku !
         “ Kau ! Arghh !”
         “ Awak,dah la.Jom la kita pergi..malu la..”Aik ? suara tu..Suara yang aku rindu sangat.Terus mataku aku halakan ke arah sesusuk tubuh,Faris ! Mataku memandangnya,dia juga memandangku.Oh,indahnya dunia !  
         “ Kau perempuan ! Jaga sikit mata kau tu ! Jangan asyik nak tengok ‘teman lelaki’ orang lain !”Tegur Sya dengan gaya gediknya,memegang tangan Faris yang asyik merenungku.Aku lihat si Faris ni macam dah tak selesa.Budak ni pun satu,asyik berpegang-pegang,tak tahu ke dosa haram ? Oh yeah ! Aku tahu nak buat apa ! Siap kau Sya..!
         “ Wei Aris,Aira.Kau tak rasa panas ke ?”Tanyaku
         “ Mana tak panas beb !” Jawab mereka serentak.
         “ Kau tak panas Sya ?” Tanyaku lagi.
         “ Panas ! Panas hati tengok budak perempuan tak sedar diri macam kau ni kat depan aku !” Balasnya angkuh.
         “ Ris,kau tak panas ?” Tanyaku dengan perlahan.
         “ Panas jugak..” Balasnya perlahan.
         “ Aku panas plus berbulu mata ni tengok korang pegang-pegang ! Ingat wey,panas dunia kau boleh tahan,panas akhirat siapa nak tolong ? Tak dapat den nak nolongnya.” Hah ! Kan dah kena ! Faris terus melepaskan tangan Sya yang asyik memegangnya.Aku lihat muka Sya macam kena belacan ! Merah menyala ! Malu la tu !
         “ Err,sory yer Risy.Aku tak dapat nak elak.Dia yang pegang aku..”Jelas Faris serba salah.
         “ Buat apa kau minta maaf dengan aku Ris ? Kau salah dengan Tuhan ! Bukan dengan aku ! Jadi,kepadaNYA lah kau mohon ampun,bukan aku Ris,bukan aku..”Balasku perlahan menahan sebak.Inginku memberitahunya,aku suka dia.Aku sayang dia.Aku cinta dia.Tapi tak mungkin.
          “ Kitorang balik dulu yer Risy ? Semua,maaf menyusahkan.Sya,jom kita balik !” Arah Faris tegas.
          “ Alah,awak..Saya tak bagi pengajaran lagi kat dia..” Rengek Sya.Ceitt,meluat aku..!
          “ Sya ! I said stop it ! Can’t we just step out from this house ? Don’t be too brave Sya !” Marah Faris benar-benar berapi.Faris memandang Sya dengan wajah yang bengis membuatkan Sya terus diam tidak berkelu.Kaku terus dia.!
Beberapa Hari Kemudian...
         “ Faris..” Panggilku perlahan.
         “ Err..Risy ! Kenapa kau kat sini ? Mana Aris dan Aira ? Mana Iz dan Aqif ?” Soalnya bertalu-talu.
          “ Ris..Aku nak jumpa kau,buat kali terakhir.Aris,Aira,Iz dan Aqif yang menyuruh aku memberitahu kau sesuatu.Sesuatu yang aku dah pendamkan,lama..” Aku memberitahunya dengan satu nafas.Betapa perasaan aku bagai dilanda rebut menghadapi situasi ini.

**********

Maafkan Hanis klau cerpen ni Hanis buat sambung2.Sebab Hanis x smpat nk update sgt blog n cerpen.Lbh2 lagi sekarang Hanis tgh exam.Klau ada apa2 kekurangan,komen2 yer,Hanis ni pun msh baru dalam penulisan.