Saturday 1 September 2012

JALAN KEMBALI ~ISLAMIC VERSION PART 1~


    Azan subuh yang sayup-sayup kedengaran mengejutkanku daripada lena yang panjang.Semerta itu,jiwaku mula dirundung sayu.Teringat akan dosa-dosaku yang lama yang telah membuatkan hidupku kucar-kacir sebelum aku bertemu nur hidayah Islam.Betapa kerdilnya diriku ini apabila teringat akan catatan perjalananku yang dipenuhi noda dan dosa.Hatiku meruntun duka tatkala melihat golongan muda sekarang hanya mementingkan dunia dan wang menjadi tuhan yang beraja di hati masing-masing.
    Dahulu,hidupku dinodai dosa.Jiwa mudaku bergejolak dengan nafsu menyebabkan aku terhanyut dalam memilih jalan kembali.Mujurlah aku masih belum jauh daripada landasan Islam,aku diberikan nur hidayah tatkala bertemu seorang insan istimewa,Ustazah Adilah.Alhamdulillah,setelah berbagai dugaan aku lalui akhirnya aku dapat bertemu dengan jiwa Islam dan ketenangan yang aku harapkan kini.
    Suatu masa dahulu,aku bersama dua orang temanku,Huda dan Karmilla sama-sama hanyut.Cakap sahaja kelab malam mana yang tidak pernah kami jejaki,semuanya telah kaki kami cium lantainya.Aku mulai berani menipu ibuku,menipu saudaraku,tuang sekolah dan menghisap rokok.Betapa jahilnya aku ketika itu sedangkan ibuku terus menerus berendam air mata akan sikapku.
    “Humairah ! Plan kita malam ni jadi kan ?”Tanya Huda,rakan yang sama-sama hanyut bersamaku.
    “Mana tak jadi ! Malam ni kau tunggu tempat biasa,aku sampai lewat sikit.”Balasku tanpa rasa bersalah.Aku bercadang ingin melepak di kawasan yang tidak diketahui umum bersama mereka.Aku tidak memikirkan bagaimana ingin meminta izin ibuku kerana aku akan keluar dengan penipuan.Tidak sabar rasanya ingin melakukan dosa dengan menipu.
    Pada malam itu,aku keluar dengan berpakaian baju kurung.Sopan,ya.Itulah persepsi orang sekelilingku,sedangkan aku menyampah dengan persepsi sebegini.
    “Maira,kau nak ke mana malam-malam ni nak ?”Soal ibuku apabila melihat tingkahku memakai kasut.
    “Maira nak ke rumah kawan mak.Dia ajak tidur di situ sambil mengulangkaji bersama.”Balasku pula,penuh kelembutan sedangkan hatiku mulai jelek dengan lakonanku sendiri.
    “Kau nak tidur di sana boleh,tapi janganlah susahkan kawan kau ya nak.Tak baik.”Nasihat ibuku lagi.
    “Baiklah bu.Maira faham.Maira pergi dulu ya bu ? Assalamualaikum .”Ucapku penuh kepuraan.
    “Waalaikumussalam.”
    Aku berjalan penuh berhati-hati kerana tidak ingin dilihat jiran.Sesampainya di satu selekoh,sebuah kereta datang menjemputku.Huda dan Karmilla !
    “Humairah.Kenapa kau pakai baju macam ni ? Macam orang kampung tau ?!”Kata Karmilla.
    “Kau ingat senang aku nak keluar rumah kalau tak pakai macam ni ? Kau ingat aku ni nak sangat ke pakai macam ni ? Kalau tak ingatkan aku nak kelentong orang tua kat rumah tu,memang aku takkan pakailah !”Balasku selamba.Kata-kataku disambut dengan hilai tawa mereka.
    “Kau duduk tercegat kenapa ? Masuk ! Nanti sampai rumah aku,kau tukar baju lepas tu kita gerak !”Karmilla mula mengeluarkan arahan dengan wajah yang diseriuskan.Aku masuk ke dalam kereta itu bersama beg yang berisi pakaian.Karmilla mula menggerakkan keretanya ke arah rumah yang disewanya bersama beberapa rakan.Hakikatnya,dia mengikuti rakannya dan mencari kerja untuk menyara dirinya setelah dia melarikan diri daripada rumah !
    “Welcome to my paradise,Humairah !”Kata Karmilla dan Huda serentak.
    “Oh,thank you ! Aku tak pernah sangka rumah ni syurga kau ! Sayang kau berdua !”Jeritku tanpa menghiraukan jiran-jiran yang mendengar.Tiba-tiba ada suatu suara yang menegur kami dengan lembut.
    “Nak,perlahankan suara kamu.Jiran-jiran lain nak tidur.”Katanya.
    “Mak cik apa kisah ? Ini rumah kami.Suka hati kamilah ! Kami yang bayar sewa,mak cik menyibuk kenapa ?!”Balas Huda dengan nada kuat.Mak cik itu kelihatan terkejut sebelum kakinya bergerak menjauhi rumah.Aku,Huda dan Karmilla hanya mampu bersorak kemenangan !
    “Dah,kau pergi tukar baju ! Lepak tu kita chow pergi tempat lepak kita !”Arah Karmilla.
    “Ok,bos !” Sahutku.
    Setelah selesai aku menukar baju,kami pun mulai bergerak keluar daripada kediaman Karmilla dan Huda disaksikan oleh jiran yang menegur ketidaksopanan kami tadi.Sepanjang perjalanan,kami berbual dengan suara yang keras.
    “Wei,Huda.Berani kau tengking mak cik tadi ya ?”Aku bersuara.
    “Ahh,siapa suruh menyibuk ! Selalu menyibuk hal kami.Aku rimas tau ?”Balas Huda disertai anggukan daripada Karmilla.
    “Kau memang terbaik Huda ! Aku bangga ada housemate macam kau !”Kata Karmilla dengan senyuman manis.
    Entah kenapa,apabila melihat Huda menengking mak cik itu,hatiku mulai membara.Walaupun aku selalu menipu ibuku,tetapi aku tidak pernah menengking,jauh sekali mengherdik.Hanya kepura-puraan sahaja.Aku tidak setuju dengan kata-kata Huda dan Karmilla tetapi mulutku tetap berkunci rapat untuk menegur.Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
    “Kau kenapa Humairah ?”Tanya Karmilla.
    “Aku pening.Aku nak rehat.Bila sampai kau kejutkan aku ya ?”Pintaku.Karmilla dan Huda memandang dengan hairan tetapi tetap menganggukkan kepala.
    Aku kembali memejamkan mataku.Dengan satu nafas yang berat,keluhan tanpa suara aku keluarkan demi untuk memantapkan mutu lakonanku.Huda memandang dengan pandangan curiga.Karmilla menumpukan perhatiannya terhadap pemanduan.Dikejutnya aku setelah tiba di kawasan yang dijanjikan.
    “Humairah.Bangun,kita dah sampai !”Kejut Karmilla dengan kuat.Aku mula membuka mataku.Eh ? Di manakah ini ?
    “Humairah,kita ni nak pergi melepak kan ? Tapi bila aku tengok kau pening kepala,aku tukar plan ! Kita jejakkan kaki kita ke disko pulak !”Jerit Huda dengan gaya menggoda.
    “Bagus kan ?”Tanya Karmilla.Aku hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.Akhirnya,aku dan kawanku terus masuk kedalamnya.Jika kebiasaanya aku sangat suka menari,tetapi hari ini aku tiada keinginan untuk menari.Karmilla dan Huda berlalu meninggalkan aku untuk menari bersama dua orang jejaka tampan.
    “Nak..”Tegur satu suara.Aku terus berpaling dengan gaya pusingan jam.Aku terlihat seorang wanita bertudung labuh di sebelahku.
    “Aik ? Dari mana datangnya ‘ustazah’ ni ? Tak takut orang pandang serong kat dia ke ?”monolog diriku sendiri.
    “Nak,mak cik nak minta tolong sikit boleh ?”
    “Minta tolong apa mak cik ?”Balasku kembali.
    “Mak cik ni masuk ke sini mencari anak mak cik.Dah lama dia menghilangkan diri.Tadi mak cik terserempak dengan dia.Boleh tak anak ni tolong tengok-tengokkan anak mak cik ?”Pinta wanita separuh umur ini.
    “Kenapa saya mak cik ?”
    “Mak cik nampak dia datang dengan anak tadi.”Kenyataannya membuatkan aku terkejut.
    “Tapi..”Belum sempat aku menghabiskan ayatku,mak cik itu pun mengunjukkan satu keping gambar kepadaku.Mataku mulai menjelajahi seluruh gambar itu.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Karmilla terpapar di dalam gambar ini.
    “Jadi..Mak cik ni emak Karmilla ?”Tebakku.
    Anggukan yang diterima membuatkan aku terlopong sendiri.Tidak mempercayai bahawa wanita separuh umur,bertudung labuh ini emak Karmilla ? OMG !
    “Mak cik.Saya boleh tolong tengokkan anak mak cik.Tapi boleh tak mak cik ceritakan kepada saya kenapa Karmilla melarikan diri daripada rumah ?”Tanyaku sambil melihat Karmilla dan emaknya silih berganti.Wajah emaknya putih bersih dan terdapat..cahaya..ya,cahaya yang bersinar di wajahnya.
    “Sebenarnya mak cik ni seorang ustazah di kampung.Nama mak cik Ustazah Adilah.Karmilla sebenarnya anak yang baik.Mak cik didik dia dengan ilmu agama yang cukup agar dia tidak terjerumus dalam lembah kedosaan kerana mak cik tidak ingin melihat dia hidup dalam kegelisahan.Tapi mungkin salah mak cik kerana kurang mengambil berat akan pergaulan Karmilla sehingga Karmilla berubah daripada gadis yang baik dan disenangi ramai menjadi gadis liar dan sosial.Karmilla terus-terusan menjadikan alasan bahawa rakan-rakannya telah mempengaruhi fikirannya sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tanpa meminta izin.Seminggu mak cik demam rindukan dia nak.Bila mak cik melihat dia masuk ke sini,mak cik terus mengekori anak-anak semua.Tapi mak cik lebih suka meminta pertolongan daripada anak ni kerana anak ni kelihatan baik.Mak cik tidak suka melihat rakan di sebelahnya.Kelihatan terlalu liar.”Cerita emak Karmilla dengan nada sebak.Serta merta menuntut air mata daripadaku mengingatkan segala dosaku.
    “Baiklah nak.Mak cik terpaksa pergi.Nanti kalau Karmilla nampak susah.Ini alamat rumah dan nombor telefon mak cik.Kalau ada masalah,datang jumpa mak cik.Tolong jagakan Karmilla untuk mak cik ya ?”Pesannya lagi sambil menghulurkan secarik kertas.Aku hanya memandang kosong ke arah kertas itu sebelum menyambutnya lalu kepalaku tanpa sedar mengangguk.Mak cik Adilah pun mula melangkah keluar daripada disko dengan membawa penyesalanku.Sememangnya aku agak menyesal kini.Akhirnya,keriuhan disko ini membuatkan aku kembali berfikir,adakah ini jalan hidup yang aku inginkan.Aku melangkah keluar daripada disko ini dan mula berjalan tanpa mengetahui arah tujuanku.
    Sayup-sayup kedengaran azan Isyak yang membelai jiwa.Azan itu menenangkan aku yang sekian lama kegusaran dalam mencari sinar.Azan yang menenangkan hatiku,membelai jiwaku.Tanpa sedar,air mataku menitis laju membasahi bumi.
    “Humairah ! Cepatlah.Aku dah tak tahan ni.Mengantuk !”Jerit Huda dalam mabuk.Suaranya kedengaran kerana aku tidak berjalan terlalu jauh.Aku pantas berpaling dan melangkah ke arah kereta.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Huda dan Karmilla bercumbuan bersama lelaki-lelaki yang menari bersama mereka tadi.Melihat aku tiba,mereka segera meminta diri dalam nada paling manja.
    “Ila pergi dulu bang..Sayang abang !”Kata Karmilla dengan manja sambil mencium jamari lelaki terbabit.Loya tekakku melihat adengan mesra yang ditunjukkan.
    “Huda balik dulu ya sayang..Nanti kita jumpa lagi”kata Huda manja.Lelaki tersebut hanya tersenyum sahaja memandang Huda.Jelek ! ya,sangat jelek ! Aku yang melihat bertambah meluat.
    Di sepanjang perjalanan,aku hanya berdiam diri sedangkan mereka berdua rancak berbual mengenai lelaki-lelaki yang menari bersama mereka.Hampir aku termuntah mendengar setiap pujian yang keluar daripada mulut mereka.Bagi aku,lelaki sebegitu tidak layak dipuji kerana sikap mereka lebih galak di luar.
    “Humairah.Kau kenapa ? Senyap je ? Dahlah tadi macam pelesit,hilang macam tu je..”Tanya Huda apabila menyedari kebisuanku.
    “Jangan risaukan aku Huda.Nanti aku sihatlah.Kau tidurlah kalau kau rasa letih.”Balasku dengan senyuman hambar,menyembunyikan perasaan sebal di dalam hati.
    Karmilla hanya diam membisu,meneruskan perjalanan dengan perlahan.Dengan situasinya yang sedikit mabuk,mana mungkin aku membiarkan dia membawa kereta.Mati katak nanti.Akhirnya...
    “Karmilla.Kau rehat . . Biar aku yang bawa kereta malam ni.Aku risau ni.Kau mabuk ! Karang mati katak,tak sempat bertaubat pulak..”Ucapku perlahan,namun penuh sinis.Karmilla segera memberhentikan kereta di bahu jalan dan keluar mengambil tempatku manakala aku duduk di tempat pemandu.Dengan segera,kakiku menekan pedal minyak dan keretapun membelah keheningan malam.