Saturday 1 September 2012

JALAN KEMBALI ~ISLAMIC VERSION PART 1~


    Azan subuh yang sayup-sayup kedengaran mengejutkanku daripada lena yang panjang.Semerta itu,jiwaku mula dirundung sayu.Teringat akan dosa-dosaku yang lama yang telah membuatkan hidupku kucar-kacir sebelum aku bertemu nur hidayah Islam.Betapa kerdilnya diriku ini apabila teringat akan catatan perjalananku yang dipenuhi noda dan dosa.Hatiku meruntun duka tatkala melihat golongan muda sekarang hanya mementingkan dunia dan wang menjadi tuhan yang beraja di hati masing-masing.
    Dahulu,hidupku dinodai dosa.Jiwa mudaku bergejolak dengan nafsu menyebabkan aku terhanyut dalam memilih jalan kembali.Mujurlah aku masih belum jauh daripada landasan Islam,aku diberikan nur hidayah tatkala bertemu seorang insan istimewa,Ustazah Adilah.Alhamdulillah,setelah berbagai dugaan aku lalui akhirnya aku dapat bertemu dengan jiwa Islam dan ketenangan yang aku harapkan kini.
    Suatu masa dahulu,aku bersama dua orang temanku,Huda dan Karmilla sama-sama hanyut.Cakap sahaja kelab malam mana yang tidak pernah kami jejaki,semuanya telah kaki kami cium lantainya.Aku mulai berani menipu ibuku,menipu saudaraku,tuang sekolah dan menghisap rokok.Betapa jahilnya aku ketika itu sedangkan ibuku terus menerus berendam air mata akan sikapku.
    “Humairah ! Plan kita malam ni jadi kan ?”Tanya Huda,rakan yang sama-sama hanyut bersamaku.
    “Mana tak jadi ! Malam ni kau tunggu tempat biasa,aku sampai lewat sikit.”Balasku tanpa rasa bersalah.Aku bercadang ingin melepak di kawasan yang tidak diketahui umum bersama mereka.Aku tidak memikirkan bagaimana ingin meminta izin ibuku kerana aku akan keluar dengan penipuan.Tidak sabar rasanya ingin melakukan dosa dengan menipu.
    Pada malam itu,aku keluar dengan berpakaian baju kurung.Sopan,ya.Itulah persepsi orang sekelilingku,sedangkan aku menyampah dengan persepsi sebegini.
    “Maira,kau nak ke mana malam-malam ni nak ?”Soal ibuku apabila melihat tingkahku memakai kasut.
    “Maira nak ke rumah kawan mak.Dia ajak tidur di situ sambil mengulangkaji bersama.”Balasku pula,penuh kelembutan sedangkan hatiku mulai jelek dengan lakonanku sendiri.
    “Kau nak tidur di sana boleh,tapi janganlah susahkan kawan kau ya nak.Tak baik.”Nasihat ibuku lagi.
    “Baiklah bu.Maira faham.Maira pergi dulu ya bu ? Assalamualaikum .”Ucapku penuh kepuraan.
    “Waalaikumussalam.”
    Aku berjalan penuh berhati-hati kerana tidak ingin dilihat jiran.Sesampainya di satu selekoh,sebuah kereta datang menjemputku.Huda dan Karmilla !
    “Humairah.Kenapa kau pakai baju macam ni ? Macam orang kampung tau ?!”Kata Karmilla.
    “Kau ingat senang aku nak keluar rumah kalau tak pakai macam ni ? Kau ingat aku ni nak sangat ke pakai macam ni ? Kalau tak ingatkan aku nak kelentong orang tua kat rumah tu,memang aku takkan pakailah !”Balasku selamba.Kata-kataku disambut dengan hilai tawa mereka.
    “Kau duduk tercegat kenapa ? Masuk ! Nanti sampai rumah aku,kau tukar baju lepas tu kita gerak !”Karmilla mula mengeluarkan arahan dengan wajah yang diseriuskan.Aku masuk ke dalam kereta itu bersama beg yang berisi pakaian.Karmilla mula menggerakkan keretanya ke arah rumah yang disewanya bersama beberapa rakan.Hakikatnya,dia mengikuti rakannya dan mencari kerja untuk menyara dirinya setelah dia melarikan diri daripada rumah !
    “Welcome to my paradise,Humairah !”Kata Karmilla dan Huda serentak.
    “Oh,thank you ! Aku tak pernah sangka rumah ni syurga kau ! Sayang kau berdua !”Jeritku tanpa menghiraukan jiran-jiran yang mendengar.Tiba-tiba ada suatu suara yang menegur kami dengan lembut.
    “Nak,perlahankan suara kamu.Jiran-jiran lain nak tidur.”Katanya.
    “Mak cik apa kisah ? Ini rumah kami.Suka hati kamilah ! Kami yang bayar sewa,mak cik menyibuk kenapa ?!”Balas Huda dengan nada kuat.Mak cik itu kelihatan terkejut sebelum kakinya bergerak menjauhi rumah.Aku,Huda dan Karmilla hanya mampu bersorak kemenangan !
    “Dah,kau pergi tukar baju ! Lepak tu kita chow pergi tempat lepak kita !”Arah Karmilla.
    “Ok,bos !” Sahutku.
    Setelah selesai aku menukar baju,kami pun mulai bergerak keluar daripada kediaman Karmilla dan Huda disaksikan oleh jiran yang menegur ketidaksopanan kami tadi.Sepanjang perjalanan,kami berbual dengan suara yang keras.
    “Wei,Huda.Berani kau tengking mak cik tadi ya ?”Aku bersuara.
    “Ahh,siapa suruh menyibuk ! Selalu menyibuk hal kami.Aku rimas tau ?”Balas Huda disertai anggukan daripada Karmilla.
    “Kau memang terbaik Huda ! Aku bangga ada housemate macam kau !”Kata Karmilla dengan senyuman manis.
    Entah kenapa,apabila melihat Huda menengking mak cik itu,hatiku mulai membara.Walaupun aku selalu menipu ibuku,tetapi aku tidak pernah menengking,jauh sekali mengherdik.Hanya kepura-puraan sahaja.Aku tidak setuju dengan kata-kata Huda dan Karmilla tetapi mulutku tetap berkunci rapat untuk menegur.Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
    “Kau kenapa Humairah ?”Tanya Karmilla.
    “Aku pening.Aku nak rehat.Bila sampai kau kejutkan aku ya ?”Pintaku.Karmilla dan Huda memandang dengan hairan tetapi tetap menganggukkan kepala.
    Aku kembali memejamkan mataku.Dengan satu nafas yang berat,keluhan tanpa suara aku keluarkan demi untuk memantapkan mutu lakonanku.Huda memandang dengan pandangan curiga.Karmilla menumpukan perhatiannya terhadap pemanduan.Dikejutnya aku setelah tiba di kawasan yang dijanjikan.
    “Humairah.Bangun,kita dah sampai !”Kejut Karmilla dengan kuat.Aku mula membuka mataku.Eh ? Di manakah ini ?
    “Humairah,kita ni nak pergi melepak kan ? Tapi bila aku tengok kau pening kepala,aku tukar plan ! Kita jejakkan kaki kita ke disko pulak !”Jerit Huda dengan gaya menggoda.
    “Bagus kan ?”Tanya Karmilla.Aku hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.Akhirnya,aku dan kawanku terus masuk kedalamnya.Jika kebiasaanya aku sangat suka menari,tetapi hari ini aku tiada keinginan untuk menari.Karmilla dan Huda berlalu meninggalkan aku untuk menari bersama dua orang jejaka tampan.
    “Nak..”Tegur satu suara.Aku terus berpaling dengan gaya pusingan jam.Aku terlihat seorang wanita bertudung labuh di sebelahku.
    “Aik ? Dari mana datangnya ‘ustazah’ ni ? Tak takut orang pandang serong kat dia ke ?”monolog diriku sendiri.
    “Nak,mak cik nak minta tolong sikit boleh ?”
    “Minta tolong apa mak cik ?”Balasku kembali.
    “Mak cik ni masuk ke sini mencari anak mak cik.Dah lama dia menghilangkan diri.Tadi mak cik terserempak dengan dia.Boleh tak anak ni tolong tengok-tengokkan anak mak cik ?”Pinta wanita separuh umur ini.
    “Kenapa saya mak cik ?”
    “Mak cik nampak dia datang dengan anak tadi.”Kenyataannya membuatkan aku terkejut.
    “Tapi..”Belum sempat aku menghabiskan ayatku,mak cik itu pun mengunjukkan satu keping gambar kepadaku.Mataku mulai menjelajahi seluruh gambar itu.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Karmilla terpapar di dalam gambar ini.
    “Jadi..Mak cik ni emak Karmilla ?”Tebakku.
    Anggukan yang diterima membuatkan aku terlopong sendiri.Tidak mempercayai bahawa wanita separuh umur,bertudung labuh ini emak Karmilla ? OMG !
    “Mak cik.Saya boleh tolong tengokkan anak mak cik.Tapi boleh tak mak cik ceritakan kepada saya kenapa Karmilla melarikan diri daripada rumah ?”Tanyaku sambil melihat Karmilla dan emaknya silih berganti.Wajah emaknya putih bersih dan terdapat..cahaya..ya,cahaya yang bersinar di wajahnya.
    “Sebenarnya mak cik ni seorang ustazah di kampung.Nama mak cik Ustazah Adilah.Karmilla sebenarnya anak yang baik.Mak cik didik dia dengan ilmu agama yang cukup agar dia tidak terjerumus dalam lembah kedosaan kerana mak cik tidak ingin melihat dia hidup dalam kegelisahan.Tapi mungkin salah mak cik kerana kurang mengambil berat akan pergaulan Karmilla sehingga Karmilla berubah daripada gadis yang baik dan disenangi ramai menjadi gadis liar dan sosial.Karmilla terus-terusan menjadikan alasan bahawa rakan-rakannya telah mempengaruhi fikirannya sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tanpa meminta izin.Seminggu mak cik demam rindukan dia nak.Bila mak cik melihat dia masuk ke sini,mak cik terus mengekori anak-anak semua.Tapi mak cik lebih suka meminta pertolongan daripada anak ni kerana anak ni kelihatan baik.Mak cik tidak suka melihat rakan di sebelahnya.Kelihatan terlalu liar.”Cerita emak Karmilla dengan nada sebak.Serta merta menuntut air mata daripadaku mengingatkan segala dosaku.
    “Baiklah nak.Mak cik terpaksa pergi.Nanti kalau Karmilla nampak susah.Ini alamat rumah dan nombor telefon mak cik.Kalau ada masalah,datang jumpa mak cik.Tolong jagakan Karmilla untuk mak cik ya ?”Pesannya lagi sambil menghulurkan secarik kertas.Aku hanya memandang kosong ke arah kertas itu sebelum menyambutnya lalu kepalaku tanpa sedar mengangguk.Mak cik Adilah pun mula melangkah keluar daripada disko dengan membawa penyesalanku.Sememangnya aku agak menyesal kini.Akhirnya,keriuhan disko ini membuatkan aku kembali berfikir,adakah ini jalan hidup yang aku inginkan.Aku melangkah keluar daripada disko ini dan mula berjalan tanpa mengetahui arah tujuanku.
    Sayup-sayup kedengaran azan Isyak yang membelai jiwa.Azan itu menenangkan aku yang sekian lama kegusaran dalam mencari sinar.Azan yang menenangkan hatiku,membelai jiwaku.Tanpa sedar,air mataku menitis laju membasahi bumi.
    “Humairah ! Cepatlah.Aku dah tak tahan ni.Mengantuk !”Jerit Huda dalam mabuk.Suaranya kedengaran kerana aku tidak berjalan terlalu jauh.Aku pantas berpaling dan melangkah ke arah kereta.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Huda dan Karmilla bercumbuan bersama lelaki-lelaki yang menari bersama mereka tadi.Melihat aku tiba,mereka segera meminta diri dalam nada paling manja.
    “Ila pergi dulu bang..Sayang abang !”Kata Karmilla dengan manja sambil mencium jamari lelaki terbabit.Loya tekakku melihat adengan mesra yang ditunjukkan.
    “Huda balik dulu ya sayang..Nanti kita jumpa lagi”kata Huda manja.Lelaki tersebut hanya tersenyum sahaja memandang Huda.Jelek ! ya,sangat jelek ! Aku yang melihat bertambah meluat.
    Di sepanjang perjalanan,aku hanya berdiam diri sedangkan mereka berdua rancak berbual mengenai lelaki-lelaki yang menari bersama mereka.Hampir aku termuntah mendengar setiap pujian yang keluar daripada mulut mereka.Bagi aku,lelaki sebegitu tidak layak dipuji kerana sikap mereka lebih galak di luar.
    “Humairah.Kau kenapa ? Senyap je ? Dahlah tadi macam pelesit,hilang macam tu je..”Tanya Huda apabila menyedari kebisuanku.
    “Jangan risaukan aku Huda.Nanti aku sihatlah.Kau tidurlah kalau kau rasa letih.”Balasku dengan senyuman hambar,menyembunyikan perasaan sebal di dalam hati.
    Karmilla hanya diam membisu,meneruskan perjalanan dengan perlahan.Dengan situasinya yang sedikit mabuk,mana mungkin aku membiarkan dia membawa kereta.Mati katak nanti.Akhirnya...
    “Karmilla.Kau rehat . . Biar aku yang bawa kereta malam ni.Aku risau ni.Kau mabuk ! Karang mati katak,tak sempat bertaubat pulak..”Ucapku perlahan,namun penuh sinis.Karmilla segera memberhentikan kereta di bahu jalan dan keluar mengambil tempatku manakala aku duduk di tempat pemandu.Dengan segera,kakiku menekan pedal minyak dan keretapun membelah keheningan malam.

Thursday 14 June 2012

Antara Cinta dan Benci Full Edition



       “Risy  ! Lamanya aku tak jumpa kau ! Rindunyaaa aku !”Jeritan itu cukup membuatkan Risy berpaling ke belakang,tersenyum manis wajahnya apabila melihat rakan baiknya Aira,dibelakangnya.Dengan hanya selangkah,mereka telah berdiri berdepan,bersedia untuk saling memeluk.
       “ Hey,kau ada nampak Aris tak ? Janji nak masuk kelas sekali kan ? Setahu aku kita sekelas tahun ni ?”Tanyaku setelah saling menanyakan khabar,almaklumlah,sebulan cuti sekolah beb !
      “ Aris ? Ntah lah,dia tak sampai lagi kut ? Eh,tu bukan dia ke Risy ?”
      “ Ha’ah la..jom kita pergi ke sana ! Aris ! wey,Aris..tunggu kitorang !”aku menjerit.Setelah itu,mereka terus berlarian mendapatkan Aris yang sedang menunggu mereka.Terpancar sinar kegembiraan di wajah masing-masing.
       “ Hey ! Iz lahh !” Bisiknya Aris tiba-tiba.Secara mendadak,aku dan Aira terus berpaling ke arah yang ditunjukkan Aris,tahu bahawa Aris masih meminati jejaka itu.
       “ Aris,Aris..Kalau kau suka Iz,kau pergilah confess kat dia yang kau suka dia.Mana tau dia pun suka kau ?” Tambah Aira sebelum Iz tiba di hadapan kami.
       “ Aku seganlah wey ! wey,wey,dia datang sini ! syhh !” Balasnya dalam nada kalut.
       “ Assalamualaikum,hai Risy,Aris,Aira..! Korang buat apa kat sini ? Tak masuk kelas ke ?”tegur Iz tiba-tiba.
       “ Waalaikumussalam,hai Iz.Kitorang tengah bawak kereta ni,tak nampak erk ?”Balasku selamba dengan loyar burukku.Aku ni memang jenis loyar buruk,tapi sensitif ! Aris mencerlungkan matanya ke arahku,tanda tidak suka aku me‘lawyer burukkan’ lelaki idaman dia.Aku peduli apa,dah dia buat-buat buta tak nampak apa yang kitorang buat.
        “ Waaa..! Risy tengah bawak kereta larr ! Nak tumpang jugak ! Kereta apa ? Kereta sorong ?”balasnya balik.
        “ Wey,wey..! Aku tak mainlah kereta sorong ! Kereta aku kereta yang paling tip top beb ! Mini Cooper tuh!”Balasku dengan megah.
        “ Alah,kau Mini Cooper,aku Ferrari ! lebih hebat dari kau bro !”
        “ Eleh,lantak kau lah Ferrari ke apa ke,ada aku kesah ?”
        “ Ada aku kata kau kisah ker ?”Hah,ayat nak gaduh dengan aku lah tu.
        “ Woi ! Aku pelengkung dua-dua nanti kan ! Stop ! berenti gaduh !”Hah,suara mem kita dah bunyi dah.Saper lagi kalau bukan si Aris.Agaknya,dah habis tahap ke ‘jelesan’ dia tengok aku gaduh ngan jejaka idamannya ! haha.
         “ Ok,bye bye Cik Risy comel, Cik Aris yang cantik dan Cik Aira yang manis,saya pergi dulu yer..”Hah ! dia pun kuat loyar buruk ! huh..
         “ Risy,kau tahu tak aku jeles giler ngan kau ? sampai hati kau buat camni kat aku..” Kata Aris.
         “ Alah,Aris.relekslah..Tadi dia panggil kau CANTIK ok ? nak jeles lagi ke ?”Balasku dengan tegas.Setelah itu,aku lihat Aris tersipu malu.
          “ Eh,Risy..Tu bukan Aqif ehh ? Waa..dia dah berubah lah,,Dah nampak lagi hensem !” Jerit Aira tiba-tiba.Kussh,semangat..boleh pulak minat ni pergi menjerit kat sini ? Memang nak kena pelengkung kot ?

         “ Woi,yang kau menjerit apasal hah ? kau nak kena hempuk dengan buku kat tangan aku ni ?!” Tanyaku dengan wajah dan suara yang garang.Kesian..merah padam muka budak ni kena jerkah ! wahaha,jahatnyer aku ni !
         “ Wey ! Aqif ! Meh arr join dengan kitorang ni ! Kitorang tak ada geng ni !?” ku mengajak si Aqif,sedangkan niat aku nak bagi si Aira ni tunjuk mula merah dia ! comel ! Hahaks..!
         “ Sory geng ! Aku kena caw dulu ! Kelas menunggu akuuu ! Yeahha !”
         Baru ajak lepak dah lari..tak gempak larrr budak ni ! Ceitt,plan aku tak menjadik ! Baik aku pun pergi sebelum si Aira ni kejar aku..
         “ Erisy !!” Hah ! jeritannya sudah mampu ku dengari walaupun dalam jarak sehasta.Ok,One,two three “ Lariiii !!” Aku sudah tercicit lari dan si Aira pulak dah bersedia mengetahui bahawa aku akan melarikan diri,terus mengejarku dari belakang.Aris hanya menjadi pemerhati.Dalam dok sibuk mengejar tu,aku terlanggar la pulak seorang mamat ni.Aduyaii,malu siot.
         “ Err,maafkan saya..Awak sakit ke ?” Tanyaku dengan prihatin tambah gugup.Uish,sekali dia pandang,senyum macam tu..cair wa der..!
         “ Eh,tak apa awak..Biasa la kadang-kadang kita ni terlanggar kan ?” Balasnya mesra sambil memandang ke arah mataku membuatkan aku tersipu malu.Aira di sebelahku bertindak memerhati dan turut memandang jejaka itu.
         “ Err,tak apa lah awak..Kami nak masuk kelas ni..Jumpa lagi,bye !” Katanya sambil melambaikan tangannya kepadaku.Ya Allah..! Indahnya ciptaanmu..Cinta monyetku..hehe
         “ Eh,korang..Jom masuk kelas..!” Ajakku dengan nada bersahaja sedangkan hati aku stil lagi dup dap dup dap.Risy ! jangan..kau tak boleh jatuh cinta Risy ! Kalau kau jatuh cinta,sure kau akan kecewa punya ! Tengok lah kau,kasar macam lelaki.Berkawan baik dengan lelaki.Tak mungkin orang se ‘hensem’ dia akan jatuh cinta dengan kau..
        “ Wei,kau berangan ke ? Meh lah masuk kelas sayang !” Jerk,geli geleman aku mendengarnya.Sebagai habuan dia memanggil aku sayang,aku hadiahkan satu cubitan,khas untuk dirinya.Hehe.Kami pun berjalan beriringan menuju ke kelas sambil berbual-bual.Sampai di hadapan kelas Tingkatan 5 Sains 2,secara automatiknya,kami berhenti di hadapan pintu kelas dan melangkah ke dalamnya.
         “ Cop ! aku ambil tempat ni !” Dengan selambanya kami membuat bising tanpa mempedulikan pelajar lain.Setelah mencari tempat duduk yang sesuai,kami pun mula duduk tanpa memikirkan sesuatu yang ajaib bakal berlaku.
         “ Assalamualaikum,murid-murid..” Aikk ? Seperti kukenal suara itu,tapi dimana ye ? Aku segere berpusing 189 darjah ke kanan memandangkan aku duduk berhampiran pintu masuk,cehh..Cikgu Aqilah rupanya.Ku fikirkan siapa,cikgu kesayangan aku..hehe
         “ Waalaikumussalam..Cikguu ! Lamanya tak jumpa cikgu,hehe.Rindu la dengan cikgu !” Aku menegur Cikgu Aqilah dengan selamba tanpa menghiraukan berpuluh-puluh mata yang sedang memandang.Pandang lagi,aku cucuk dengan pen.Jadilah Kasim dan Kasih Selamat.Haha,kesian diorang.Dapat classmate macam aku,pasni comfirm sorang-sorang masuk hospital.
           “ Hey,Risy..Apa khabar ? Lama cikgu tak dengar cerita tentang kamu ? Sihat sayang ?” Hah,kan aku dah kata aku ni anak murid kesayangan cikgu Aqilah ! hehe
         “ Alhamdulillah..Sihat cikgu,cikgu ?”
         “ Sihat,ok semua murid-murid.Duduk di tempat masing-masing.Cikgu nak aturkan tempat kamu semua.”
         Terdengar keluhan secra spontan daripada rakan-rakan sekelas yang lain.Nampak sangat diorang tak suka,sama macam aku ! Tak suka,Tak suka ! Mesti aku duduk kat depan ! Ish..
         “ Ok,Faris Ilham,Aqif Hanif dan Akmal Fariz duduk di barisan hadapan sekali.Belakangnya Elyana Erisya,Maira Aqilah dan Hanis Arisya.Barisan ketiga Amir Syazwan,Badrul Hakimi dan Syakirin Ilyas.Barisan ke-empat pula Aisyah Amilia,Aimi Najihah dan Arifah elliana.Dah ! bergerak ke tempat masing-masing.!” Dengan tegasnya cikgu Aqilah bersuara.Faris Ilham ? Siapa dia eh ?
         “ Aqif,Iz ! Dapat jugak kita duduk depan belakang macam ni ! Macam ni la baru namanya geng beb ! Eh,ni ke Faris Ilham ?”Tanyaku kepoh,tak sempat lagi diorang duduk.Tak nyempat-nyempat.
         “ Ha’ah..”Balas satu suara.Eh ? Suara ni ? Bukan ke ?
         “ Kau ?!” Spontan aku bertanya dengan suara yang agak kuat.Semua mata tertumpu ke arahku,Aduhh,malunya..
         “ Yang korang tengok aku pehal ? Aku bukan alien la wey ! Stop tengok aku macam aku ni alien tahap makhluk Pluto.”Aku berkata secara bersahaja.Semua isi kelas mula mengalihkan perhatian,mencari tempat duduk masing-msing yang telah dinyatakan.Aku dapat menangkap senyuman Faris Ilham.
         “ Hai,saya Faris Ilham.Boleh panggil Ris..”
         “ Aku Elyana Erisya,panggil Risy”Balasku dengan suara mendatar
         “ Kenapa Risy ? Kenapa tidak Yana ? Cantik bukan ?”
         “ Eh,suka hati aku lar.Nama aku yang kau panggil ! Aku tak suka orang panggil aku Yana !Titik !”Balasku tegas.
         “ Ris,kau jangan cari pasal dengan minah ni.Handal beb ! Pendukung silat tu wey ! Dia tak suka orang panggil dia Yana,dia jenis kasar sikit.”Jelas Aqif secara perlahan.
         “ Lagipun,dia tu bestfreind kami.Kami tahu perangai dia macam mana.Luarannya saja nampak kasar,tapi hatinya tetap seperti seorang perempuan,sensitif dan amat mudah terasa.” Tambah Iz kepada Faris.Kali ini aku melihat Faris terangguk-angguk sendirian,mengerti mungkin dengan penjelasan Aqif dan Fariz.
         “ Sory Risy.Saya tak tahu..”katanya seolah-olah berasa bersalah yang amat.
         “ Nak sory,hang pi blah !” Jual mahal beb.
         “ Ok lah,saya pi blah la ni,tapi depan ni je lah ye ? lepas tu awak maafkan saya tau ?”
         “ Ok lah,aku maafkan kau..!” Perkataan aku tuh macam bawa sinar baru pada dia pulak.Dah tak ada garis-garis bersalah.
        “ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
        “ Wei,wei...! Sayang mayang tak main erk ?! Aku hentam kang !”
        “ Ala,rileks lah ! Chillex beb ! hehe” Alamak..dia dah mula senyum,Ya Allah,dup dap dup dap rasanya hatiku ini.Oh,indahnya.
        “ Ehem,sampai bila korang nak bergaduh kat sini ? Boleh tolong duduk tak ? Cikgu nak periksa kehadiran ni !” Kata guruku dengan wajah yang tegas,sebenarnya tak ada lah tegas sangat ! Hehe
         “ Sory cikgu ! Terlebih excited pulak gaduh dengan budak tak cukup umur ni !” Aik ? Apahal ada dua suara pulak ni ? Aduh,sekali aku dengan dia ‘ter’cakap benda yang sama pulak la.Malunya,satu kelas dengar.Aku tengok,Sya & The Geng tengah senyum sinis kat aku.Haha,teringin nak jadi Kasih Selamat ke cik kak ?
         “ Dah ! Korang ni macam anjing dengan kucing pulak cikgu tengok..Dah,duduk ! Ok semua.Siapa yang kamu semua undi untuk menjadi ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan ni ? Sila berikan nama calon pilihan.” Kata guruku.
         “ Cikgu,saya pilih Faris Ilham sebagai ketua !” Aqil bersuara.
         “ Saya pilih Akmal Fariz !” Suara Badrul kedengaran.
        “ Saya pilih Amir Syazwan !” Suara Iz pula kedengaran.
        “ Ok,sudah ! Guys,siapa undi Faris Ilham jadi ketua ?” mataku mula melilau melihat siapa yang mengangkat tangan.Wow ! Hampir satu kelas ! Famous amat ! Hot stuff la budak ni ! Hoho,bertuah aku duduk belakang dia ! Ceitt,menumpang populariti lah aku ni !
        “ Ok,sekarang penolong ketua tingkatan..”
        “ Saya sokong Elyana Erisya !” Aik ? Sejak bila Aira angkat tangan ni ?
        “ Saya sokong Aisyah Amilia cikgu !” Aimi menjerit
        “ Saya nak Hanis Arisya !” Aira bersuara buat kali kedua.
        “ Ok,cukup ! Siapa yang sokong Elyana Erisya ? Angkat tangan !!”
         “ Kitorang !!” Aik ? Apasal suara cam riuh je ? Aiyokk ! Satu kelas angkat kecuali Sya & The geng ! Biasalah,aku kan ‘fofular’.Hahax !
         “ Ok,Faris Ilham ketua dan Elyana Erisya penolong ! Tak ada pertukaran ! Keputusan muktamad ! Klapp,klapp,klapp..Aik ? Ada lagi yang tepuk tangan ? Waa,terbaikk ! Sporting la budak-budak ni ! I like !
2 minggu kemudian..
         “ Wey,Risy ! Cepatlah ! Lambatlah kau ni !” Faris menegurku
         “ Chillex luuu beb ! Kau ni,sabar itu separuh daripada iman..” Khutbahku sudah bermula.Aku melihat Faris hanya tergeleng-geleng.
         “ Kau tau ? Ni first time aku jumpa budak macam kau ! Bersifat kelakian tapi berperangai budak !”
         “ Biasa lah,aku kan berbeza dari yang lain ! Istimewa lah katakan..”
         “ Kau memang,tak boleh dipuji langsung ! Aku sepak karang..?!”
         “ Buat kalau kau berani.Aku kasi kau tumbukan,tamparan dan sepakan.Kita bertanding yang mana paling sakit.Risy Vs Ris ! Amacam ? Ok tak idea aku ?”
         “ Terbaikkk sayang !” Ceiittt,dia buat perangai dah !
         “ Woi,woi ! Aku dah bagi warning kan jangan panggil aku sayang ?! Sengal telinga aku dengar tau ?” Jerkahku.
         “ Alaa,rilekslah.Abang gurau jer !” Mengada ! Dush,hah.Amek kau ! Kan dah kena tumbukan aku.
         “ Aduhh,wey ! Aku gurau je lah derr ! Yang kau sensitif kenapa ?” Balasnya sambil memegang lengannya,bekas tumbukanku,baru di rasakan tumbukan Risy yang comel ni ! Hehe..
        “ Kau gurau tak kena tempat..aku..” Belum sempat aku bersuara lebih lanjut,satu suara mengejutkan aku.
         “ Haaa ! Deting tak ajak aku ! Sampai hati..! BFF apa kau ni ?” Rungut Aira dan Aris serentak.
         “ Laa,dah namanya deting.Buat apa nak ajak kau ? Buat menyemak je.Kan Ris ?” Faris hanya angguk mengiakan.Kan ? Dia ni sekepala dengan aku !
         “ Ris..! Kat sini kau ? Kitorang puas cari kau kat dalam tadi,rupanya kau tengah syok berbual kat sini erk ?”Aik ? Sejak bila si Aqif dan Iz datang ni ? Semakin menyemak dowhh,hehe.
         “ Jom,join kitorang..!” Ajakku dengan selamba tanpa menghiraukan Aira dan Aris yang tengah saling berpadu untuk menyerang aku dengan jelingan.Haa,idea nakal aku dah mai dah.Siap korang.
         “ Yang korang berdua jeling aku apahal ? Menjeling-menjeling,sampai menjadi juling..Hahaha” Lepas ketawaku,berpadu pula dengan suara ketawa daripada Faris,Iz dan Aqif.Muka masing-masing aku nampak merah giler ! Sah,memang diorang malu.Ok,one two three..
         “ Lariii !” Jeritku perlahan sambil berlari mengelilingi bulatan yang kecil tu.Si Aris dan Aira ni pulak macam dah kempunan sangat nak kejar aku,so bila aku lari diorang pun kejar.Jawabnya,main kejar-kejarlah kitorang hari tu.
         “ Ok,cop..cop..Aku penat gilerr weyh ! Dah la kejar aku..please ??” Rayuku dengan wajah comel.comel ke ?
         “ Dah,tak payah buat muka comel ! Aku tau kau memang dah comel ! Tak per,kitorang maafkan kau,but for the time sake,kau memang selalu sakat aku dan Aris ! Kau tak rasa kesian ke kat aku dengan dia ?”
         “ Tak,sory..” Hehe,peace kawan-kawan..
         “ Kau !!” Serentak diorang saling berpadu mencubit aku.Huh,apa ni beb ! Lebamlah akuuu ! Taakkkk,aku tak relaaa...!
         “ Woii ! Sakit larr..!” Jeritku memohon simpati.
         “ Tau pun..” Serentak mereka menjawab.
         “ Korang,dah lah..! Aku tengok korang bukan macam BFF,macam musuh ketat pulak,sama macam Risy dengan Ris ni !” Tegur Iz.
         “ Biasalah,gurauan membawa kebahagiaan,mengeratkan silaturrahim..” Jawab kami bertiga serentak.Tu memang tagline kami kalau orang kata macam tu,ayat popular kami tuu !
         “ Sukati korang lah.. ! Kitorang nak pergi makan..Nak join tak ? Kalau tak nak kitorang chaw dulu,kalau nak kitorang ‘tidak’ mengalu-alukan kedatangan korang !”kata Iz selamba.
         “ Amboi,Iz..Sejak bila kau jadi jahat giler dengan aku ni ? Ni ke namanya BFF ? Sampainya hatimu,membiarkan diriku,hancur menjadi abu..”Sempat aku menyanyi.Haha,padan muka !
         “ Ok,stop..Aku tengok awam dah mula mendung tanda-tanda nak hujan plus dengan guruh petir lagi dengar kau nyanyi ni ! Kalau ada dinasour kat sini,mati dinasour tu dengar tau !”Waa,ini sudah melampau derr..!
         “ Woi,Ris..kau ni buta sejarah ke ? Aku rasa kau paling tinggi sejarah kat dalam kelas kita ?”Tanyaku pura-pura.
         “ Apahal pulak ?” Masuk dah perangkap aku !
         “ Dah kau tak tahu dinasour tu dah lama pupus..Memang sahlah kau buta sejarah ! Apa ni derr,buat malu aja !”Balasku selamba.Usikanku pantas mendapatkan gelak tawa daripada rakan-rakanku yang lain.Oh ye,lupa pulak..Si Aira dan Aris ni sekarang dah jadi kawan baik Iz dengan Aqif,mana taknya.Aku yang asyik kenenkan diorang,last-last sangkut jugak.
        “ Kau ni ! Malas aku layan..huh !”
        “ Aku tak suruh kau layan ! Wekk !” Aku menjelirkan lidahku,membakar hatinya dengan lebih kuat.
          “ Risy !!” Hah,bengang dah ‘musuh’ a.k.a kawan baik aku ni !
          “ Apa ?” Balasku selamba.
          “ Arghh ! Kau memang !”
          “ Memanglah aku lapar,dah jom pegi makan..”Balasku menarik tangannya selamba.Aku tengok dia mula senyum kembali,dah sejuk lah tu.Kan ? Kejap je dia berangin dengan aku !
          “ Kau ni kan Risy,memang nakal.”Komennya tanpa rasa malu
Beberapa bulan kemudian ...
          “ Sya,saya nak jumpa awak kejap kat tepi makmal lepas balik ni boleh ?” Pinta Faris perlahan.
         “ Boleh,tapi awak tak takut girlfriend awak marah ?” Tanya Aisya dengan senyuman manis.
         “ Maksud awak Risy ? Dia kawan baik saya lah.Jumpa petang ni yer Sya ? Saya ada surprise untuk awak !” Balasnya lagi.
Di Makmal...
         “ Sya,saya suka awak..Agaknya boleh tak kita couple ?” Tanya Faris tanpa silu.
         “ Boleh..saya pun suka awak..”Malu-malu Sya menjawabnya sedangkan hatinya ketawa bagai nak rak.Padan muka kau Risy ! Tak sedar diri punya pompuan !
          “ Thank Sya..Tapi saya nak kita rahsiakan dulu boleh ? Tak nak lah heboh-heboh..”
          “ Ok,demi Ris..”
          “ Sayang awak Sya !”
          “ Sayang awak jugak Ris..”
          Tanpa disedari mereka,ada sepasang telinga telah mendengar segala perbualan mereka.Wajahnya seakan tidak percaya dengan kata-kata yang telah Faris ucapkan.Ya Allah,tabahkan hatiku !
         “ Risy ! Kau buat apa kat sini ? Kau skodeng mamat hensem eh ?” Tegur Aira selamba.
         “ Skodeng hotak kau ! Tak nampak ke aku tengah kemas barang ni ?” Balasku dengan nood yang telah hilang.Tidak kusangka Ris,lelaki yang aku minat dan sanjung selama ni boleh ‘TER’jatuh hati dengan minah songeh sorang tu !
         “ Sabar Risy,sabar..”Ucapku sendiri.
          Sejak hari itu,hubungan persahabatan aku dengan Faris agak dingin.Aku dan dia hanya bercakap berkaitan tugas,pelajaran ataupun bertanya khabar sahaja.Pandangan Sya & rakan-rakannya turut sama merimaskan aku.Mana taknya,asyik menjeling aku.Ok fine,aku tahu aku comel,tapi tolong jangan pandang aku macam tu.Faris pun macam menjauhkan diri dari aku.Ye lah,dia kan dah ada girlfriend.Siapalah aku sekarang di matanya.Sehinggalah satu hari aku terima panggilan daripadanya.
         “ Risy,aku nak jumpa kau petang ni jugak ! Penting !!” Ujarnya ketika panggilannya aku sambut.Tapi aku hairan..Kenapa suaranya seolah-olah menahan getar kemarahan ?
         “ Ok,petang ni tempat biasa..”Balasku selamba.
         “ Good ! Pastikan kau datang tepat pada masanya.Mungkin ini pertemuan terakhir kita..”Balasnya dingin.
         Wait..Pertemuan terakhir ? Apa maksud dia ? Petang ni aku akan tahu jugak !
Petang itu di tempat yang dijanjikan..
         “ Assalamualaikum..Kenapa kau nak jumpa aku Ris ?”Balasku membuka mukaddimah perbualan.
         “ Kau tentu lebih tahu kan ?”
         “ Aku tak faham maksud kau !” Balasku berani
         “ Kau tak payah pura-pura innocent lah Risy !!” Tengkingnya tiba-tiba
         “ Apa maksud kau ?” Tanyaku,terkejut.
         “ Kau buat apa dengan Sya ? Kau tampar dia,kau ugut dia suruh dia tinggalkan aku Risy ? Aku tak sangga kau macam ni ! Sampai hati kau !” Jeritnya lebih kuat.Mujur kami di tempat yang tersorok.
         “ Bila masa pulak aku buat macam tu kat ‘manis hati’ kau hah ?!”Tengkingku dengan mengejut.Terkedu dia melihat aku !
         “ Dia kata kau suka aku sampai kau sanggup buat macam tu ! Perempuan jenis apa kau ni Risy !! Aku sangka kau ni sahabat baik aku ! Tapi kau pengkhianat ! Pengkhianat Risy !”Balasnya.Kau nak uji ‘power’ darah aku ni mendidih ye laki !
        “ Woi,tak ada maknanya aku nak buat camtu kat ‘heart fruit’ kau tu ! Kalau aku suka kau kenapa ? Wey,kalau aku suka kat seseorang,aku takkan suka kat jantan dayus macam kau ! Sewenang-wenangnya menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh lagi nyata !! Kalau aku pengkhianat,sudah lama aku bongkarkan rahsia kau yang satu ni ! Kau ingat aku tak tahu kat mana kau ajak dia couple dan tarikh kau couple dengan dia ?” Berangku sudah boleh dilihat,asap berkepul-kepul kat atas kepala dan dari telinga aku ni ! Mataku menyerlung wajahnya dengan garang.
         Wajah Faris pucat kelabuan,kalau ditoreh pun tak mengeluarkan darah,darah merah ke,darah putih ke,darah biru ke aku tak kisah ! Aku dah mula berangin dengan mamat sorang ni !
         “ Faris,kau patut tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.Kau sepatutnya dah kenal aku,perangai aku.Kau kecewakan aku Ris.Mulai hari ni,aku tak kenal sesiapa yang bernama Faris Ilham lagi ! Anggaplah aku dah mati Ris ! Jangan cari aku lagi Ris..Assalamualaikum”  dengan perasaan sebak,aku melangkahkan jua kakiku.Tidak kusangka,lelaki yang aku cintai dalam diam tidak pernah menghargaiku,tidak pernah mempercayaiku.
         “ Faris ! Apa kau dah buat ni ! Kenapa kau sakitkan hati dia hah ?!” Jerkahan yang kuat itu membuatkan dia terpaling ke arah punca suara itu.
         “ Iz,Aqif,Aira,Aris..Dia dah tampar si Aisya tu ! Takkan kau nak back up budak tu ?!”
         “ Kau silap Ris,kau silap !! Risy takkan buat macam tu ! Kau apa tahu ? Baru kawan dengan dia tak sampai pun setahun ! Kitorang dah lebih setahun.Tapi,masa first-first kitorang kawan dengan dia,kitorang tak pernah serapat kau dengan dia ! Kau,orang pertama yamg rapat dengan dia walaupun baru berkawan selama beberapa bulan ! Aku ingat kau dah kenal dia ! Kau kecewakan aku Ris !”Iz bercerita dengan wajah bengang dan terus berlari ke arah Risy,diikuti dengan Aqif,Aira dan Aris.
         “ Ya Allah,apa aku dah buat ?” Keluh Ris perlahan,wajahnya sugul.
Di dalam kelas...
         “ Cikgu,saya nak cakap sikit boleh ?”Tanya aku dengan wajah sedih.
         “ Apa dia Risy ?”
         “ Boleh saya pindah tempat duduk ? Dengan Aira dan Aris.Tapi,Iz dan Aqif pun nak ikut pindah jugak..”
         “ Boleh tu boleh..Tapi kenapa tiba-tiba..?”
         “ Masalah peribadi cikgu..”
         “ Baiklah..Ok,pengumuman..Saya akan pindahkan tempat duduk Iz,Aqif,Aira,Aris dan Risy dengan Aisya Amilia, Aimi Najihah, Arifah Elliana, Badrul Hakimi danAmir Syazwan. Ok,sila bergerak ke tempat yang dinyatakan.
         “ Terima kasih cikgu..”Ucapku terharu dengan keprihatinannya.Wajah Sya aku tengok gembira bukan kepalang tapi bila aku menoleh kepada Faris pula,wajahnya mencuka.Apa yang tak kena dengan pasangan ni ? Bukan aku dah step out daripada mereka ke ?
         “ Iz,Aqif..Kenapa korang nak pindah jugak ?”Tanya Faris,perlahan umpama bisikan.
         “ Maafkan aku Ris.Aku tak dapat nak teruskan duduk bersama kau setelah kau menyakitkan hati kawan baik yang aku betul-betul sayang.Aku minta diri..” Balas Iz selamba.    Aqif juga melangkahkan kakinya pergi ke tempat duduk yang diarahkan.
          Mulai detik itu,aku lihat si Aisya semakin galak.Semakin gedik bila bersama Faris sedangkan aku lihat Faris dah tak berapa nak melayan kerenah dia sekarang.Semakin sakit hati aku dibuatnya.Aku harus lakukan sesuatu,ya harus !
           “ Cikgu,saya akan pindah sekolah nanti.Saya nak bagi cikgu hadiah.Terima kasih sebab mencurahkan ilmu dan kasih sayang kepada saya selama ni..”Ucapku sedih
            “ Tidak mengapalah Risy.Semoga menjadi orang berguna suatu masa nanti.Jangan lupakan cikgu ye..”Suara cikgu kesayanganku sebak tiba-tiba.
             “ Cikgu,saya takkan pernah lupakan cikgu ! Cikgulah guru saya dunia akhirat !” Balasku dengan mata berair.
              “ Ok,awak boleh keluar Risy..”
         “ Risy,kitorang dengar kau nak pindah..Betul ?” Tanya Aira dengan wajah terkejut.
         “ Ya..”
         “ Kau masih terasa dengan Ris ?”
         “ Tak..sikit..mungkin..”Balasku berteka-teki.Biarlah aku sendiri yang mengetahui rahsia hatiku ini.
         “ Kau cakap biar betul beb..kalau kau nak pindah semata-mata sebab dia baik tak payah ! Aku tak sukalah sebab dia kau pindah.Aku dah tak ada kawan nak luahkan perasaan,kawan nak mengusik aku dan kawan yang selalu main kejar-kejar dengan aku..”
         “ Entahlah Risy.Aku pun sependapat dengan Aira.Kita ni dah lama kawan.Dah jadi macam adik beradik pun.Sampai hati kau nak tinggalkan kitorang kat sini.Aku pasti Iz dan Aqil pun tak setuju dengan perpindahan kau.”Aris pula bersuara.
         “ Aku pun berat hati nak tinggalkan kau orang.Bagi aku,korang sahabat dan saudara aku dunia akhirat.Tapi,aku terpaksa buat semua ni.Bukan sebab Ris aku ambil keputusan nak pindah.Bukan.Tapi biarlah alasannya hanya aku yang tahu.”Balasku sendu.
         “ Risy,apa-apa pun kau tetap kawan aku selamanya..”Balas Aira dan Aris serentak.Aku hanya mampu menahan sendu daripada daripada meletus.Sumpah,aku takkan buat macam ni kalau Faris percayakan aku.
         “ Risy,datang rumah aku malam ni.Aku nak buat jamuan perpisahan kau.Boleh ?”Iz bersuara perlahan dengan mimik muka memohon simpati.Kesian aku tengok beb ! Boleh menangis terguling-guling..!
         “ Wey,aku pindah sekolah jer ! bukan dengan rumah-rumah sekali aku bedal bawak pergi ! Lagi satu,sejak bila kau pandai buat muka kesian ni ? Kang aku nangis guling-guling kat sini kau nak tolong ? Tapi jangan bawa aku ke hospital tanjung rambutan,tapi balik rumah aku.! Balasku bersahaja mengenakan Iz yang telah kemerahan wajahnya.Padan muka kau Iz !
         “ Aku sayang kau ni.Kau buat aku macam ni.Tak apa lah..Aku nak merajuk dengan kau.Tak nak jadi geng kau lagi.”Kata Iz dengan muka merajuk,aduh..boleh sakit jantung aku layan kawan macam ni !
         “ Woi mamat ! Kau ni aku gurau sikit dah nak nangis ! Kau memang ! Dah la muka dah buruk sangat-sangat time merajuk,nak jugak merajuk budak ni ! Aris,kau tengok ‘boyfriend’ kau ni ! Kuat benar merajuknya mengalahkan perempuan.Kau kena jaga baik-baik dia !”Sempat lagi aku berpesan pada Aris,agak-agaklah apa reaksi Aris ? Haha,Aris dah merah muka malu !
        “ Wey,Aris.Relekslah.Kalau ada air sirap kat sini,dah lama aku bandingkan air sirap dengan muka kau yang merah tu ! Kenapa ? Udang kena bakar ke Ris ?” Erk ? Apa aku sebut tadi ? Ris ? Waa..! Aku rindu dia giler-giler ! Kenapa dia berubah ? Kenapa ?
         “ Risy ! Kau jangan panggil aku Ris ! Nanti kau teringat kat dia siapa susah ? Kitorang jugak tau tak ? Aku tau dalam diam-diam kau ‘Ter’jatuh cinta dengan dia kan ? Eh,aku dengar hubungan dia dengan Sya dah goyah wey ! Time untuk kau masuk jarum ! Tak yah pindah lah ?”Aris bersuara kembali dengan muka berharap.
         “ Woi,Aris ! Kau jangan melalut ! Takkan kau nak biarkan Risy ni dengan orang yang dah sakitkan hati dia ? Kau tak kesiankan dia ke ?”Aira pula bersuara.
         “ Apa salahnya kalau kebahagiaan dia dengan Ris ? Kan Risy ?” Provok Aris pula.
         “ Ha’ah.Kebahagiaan aku memang dengan dia ! Tapi dia sendiri yang menghancurkan kebahagiaan itu ! Dia tak sedar beb aku suka dia.Ye lah,siapa lah aku ni kan ? Wey,aku dah nak pergi ni.Ni last day sekolah.Pasal parti kau Iz,aku datang malam ni pukul 9 ! Ok,chow ! Pasni korang dah payah jumpa dengan aku ! Sayang kau beb !” Aku bersuara sambil melambaikan tanganku kepada merek yang terlopong mendengarkan pengakuan yang tulus dariku.Haha
         Malam itu,aku,Aris,Aira,Iz dan Aqif melepak dekat rumah Iz.Rumah Iz ni memang besar,main bola pun boleh ! Tapi kitorang main hoki lah,eh ? Boleh ke ? Entah,aku hentam je ! Si Iz dan Aqif ni tak habis-habis dengan gossip liar ! Peliknya diorang ni lelaki ! Tau tak gossip apa ? Gossip aku dengan Faris ! Lepas dengar pengakuan aku yang maha tulus tadi,tak habis-habis mengenenkan aku dengan kawan mereka yang sorang tu ! Ceitt,main-main dengan aku !
         “ Woi,dah lah ! Aku balik kang ?! Lepas ni korang memang takkan jumpa dengan aku dah !”Pandai tak aku ugut ? Senyap kelu dengar aku berkata macam tu ! Baru tau ke penangan Cik Risy Brutal ni ? Haha..
         “ Sya ! Apa kau buat kat sini ?” Aqif bersuara kuat,mengejutkan aku dan yang lain-lain.Aku tengok muka minah ni masam mencuka jer.Terlebih makan cuka ke apa ? Ehcuka makan ke minum eh ?
         “ Kau senyap ! Aku nak cakap dengan perempuan tak sedar diri ni ! Ada hati kacau boyfriend aku !”Suaranya yang bagai petir plus guruh tu memang buat aku nak pergi karate dia.Dah la datang tak berjemput,balik tak berhantar ! Tangan asyik tunjuk arah aku,bajet cun lah tu ? Memang sah ! Minum cuka tak cukup pedas,nak suruh aku tambah dengan cili ! Eh,cuka pedas ke ?
         “ Woi,kau perempuan.Jaga mulut kau ! Aku cilikan baru tau ! Tak sedar diri ! Datang serang orang kat rumah orang,kau ingat cantik sangat ke perangai kau ni ? Macam badut tau tk ?! Baik kau blah sebelum aku panggil pengawal ?!” Iz menyerang dengan cepat,almaklumlah takut aku diapakan,aku kan bestfriend dia ? Bagusnya !
         “ Woi,aku tak cakap dengan kau lah !”Jeritnya lagi dengan penuh perasaan.
         “ Woi,kau meroyan ke ? Aku hantar masuk tanjung kan sia-sia kesihatan kau ni !”Balasku bersahaja,sempat lagi cakap dia meroyan tu ! Padan muka,rampas lagi Faris dari aku !
         “ Kau ! Arghh !”
         “ Awak,dah la.Jom la kita pergi..malu la..”Aik ? suara tu..Suara yang aku rindu sangat.Terus mataku aku halakan ke arah sesusuk tubuh,Faris ! Mataku memandangnya,dia juga memandangku.Oh,indahnya dunia !  
         “ Kau perempuan ! Jaga sikit mata kau tu ! Jangan asyik nak tengok ‘teman lelaki’ orang lain !”Tegur Sya dengan gaya gediknya,memegang tangan Faris yang asyik merenungku.Aku lihat si Faris ni macam dah tak selesa.Budak ni pun satu,asyik berpegang-pegang,tak tahu ke dosa haram ? Oh yeah ! Aku tahu nak buat apa ! Siap kau Sya..!
         “ Wei Aris,Aira.Kau tak rasa panas ke ?”Tanyaku
         “ Mana tak panas beb !” Jawab mereka serentak.
         “ Kau tak panas Sya ?” Tanyaku lagi.
         “ Panas ! Panas hati tengok budak perempuan tak sedar diri macam kau ni kat depan aku !” Balasnya angkuh.
         “ Ris,kau tak panas ?” Tanyaku dengan perlahan.
         “ Panas jugak..” Balasnya perlahan.
         “ Aku panas plus berbulu mata ni tengok korang pegang-pegang ! Ingat wey,panas dunia kau boleh tahan,panas akhirat siapa nak tolong ? Tak dapat den nak nolongnya.” Hah ! Kan dah kena ! Faris terus melepaskan tangan Sya yang asyik memegangnya.Aku lihat muka Sya macam kena belacan ! Merah menyala ! Malu la tu !
         “ Err,sory yer Risy.Aku tak dapat nak elak.Dia yang pegang aku..”Jelas Faris serba salah.
         “ Buat apa kau minta maaf dengan aku Ris ? Kau salah dengan Tuhan ! Bukan dengan aku ! Jadi,kepadaNYA lah kau mohon ampun,bukan aku Ris,bukan aku..”Balasku perlahan menahan sebak.Inginku memberitahunya,aku suka dia.Aku sayang dia.Aku cinta dia.Tapi tak mungkin.
          “ Kitorang balik dulu yer Risy ? Semua,maaf menyusahkan.Sya,jom kita balik !” Arah Faris tegas.
          “ Alah,awak..Saya tak bagi pengajaran lagi kat dia..” Rengek Sya.Ceitt,meluat aku..!
          “ Sya ! I said stop it ! Can’t we just step out from this house ? Don’t be too brave Sya !” Marah Faris benar-benar berapi.Faris memandang Sya dengan wajah yang bengis membuatkan Sya terus diam tidak berkelu.Kaku terus dia.!
Beberapa Hari Kemudian...
         “ Faris..” Panggilku perlahan.
         “ Err..Risy ! Kenapa kau kat sini ? Mana Aris dan Aira ? Mana Iz dan Aqif ?” Soalnya bertalu-talu.
          “ Ris..Aku nak jumpa kau,buat kali terakhir.Aris,Aira,Iz dan Aqif yang menyuruh aku memberitahu kau sesuatu.Sesuatu yang aku dah pendamkan,lama..” Aku memberitahunya dengan satu nafas.Betapa perasaan aku bagai dilanda ribut menghadapi situasi ini.
         “ Err..Boleh.Jom,pergi tempat lepak yang biasa..”Ajaknya sambil melangkah.Aku yang tergamam hanya mampu mengikut arahnya.Kakinya dan kakiku melangkah ke arah ‘port’ melepak kami yang paling kami suka.Lepas bergaduh dengan dia,aku sering menghabiskan masa di sini,sekurang-kurangnya dia tak dapat bawa ‘makwe’ baru dia ! Jahat tak aku ? Aku memang selfish pun !
         “ Erm,apa yang kau nak cakapkan dengan aku Risy ?” Tanyanya setelah duduk di bangku yang disediakan.
         “ Kau ingat tak..Kita pernah berjanji untuk simpulkan persahabatan ni selama-lamanya ? Tanyaku,masih enggan ke topik yang sepatutnya.
         “ Ya..”
         “ Tapi nampak gayanya macam persahabatan kita ni dah ada tanda-tanda nak putus kan ?” Tanyaku buat kali kedua.
         “ Risy...”
         “ Kau yang putuskan Ris,kau..Hanya sebab Sya,kau tak percayakan aku.Sedangkan kau dah lama kenal aku,lebih lama dari kau kenal Sya.Tapi,sampai hati kau tuduh aku Ris...”Balasku tanpa sempat dia berkata apa-apa.
         “ Risy...”
         “ Kau tau Ris ? Aku sakit sangat.Aku tak percaya,sahabat yang aku sayang buat macam tu kat aku..”
         “ Risy..”
         “ Ris,aku menyesal Ris.Aku menyesal..! Menyesal sebab kenal kau..Kalau aku tak kenal kau mesti aku tak rasa sakit macam ni..”Keluhku sendiri tanpa sedar.
         “ Risy..Aku..aku..aku..”
         “ Ris,aku menyesal jatuh cinta pada orang macam kau,yang tak pandai menghargai cinta,yang tak pandai menghargai persahabatan.Aku menyesal Ris..”
          Aku lihat Faris terus melopong mulutnya,mujurlah sempat ditutup sebelum satu lalat pun masuk ! Mesti dia terkejut..
         “ Risy,kau ?”
         “ Ya Ris..Aku suka kau,aku sayang kau,aku cinta kau.Tapi aku sedar,kau bukan milik aku..”Air mata yang aku tahan akhirnya tumpah jua ke pipi.
         “ Risy..maafkan aku Risy..”
         “ Tak apalah Ris..Selamat tinggal Ris.Kau takkan jumpa aku lagi selepas ni.Begitu juga kawan-kawan yang lain.Selamat tinggal Ris,semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau..”Balasku tersenyum,menyembunyikan rasa perit jauh ke dalam hati.Aku ingin melihat dia bahagia.Aku pantas mengatur langkah,berpaling darinya.
           “ Risy,kau nak pergi mana ? Risy !”Jeritnya apabila melihat aku semakin menjauh.Aku hanya mampu melihat sambil tersenyum dan melambaikan tanganku kepadanya tanpa membuka mulutku.
          Ya Allah,andai dia bukan milikku,kau hilangkanlah cinta di hatiku,jauhkanlah hatiku daripadanya.Ya Allah,andai ini takdirmu yang telah ditetapkan kepadaku sedari dulu,aku terima dengan pasrah.Bahagiakan dia Tuhanku,kerana aku tak mampu membahagiakan dirinya sepanjang aku hidup.
         “ Risy....” Kata Faris sambil melutut,menangis.Mengapa ? Kenapa kau pergi tinggalkan aku dalam rasa bersalah Risy ? Kenapa aku buta selama ni Risy ? Kenapa aku buta hingga aku tidak melihat cinta di mata kau ? Risy,kembalilah padaku Risy.Akan aku bahagiakan kau Risy.Ampunkan aku ya Allah..!
         “ Ris..Menyesal sekarang dah tak guna.Risy dah pergi dari hidup kita.Kita takkan dapat jumpa dia kembali.Dia pergi membawa hatinya yang lara Ris.Dua pesan aku kat kau Ris..Hargai seseorang sebelum dia pergi meninggalkan kita dan pandai-pandailah kau memilih antara kaca atau permata.Kitorang pergi dulu..” Aris bersuara perlahan apabila mendekati Faris yang kelihatan teresak-esak.
         Hujan yang turun bagaikan mengerti perasaan hati seorang lelaki yang ditinggalkan sahabat baiknya merangkap orang yang dicintainya.Betapa berat hati lelaki ini untuk menempuh segalanya selepas ini.Wahai sang gadis,jika ini membahagiakanmu,aku relakan kau pergi,demi kebahagiaan kau.
Beberapa bulan kemudian...
         “Assalamualaikum murid-murid.Hari ini kita akan menerima seorang pelajar baru.Ok,Hakim.Kenalkan diri awak kepada pelajar-pelajar yang lain..”Suara cikgu Aqilah menusuk gegendang setiap telinga yang mendengar.Para pelajar,lelaki mahupun perempuan seakan terlopong melihat ketampanan lelaki bernama Hakim ini.
          “ Assalamualaikum semua.Nama saya Aiman Hakim,panggil saya Hakim aja.Saya harap kawan-kawan dapat terima saya sebagai pelajar baru di sini.”Dengan selambanya dia memperkenalkan dirinya.Alah,suasana ini memang dah lali dengan dia.
         “ Baiklah Hakim.Awak boleh duduk di sebelah Faris.Faris,angkat tangan !”
         “ Saya cikgu !” Dengan pantas Faris mengangkat tangannya tinggi.
         “ Gulp..aku kena duduk dengan mamat ni ke ? Lelaki yang tak pandai menghargai cinta adikku..?” Kata-katanya hanya terluah di dalam hatinya sambil wajahnya memandang Sya & The Geng dengan muka menyampah.Para gadis-gadis yang menyakiti hati adik kesayangannya !
        Hakim melilaukan wajahnya ke arah seluruh bilik darjah.Kini,wajahnya tertancap kepada 4 sekawan.Aris,Aira,Iz dan Aqif ! Wajahnya kelihatan seperti ingin memohon simpati,tetapi mengenangkan apa yang telah dilakukan terhadap adiknya,semangatnya memang berkobar-kobar untuk menyaksikan kejatuhan mereka.Sekarang,dia hanya perlu bersabar.Dengan rasa malas,dia berjalan ke arah tempatnya yang sememangnya kosong semenjak Badri turut berpindah.
         “ Hai,saya Faris.Panggil Ris pun boleh.Erm,boleh saya panggil Akim ?” Tegur Faris,ramah.
         “ Hai,nama aku Hakim.Sukati kaulah nak panggil aku Akim ke apa ke ..” Balasnya malas membuatkan Faris terdiam,mungkin dia masih penat.Mungkin itulah yang difikirkan Faris ! Kesian,jika dia tahu lelaki di sebelahnya akan membalas dendam bagi pihak adiknya,dia tidak akan seramah ini.
         “ Ok,murid-murid.Sila buka buku teks muka surat 189..”Arah cikgu Aqilah dengan suara yang garang.Guru ini sudah hilang kemesraannya semenjak Risy berpindah.Risy memang anak murid kesayangannya,malah hampir kesemua guru-guru sekolah ini bersedih dengan pemergian Risy.
         “ Perhatian,perhatian kepada semua guru,anda diminta bergerak ke bilik mesyuarat untuk satu mensyuarat tergempar.Diulangi,kepada semua guru anda diminta ke bilik mesyuarat sekarang juga.Terima kasih.”
         Terdengar pengumuman yang meminta para guru untuk ke bilik mesyuarat.Cikgu Aqilah terus mengemaskan barangnya dan meminta Faris untuk menjaga kelas supaya tidak gamat dan mengganggu pelajar kelas lain.Selepas itu,cikgu Aqilah terus keluar.Hakim hanya mampu melihat,sedangkan dia masih tidak selesa berada di tepi Faris,malah di hadapan Sya & The geng lagi !
        “ Hai ! Saya Aisya Amilia ! Ini Aimi Najihah dan itu Arifah Elliana..!” Kata Sya mengenalkan dirinya.
         “ Sya,sory yer..Jangan kenalkan nama aku dengan orang asing.Aku tak suka !” Kata Arifah Elliana,selamba tanpa memikirkan perasaan Sya.Hakim yang mendengar,menguntumkan senyum.Rupa-rupanya si Arifah ni taklah seteruk Sya dan Aimi yang nampak terlebih ligat ni !
         “ Hai..Aku dah kenal korang bertiga..Lebih-lebih lagi Sya !”Balas Hakim sambil meneknkan perkataan Sya !
         “ Eh ? Saya ni popular sangat ke sampai pelajar baru macam awk ni boleh kenal nama saya tanpa saya perkenalkan diri ?” Eh,perasan siot perempuan ni ! Tak tahu malu sungguh ! Kata Hakim di dalam hatinya.
         “ Eh,maaflah..Setahu saya yang paling popular kat sekolah ni Elyana Erisya ! Dari dulu lagi !”Balas Hakim selamba.
         “ Perempuan tu ? Perempuan yang selalu cuba merampas ‘bekas’ teman lelaki saya ? Hah ! Mimpilah dia yang paling popular !” Balas Sya geram kerna jejaka ini menyebut nama yang menjadi kebenciannya dari dulu sehingga sekarang.
         “ Sya..Kau jaga baik-baik mulut kau ! Dia tak pernah nak rampas akulah ! Tapi kau yang rampas kebahagiaan dia ! Apabila aku sedar aku tak mencintai kau,barulah aku putuskan hubungan kita !!” Faris bersuara dalam nada geram apabila nama Risy diburukkan di hadapannya.
         “ Eh,pesal mamat ni back up adik aku pulak ? Bukan dia yang sakitkan hati adik aku ke sampai adik aku sanggup ke Bandar Johor Bharu semata-mata kerana terluka dengan Faris..” Perlahan suara itu terluah daripada bibirnya.Nasib baik tiada sesiapa yang mendengarnya !
         “ Kejap ! Tadi kau cakap ‘bekas’ Aisya Amilia ?”Suara Hakim bertanya dengan tegas sambil melihat ke arah Faris.
          “ Ya ! Dan yang menjadi penyebabnya adalah Elyana Erisya..!” Sya berkata dengan lantang.Tanpa disedari,empat pasang mata memerhati tingkah laku Hakim sedari tadi.
           “ Aisya Amilia ! You are too much ! Hubungan kita hancur bukan sebab Risy ! Tapi aku yang bodoh memilih kau sedangkan cinta aku yang sebenar ada pada Risy ! Aku yang tidak melihatnya sehinggalah dia mulai menjauh dari aku ! Do you understand that ?!” Tajam mata Faris melihat Sya membuatkan Sya mula kelu untuk berkata,pastinya takut.
             Hakim yang melihat mula tersenyum.Ternyata adik kembarnya tidak bertepuk sebelah tangan.Faris juga mencintainya,tapi mungkin adiknya ingin Faris merasai kehilangannya sepertimana dia merasai kehilangan Faris.Selepas itu,dia bergerak ke arah empat sekawan yang memerhatikannya sedari tadi.Bukan dia tidak perasan,tetapi topik yang menjadi bualan tadi menarik perhatiannya.
         “ Wei ! Korang..Korang dah tau ke Ris dan Sya dah putus ?”Tanya Hakim apabila tiba di  hadapan mereka.
         “ Aku dah taulah Hakim ! Terkejut beruk aku bila kau tiba-tiba masuk sebagai budak baru ! Setahu aku kau abang Risy,mesti tak boleh masuk sini.Macam mana kau kelentong ?”Tanya Iz meminta penjelasan.
          “ Woi ! Abang apanya ! Aku kan kembar dia ? Awal beberapa jam kot !”Balas Hakim dengan tawa yang ditahan,ternyata mereka semua tertipu dengan lakonannya dan Risy.Bijak sungguh Risy menipu.
          “ Kurang asam kau Kim ! Kau tipu kitorang rupanya !”Kata Aira dengan geram,begitu juga dengan Iz,Aris dan Aqif.
           “ Wey ! Korang jangan bagitau sesiapa aku ni kembar Risy ! Kalau tak memang nahas ! Aku datang ni pun nak bersihkan nama adik aku dan pastikan Sya & The Geng mendapat balasan dan akhirnya meminta maaf !”Kata Hakim penuh marah.
         “ Beres ! Kau boleh harapkan kitorang !” Balas mereka serentak.Kemudian mereka berbual mengenai topik-topik semasa. Dalam diam,Sya memerhati dengan geram.Yelah,dia yang bertegur sapa dulu dengan Hakim,kenapa Hakim lebih rapat dengan empat sekawan yang turut dibencinya ? Dan lebih penting,macam mana Hakim boleh mengenali Risy ?
Di waktu Rehat...
          “ Hye guys ! Jom pergi rehat sama-sama ?”Pelawa Sya kepada empat sekawan.
          “ Sory lah Sya ! Kitorang taknak rehat dengan orang yang selalu iri hati ! Jom Hakim,jom Faris !” Aris menolak ajakan dengan kasar,dia sedar Sya & The Geng sering sekali ingin merapatkan diri kepada mereka lebih-lebih lagi sekarang Hakim dan Faris menjadi ahli kumpulan mereka.Yang lain pun sedar,sejak Risy pindah,Sya ingin menjadi kawan ‘baik’ mereka sedangkan mereka sering menolak.Kumpulan mereka kan dikenali budak sekolah ni tak kiralah junior mahupun senior ? Semuanya mengenali dan menyukai mereka lebih-lebih lagi Risy.
           “ Jom..!”Balas Faris dan Hakim serentak.Tanpa mempedulikan ‘gadis’ itu,mereka berlalu ke kantin sambil berbual dan bergelak ketawa.Sya memandang dengan penuh dendam.
Ketika menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..
          “ Sya,couple nak ?” Tanya Hakim selamba.Sya melopong.Tidak disangka jejaka yang menjadi pujaan menaruh hati kepadanya.Dengan pantas dia mengangguk,bersetuju.
          Hakim ketawa kuat di dalam hatinya.Tidak disangka Sya dengan mudah menyutujuinya sedangkan Hakim hanya ingin memastikan Sya akan mendapat balasannya kerana menyakiti sekeping hati adik kesayangannya !
         “ Dik,kau sabarlah.Tenangkan jiwamu disana.Aku akan terus sokong kau dik,lupakan segalanya yang perit disini.Semoga kau pulang dengan kegembiraan,bukan kesedihan kerana aku tak sanggup menatap kesedihan kau dik..”Pesan Hakim,sekadar terucap dihatinya.Sungguh ! Mengenangkan keperitan yang terpaksa dihadapi adiknya,hatinya umpama disiat-siat,seolah-olah dia yang merasakan keperitan itu.Benarlah kata orang,cubit paha kanan,paha kiri terasa.Contohnya adalah dia !
           “ Woi ! Kau buat apa kat sini hah ? Teringat awek ?” Sergah Faris secara tiba-tiba.Entah mengapa dia senang untuk merapati lelaki ini,seolah-olah di dalam diri lelaki ini ada seseorang yang dia rindui.
          “ Wey ! Terkejut beruk aku kau buat macam tu beb ! Beruk pun tak terkejut macam ni tau ? Aku rasa terkejut aku ni sama macam terkejut...”Jawab Hakim tetapi dalam keadaan berahsia.
          “ Terkejut apa beb ?”Soal Faris tidak sabar.
          “ Terkejut macam chimpanzee !! Hehe” Balas Hakim sambil tersengih manakala Faris mula mengetap bibir kegeraman.Ha ! Ha !
           “ Woi..aku rindu someone lah..”Jelas Faris tiba-tiba.Kegembiraan yang terserlah di wajahnya kini mulai pudar.Kesian Hakim menengoknya !
           “ Kau rindu awek mana pulak ni Ris ? Jangan kata kau rindu si Sya ?” Tanya Hakim dengan dadanya berdetak hebat.Jangan kau sebut kau rindukan Sya,Ris ! Kau hanya untuk adik aku,Risy !
           “ Aku rindu...Elyana Erisya Kim..Tiba-tib je aku rindukan dia.Rindu sangat-sangat..Tiapkali tengok wajah kau,mesti aku teringatkan dia.Aku tak tahu kenapa..”Luah Faris,menahan air matanya daripada merembes keluar.Betapa hatinya kini menyanyikan lagu rindu yang teramat terhadap insane bernama ELYANA ERISYA !
           “ Memanglah tiapkali kau tengok aku kau teringatkan Risy ! Sebab kitorang ni kembar ! Semuanya sama,hanya jantina yang berlainan !”Jawapan Hakim hanya tersangkut di kerongkongnya sahaja tanpa suara.
           “ Ris,kau kena tabah..Aku tahu perasaan kau mencintai seseorang yang telah pergi daripada kehidupan kita secara tiba-tiba.Sepatutnya Elyana Erisya tu perjuangkan hak dia.Tapi mungkin ada maksud tersurat kenapa DIA menguji kau begini Ris.Berdoalah Ris,semoga kau dipertemukan kembali dengan Elyana Erisya..”Nasihat setulus hati Hakim berikan kepada Faris,dia lelaki juga.Mesti dia tahu Faris itu ikhlas menyayangi kembarnya itu sepenuh hati !
           “ Mungkin betul cakap dia.Dia hanya akan pergi bila dia merasakan aku tak menginginkan dia lagi di sisi aku.Aku buta Kim,aku buta selama ni.Aku memilih kaca berbanding intan yang sedia ada di depanku.Aku terpesona dengan kilauan kaca tu.Aku tak pernah melihat cinta yang terlukis indah di matanya..”Luah Faris,sedih sekali.Hakim hanya mampu melihat dan mendiamkan diri.Risy,adik kembar kesayanganku,kau harus kembali suatu hari nanti untuk menyembuhkan luka yang telah kau torehkan kepada Faris dan Faris harus sembuhkan luka di hati kau dik !
          “Ris,kau jangan sedih macam ni.InsyaAllah suatu hari nanti dengan keizinan Allah kau akan bertemu lagi dengan gadis kesayangan kau..Aku yakin dia akan kembali.”Jelas Hakim mesra.
          “ Entahlah Kim..Kadang-kadang aku nak berputus asa.”Beritahu Faris dengan lancar.
          “ Ris...kau..” Belum sempat Hakim menghabiskan kata-katanya,Sya datang lalu memeluk bahu Hakim penuh manja.
          “ Woi ! Kau kenapa datang peluk-peluk aku ni ?”Jerkah Hakim,meluat.
          “ Alah,sayang..Steady lah..Benda orang berkasih sayang kan ?”Sya bersuara lunak sekali.
          “ Sayang kepala hotak kau ! Kau sedar tak kau ni buat maksiat hah ? Kau tak malu ke pegang tangan aku,peluk tangan aku,lelaki ajnabi yang tidak ada pertalian dengan kau ?” Herdik Hakim menahan marah.Faris hanya mampu memerhatikan dalam diam.Diam-diam dia semakin kagum dengan insan bernama Hakim,jarang sekali dia melihat orang lelaki menolak ikan dihadapannya,tapi Hakim ni lain.Dia istimewa..   
          “ Sayang..Kenapa awak selalu macam ni ? Benda ni memang dah jadi adat bagi orang yang berkasih sayang macam kita kan ?” Tanya Sya dengan muka kelat.
          “ Sya,kau tak faham ke ? Aku takkan benarkan kau sentuh aku selagi kita bukan sesiapa ! Kita hanya couple dan pasangan couple tak perlu lakukan semua tu untuk meningktkan rasa sayang ! Aku benci pasangan macam tu ! Belum apa-apa dah buat maksiat ! Tak boleh dibuat bini !!”Kata Hakim bernada tinggi kerana menahan perasaan geram dihatinya.Aisya Amilia hanya menikus memandang kemarahan Hakim.Entah kenapa dengan jejaka ini dia rasa sayang sangat.Tak boleh lepas.Walaupun lelaki ini banyak menjerkah dia di hadapan rakan-rakannya namun dia tetap tabahkan hatinya hanya kerana rasa sayang dihatinya.
          “ Hakim,awak tahu kan..Saya tak harap lebih.Hanya perkataan ‘Saya cintakan awak’ je yang saya harapkan akan keluar daripada mulut awak tu.Masa awak ajak saya couple,awak tak ucapkan pun benda tu.Mesti saya curious jugak nak dengar..” Luah Sya tib-tiba dengan mata berkaca.Terpana seketika Hakim mendengar kata luahan Sya.
          “ Apa yang awak buat kat saya,saya terima je.Saya reda terima semuanya sebab saya sayangkan awak.Tapi,kadang-kadang saya rasa awak nak mainkan saya je.Saya tak tahu lepas Risy pindah,awak datang dalam hidup saya,mengharu-birukan hidup saya.Tapi saya tetap tabah hadapi awak,sebab saya sayang awak.Kawan-kawan saya selalu cakap saya ni bodoh,sebab asyik sabar je dengan kerenah awak..”Air mata Sya yang ditahan,tumpah satu-persatu ke tubir matanya.Tanpa membuang masa,Sya terus berlari meninggalkan mereka.
          “ Bro..Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke ?”Tanya Hakim memandang Ris.Hatinya mula berdetak hebat mendengar kata-kata Sya. Tidak disangka,Sya sanggup harungi segala kepayahan kerananya !
          “ Aku tak tahu beb..Tapi,tak baik biarkan perempuan menangis..”Nasihat Faris dengan jujur.Baginya,friend is friend..! Sya tetap kawannya dunia akhirat !
          “ Bro..baik kau kejar..”Faris dipandang sipi seketika sebelum dia berlari mendapatkan Sya.Tiba di suatu tempat,dia terjumpa Sya,tunduk menangis bersama kedua belah kakinya menutupi wajahnya. 
          “ Sya,i’m sory ok ? Tapi,tolong jangan melebihi batas antara lelaki dan perempuan.Kita ni tetap orang Islam,ada batas pergaulan yang perlu dijaga..Jangan kerana kita hendak mengikut budaya orang,kita lupa agama Sya..” Nasihat Hakim perlahan membuatkan Sya semakin kuat menangis.Bayangan dosa silamnya menari-nari di hadapan wajahnya,sungguh ! Dia menyesal kerana telah melakukan pelbagai kesilapan ! Pepohon dosanya terhadap Elyana Erisya semakin menghantuinya menyebabkan matanya berpinar sebelum..
           “ Sya !!!!” Jerit Hakim lantang sekali apabila melihat Sya terbaring lesu,pengsan !
           “ Alamak ! Apa aku nak buat ni ? Takkan aku nak angkat dia kot ? Kan berdosa buat macam tu ? Hah ! Aris dan Aira !”
            “ Aris !! Aira !! Jeritnya kembali setelah melihat mereka mula menghampiri.Setelah mereka sampai,dia terus menceritakan perkara yang sebenarnya.Mujurlah Aira dan Aris bersedia menolong membawa Aisya ke ruang perubatan.
Di bilik rawatan..
           “ Risy..Risy..”perlahan bibir munggil itu berkata,namun sempat didengari Hakim.Tanpa sedar,hatinya terusik sendiri.Dia hanya mampu memandang sayu wajah Sya sambil memikirkan nasib adik kembarnya yang jauh di rantau orang.
           “ Kau kat mana dik ? Kenapa kau lari daripada masalah ?” Gumam Hakim sendirian.
Peperiksaan SPM bermula..
           “ Wey,korang buat yang terbaik tau !” Faris memberitahu sambil menunjukkan isyarat bagus.
          “ InsyaAllah.Kau pun jangan lupa ya buat yang terbaik..Mana tahu nasib kau cerah,dapat jumpa orang yang kau rindu !” Jelas Hakim sambil tersenyum.Sya hanya mampu tersenyum sedangkan hatinya terasa ingin menangis.Ya Allah,besarnya dosa aku pada dia ! Berikanlah kesempatan kepada aku untuk bertemunya lagi !
5 Tahun kemudian..
          “ Wahai puteriku adik abang yang cantik berseri ! Cepatlah sikit ! Kita ni dah lewat tau tak ?” Hah,sudah ! Abang kembar kesayangan aku tu dah mula membebel ! Cepat Risy cepat kalau kau nak selamatkan telinga kau tu !
           “ Ya ! Kejap lagi kakandaku yang tampan !” Balasku dalam nada manja.
           “ Banyaklah kau dik ! Aku tak makan dek bodeklah dik oii !” Balas abangku sambil mencekak pinggang.Amboii,gaya cam nak ajak aku wrestling je ? Ceitt,berani ke aku me ‘wrestling’ kan bang aku sorang ni ?
            “ Ala bang..Gaya kau macam nak pi jumpa awek je ! Kita nak keluar makan kan ?”Soalku meminta penjelasan.
            “ Memang lah kita nak pergi makan.Tapi sambil-sambil jumpa makwe abang ni ! Apa orang kata ? Sambil menyelam sambil minum air ?”
          “ Waa ! Kelass kau bang ! Dah ada makwe !! Yelah,sambil menyelam sambil minum air,takkan sambil makan sambil tercekik kot ! Apa punya peribahasa kau belajar bang sampai kau lupa ?” Usikku.Haiyya,kepala nakal aku dah datang weyy !
          “ Woi,kau nakal sangat hari ni kenapa ? Dulu nakal lepas tu frust kat sorang mamat ni lari ke Johor ! Balik ke sini,senyap.Abang ajak kau berbual tak nak ! Hari ni tiba-tiba nakal ? Kau sihat tak dik ?” Abang oh abang.Kenapa ? Why ? Kenapa kau ungkit perkara lama ? Luka aku masih berdarah tau tak ? Sampai sekarang aku tak boleh lupakan Faris aku !
          “ Bang,kau ungkit perkara lama kenapa ? Lama tak makan penumbuk aku ke ?”Gertakku sambil menunjukkan penumbuk yang tak berapa nak besar kat dia.Tergelak dia tengok aku buat macam tu ! Ceitt,aku rasa kalau lantai ni tilam,dah lama tergolek dah abang aku ni !
           “ Woi,sudah arr ! Kau kata nak ajak aku jumpa awek kau bang ! Karang lewat menangis kau !” Sudahnya,tawanya terus berhenti,terus dia berlari menuju ke keretanya sambil menjerit.Bersungguhya kau bang sampai dompet kaupun kau tak bawak ! Nanti kau nak bayar guna apa ? Air liur ke ?
          “ Dik ! Cepatlah !!”Gesanya,sudah pasti dalam keadaan gelisah.
          “ Bang ! Kau lupa dompet ! Nah !”Unjukku ke tangannya.
          “ Ya Allah ! Terima kasih Dik !”Ucapnya girang sambil mengucup dompetnya berkali-kali.Serta merta ada gambar kecil terjatuh daripada dompetnya.Aku segera mengambil sekeping gambar bersaiz kecil itu.
         “ Dik ! Kau jangan tengok !”Jerit abangku lagi sambil menghalang aku melihatnya.Namun belum sempat dia merampas gambar itu daripada aku,mataku telah lama tertancap pada seorang gadis.Ya ! Gadis ! Aisya Amilia !!
         “ Bang ! Kenapa kau ada gambar dia bang ? Bagitau aku !!” Jeritku gagal menahan emosi.
         “ Dik...sebenarnya..dialah makwe abang yang abang nak tunjuk tu.Dia nak sangat jumpa kau lepas tahu kau adik abang.Dia nak minta maaf dik.Maafkanlah dia.Lagipun dia dah berubah..” Ucap abangku,Hakim perlahan sekali.Aku hanya mampu membatu dan tanpa menghiraukan dirinya,aku pantas membuka pintu kereta,bersedia untuk turun.Serta merta tanganku dipegang dengan erat.
          “ Dik..Kau nak kemana ?”
          “ Bang,aku minta maaf.Aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau untuk jumpa ‘makwe’ kau tu ! Hati aku masih sakit ! Aku masih sangat terluka dengan ‘makwe’ kesayangan kau tu !”Jelasku.
          “ Dik,maafkan dia..”
          “ Bang ! Kau bukan aku ! Bukan kau yang lalui semua apa yang aku lalui dulu ! Bukan kau yang rasakan penderitaan aku ! Kalau kau jadi aku,mampu ke kau lupakan semuanya ? Ya,aku maafkan dia ! Aku maafkan Faris,tapi hati aku masih sakit ! Luka hatiku masih belum sembuh ! Fahami aku bang ! Jangan paksa aku !!” Jeritku perlahan sambil menitiskan air mataku.Demi melihatkan air mataku,semerta tangan aku dilepaskan.Tanpa membuang masa,aku terus berlari masuk ke dalam rumah.Sisa air mata aku lap.
          “ Sya..maafkan aku.Dia masih tak nak jumpa kau lagi buat masa ni..” Beritahu Hakim menerusi telefon bimbitnya.Setelah adiknya berlari masuk,dia terus menelefon Aisya dan memberitahu dengan berat hati.
          “ Kim..tak apa.Aku faham.Susah untuk kita lupakan kesalahan seseorang kepada kita.Aku faham perasaannya..” Kata Sya dalam tangisan yang hanya mampu ditahan daripada meletus.Risy ! Kerasnya hati kau..Teringat akan kenangannya ketika pertama kali mengetahui Risy itu adiknya Hakim.
2 Tahun lepas..
          “ Sya..Datang rumah aku petang ni ?”Pelawa Hakim dengan senyuman.
          “ Mak ayah kau tak marah ke Kim ?” Soal Sya dengan mata bersinar.Mereka telah menamatkan pengajian di sekolah menengah ketika itu.Dan sekarang mereka lebih senang untuk berbicara menggunakan ‘aku,kau’ saja.Mereka lebih rapat jadinya !
          “ Tak..Kau ikut aku terus pun diorang tak marah..Nak tak ?”Pelawa Hakim buat kali kedua.
           “ Boleh jugak !”
          Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Hakim.Dalam perjalanan,mereka telah berbual pelbagai perkara sehingga tiba.
          “ Assalamualaikum..Mummy ! mummy !” Panggil Hakim sambil membuka pintu pagar.
          “ Waalaikumussalam..Hah,Hakim..Dah balik pun ! Siapa ni ? Hah ! mummy tau ! Bakal isteri kamu ye ?” Tegur Puan Habsah dengan wajah yang manis.
          Mak oii ! Awet mudanya mummy Hakim ni ! Patutlah anaknya pun handsome giler !
          “ Assalamualaikum,mak cik..Saya Aisya..”Jawab Aisya memperkenalkan diri dengan penuh sopan.Tertarik Puan Habsah dibuatnya !
          “ Mummy,kot ye pun nak tak sabar nak berbual dengan bakal menantu,jemputlah kami masuk dulu.Dah panas tau Kim tercegat kat sini !”  pantas Hakim memintas percakapan mummynya dengan manja.Anak manja !
          “ Allah..Maafkan mak cik ye Aisya ? Jemput masuk,jemput masuk !” Pelawa Puan Habsah dengan senyuman manis.
          “ Terima kasih mak cik..”
          “ Eh,jangan panggil mak cik !” Hakim memberitahu.
          “ Habis tu panggil apa ?” Tanya Sya dengan nada pelik.
          “ Panggil mummy !  Kan mummy ?” Hakim memberitahu dengan senyum manis.Wajah Sya merah menahan malu !
          “ Ha’ah..Panggil mummy je Aisya !”
          “ Erm,baiklah mummy..”
          Puan Habsah,Aisya dan Hakim melangkah masuk kedalam rumah.Puan Habsah terus menghilang ke dapur sedangkan Aisya hanya mampu melihat dengan kagum kemewahan rumah Hakim.Serta merta matanya tertancap kepada sekeping gambar.Didekatkan dirinya kepada gambar itu.Sah ! Elyana Erisya !
          “ Tu anak mummy,kembarnya Hakim.Beza beberapa jam je..”Terang Puan Habsah tiba-tiba dari dapur.
          “ Dia kat mana sekarang mummy ?”Tanya Aisya tidak sabar.
          “ Dia kat Johor Sya..Dah lama dah..Bila Hakim pindah masuk sekolah yang sama dengan adik dia dulu,memang adik dia dah pergi.Hakim dan adik dia tu memang rapat.Hakim sanggup buat apa sahaja untuk adik dia,termasuk menyakiti orang-orang yang menyakiti adiknya.He’s protective..”Jelas Puan Habsah dengan mata berair.
          “ Mummy rindu dia Sya..Dah lama mummy tak jumpa dia.Cuti sekolah,dia tak nak balik.Kalau rindu,kitorang pergi melawat dia kat sana..”
          “ Astaghfirullah..!”Jerit Sya perlahan apabila meja yang didudukinya ditepuk perlahan.Wajah Hakim kelihatan dengan wajah yang lesu.Mungkin kecewa tidak dapat mempertemukan Sya dengan adiknya.   
          “ Sya...Aku minta maaf tak dapat temukan kau dengan dia..Lepas tahu aku,kau dan dia nak jumpa hari ni terus dia keluar dari kereta aku.Aku cuba jugak sekat dia,tapi kau taukan.Sekali dia cakap tak nak,dia tetap akan cakap tak nak..”Jelas Hakim mendayu.
          “ Tak apa lah Hakim.Mungkin hati dia masih belum terbuka nak jumpa ku.Aku tahu dia dah maafkan aku,Cuma tak nak jumpa aku jer,sebab hati dia masih terluka..” Sya membalas,sayu sekali kedengaran suaranya.
          “  Terima kasih Sya sebab memahami adikku..” Balas Hakim dengan sebuah keluhan.Akhirnnya mereka hanya makan berdua tanpa kedengaran satu perbualanpun antara mereka.Hanya apabila mereka ingin pulang,Aisya mengunjukkan satu bungkusan kepada Hakim dan Hakim menerimanya dengan tanda tanya.
            “ Apa ni Sya ?”
           “ Kau bagi hadiah ni kepada Risy.Aku beli khas untuk dia.Kirim salam maaf aku untuknya.Aku pergi dulu..” Ucap Sya sambil melangkah keluar daripada restoran,wajahnya keruh memikirkan ketidaksudian Risy menemuinya.Lantas,setitik demi setitik air mata mula membasahi wajahnya.
Di rumah..
          “ Sya..Kenapa kau mesti hadir dalam hidup aku kembali ? Aku cuba melupakan segala kesakitan yang kau hadiahkan untukku,namun takku duga,Allah mengujikan lagi dengan kedatanganmu..” Wajah mulus Erisya Elyana mula dibasahi air mata sambil tangannya masih laju membelek album lama yang tertera gambar rakan sekelasnya termasuk Sya dan Faris.Mengingatkn Faris,hatiya kembali hancur.Cinta yang dibina akhirnya hancur berantakan.Meskipun hanya dia yang menyemai benih cinta.Erisya Elyana akhirnya tidur dalam kesedihan yang mendalam.Luka lamanya kembali berdarah !
Keesokan harinya...
            “ Risy ! Cepatlah ! Mummy dah nak pergi ni !” Jerit Puan Habsah sambil matanya melirik ke arah jam tangannya.
            “ Kejap mummy ! Taraa ! Cantik tak anak mummy hari ni ?” Kataku tersenyum manis.
            “ Anak mummy sentiasa cantik ! Vogue gituu ! Dah,jom ! Salam abang cepat !” Suruh Puan Habsah.
            “ Bang ! Aku pergi dulu ! Kau ingat bang,jangan bagitau sesiapa pun ! Aku tak nak benda ni heboh ! Muah ! Sayang kau abang !” Kataku membuat flying kiss.Abangku dengan serta-merta menangkap ‘kiss’ aku lalu dihumbannya dan dipijaknya.Ciss ! Aku memandang kegeraman sedangkan dia hanya tersenyum manis melihatku.
           “ Mummy ! Abang Kim jahat !” Rengekku manja.
           “ Ye lah anak manja ! Maafkan abangmu yang handsome lagi bergaya ni ya ?” Kata abangku selamba.
           “ Bang,kenapa kau suka puji diri sendiri ? Kau ni masuk bakul angkat sendiri pulak !”
          “ Bukan masuk bakul angkat sendiri dik oii ! Tapi masuk lif tekan sendiri..!” Balasnya lagi.
          “ Bang,kau punya peribahasa memang fail lah ! Dah..aku nak pergi dulu ngan mummy ! Jangan mengayat je kerja !” Balasku mengutuk peribahasa yang diberikannya.
          “ Kau pun sama dik ! Tak payah nak ‘ter’ngorat dengan sesiapa kat ofis mummy pulak ! Kau,dah ada orang ‘booking’ !”
         “ Amboi ? Bila masa aku bertunang bang oii ?”
         “ Dalam mimpi ! Kau bertunang dengan kekasih lama kau !”
         “ Siapa kekasih lama aku bang ?”
         “ Faris !!”
         “ Bang,kau memang tak makan dek saman la !” Jeritku dengan geram.
         “ Aku memang tak makan saman..Aku makan nasi dan makanan yang sewaktu dengannya.” Ciss,dia telah me ‘lowyer’ burukkan aku daa..!
        “ Dah la bang ! Aku nak pergi dulu ! Kang mummy tarik muka 36 naya aku nak pujuk !”
        “ Mummy ! Wait for me !” Jeritku dengan nada yang perlahan.
        Perjalanan ke pejabat yang sememangnya membosankan ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas aku penuhi dengan mendengar lagu dari handset kesayanganku.Mummy hanya mampu tergeleng melihat tingkahku.
        “ Fuhh ! Lepas jugak kesesakan..Mummy,Risy masuk dulu ye ? Nanti marah pulak CEO syarikat Megah Holdings ni !”
        “ Banyaklah kamu nak marah ! Habis tu,siapa orang kat depan kamu ni ?” Soal Puan Habsah dengan senyuman.
         “ Eh,lupa ! Orang kat depan Risy ni lah CEO Megah Holdings ! Mummy,i’m so sorry..”Terangku dengan sengihan memanjang.Mummy hanya mampu melihat kerenah nakal anaknya yang sorang ni !
           “ Puan..Puan nak naik lif ?” Tegur seseorang dari arah belakang.Tanpa melihat wajahnya aku terus menjawab bagi pihak mummy.
           “ Tak..kitorang nak naik cabble car ni.Tak nampak ?” Balasku selamba.
           “ Ish,Risy ! Apa la..Kuat sangat pengaruh kartun sampai otak pun dah jadi kartun !” Balas mummy dengan selamba.
           “ Ye lah Encik Faris oii..Nak naik liflah..Awak ada nampak tangga ke ?” Balas mummy dengan mesra.Demi sahaja  terdengar perkataan Faris,automatik badanku terpusing 560 darjah.Ya Allah ! Faris Ilham ! Kelihatan dia juga tergamam apabila melihat wajahku.
           “ Ya Allah..Benarkah ini wajah kesayanganku ? Wanita dambaan dan pujaanku setelah sekian lama dia menyepi,membiarkan diriku tersalut kedukaan ?” Kata-kata yang hanya terluah di hati Faris.
          “ Oh ya..Faris..Kenalkan ni Anak perempuan saya, Elyana Erisya.But she’s prefer to be called as Risy.Risy,ni Faris Ilham.Salah seorang pekerja yang berdisiplin dan menjadi anak buah kesayangan syarikat.Faris,Risy akan bekerja di bawah awak mulai dari sekarang..!
           “ Err..Aku kena kerja dengan Faris ? Mummy, i dun want to ! Help ! Tak nak..!” Jeritku dalam hati.
           “ Baiklah Puan Habsah..” Terus Faris memberikan persetujuannya. “ Kamu Elyana Erisya,ikut saya !” suruhnya dengan nada tegas.
           “ Ba..baik,Tuan Faris..” Terketar-ketar suaraku memberikan persetujuan.Perkataan ‘TUAN’ aku tekankan sedikit.Terlihat matanya yang terjongket memandangku menyebabkan aku kembali merasakan dadaku berdetak hebat.
          “ Risy..Apa lagi,ikut Faris !” Arah mummy dengan tegas apabila melihat kakiku masih tidak berganjak sedangkan Faris telah bergerak melalui tangga.Apa kejadahnya dia nak naik tangga ? Ooo,nak dera aku ya ?
            Sesampainya aku di tangga,aku mula tercari wajah kesayanganku suatu ketika dahulu.Namun,aku hairan bagaimana perasaanku dulu kini semakin hebat ? Lerai dendamku untuknya dan kerinduanku semakin memuncak setelah melihat wajahnya tadi.
            “ Risy...” Tegurnya dari belakang.
           “ Ris !” Terlepas namanya kerana ke ‘terkejutan’ yang melampau.
           “ Risy..Kau masih ingat aku ? Aku ingat kau dah lupakan aku ? Kau tau Risy..Hidup aku berlainan sejak kehilangan kau..”Luah Faris perlahan namun sempat didengari aku.Terasa ada air hangat mengalir di pipi.
          “ Ris..Aku tak pernah lupa kau.Aku tak pernah lupa seorang lelaki yang mengajarku erti cinta dan erti kelukaan.”Beritahuku dengan nada sebak yang ditahan.
          “ Risy..maafkan aku..”
           “ Sudahlah Risy..aku dah maafkan kau.Tapi,aku still tak boleh lupa apa yang kau ucapkan hari tu.Ucapan tu memang telah tersedia menyakiti aku..” Ternyata balasanku mampu membuatkan wajahnya ceria menjadi keruh.Ya Allah ! Benar aku tidak ingin melihat wajahnya kesedihan,tapi aku juga tak mampu untuk menipu diriku sendiri bahawa aku masih terlalu mencintai dia.Cuma egoku menepis untuk melupakan perbuatannya terhadapku dahulu
          “ Risy..aku akan tetap menunggu kau Risy ! Untuk selamanya aku tetap menunggu kau !” Kata Faris sambil melangkah menaiki tangga.Aku yang tercenggang dibiarkan sepi..Akhirnya aku juga mula melangkah menaiki tangga.Tanpa aku sedari,bibirku mula menguntum senyuman.
          “ Risy,aku mungkin silap 5 tahun lepas,tapi percayalah aku takkan pernah silap untuk kali ke-2..” Kata Faris perlahan di telingaku saat aku melepasi dirinya untuk memasuki pejabat.
          Aku hanya membiarkan kata-katanya berlalu dibuai angin walaupun aku terasa seperti di awan mendengar kata-katanya tadi.Aku biarkan sahaja rasa bahagia bertunas di hati dan aku harus siap untuk menghadapi wajahnya.
Beberapa bulan berlalu..
          “ Woi..bukan tu BF kau ke Risy ?” Tegur satu suara dengan mulut melopong.Pastinya Aira dan Aris.Copp,sejak bila aku ada boyfriend ?
          “ Abang Faris come on.Sit here..” Rengek satu suara manja dan pastinya menggoda.Demi mendengar Faris disebut,badan aku terus terpusing.Hampir pitam aku jadinya apabila melihat Faris dan seorang wanita yang tidak aku kenali sedang beramah mesra di hadapanku.Ya Allah,drama apakah yang sedang aku saksikan ini ? Bukankah dia telah berjanji kepdaku untu terus menugguku ?
          “ Aira..Aris..jom kita blah ? Malas dowh ku tengok gaya diorang berdua !”
          “ I know..Kau jeles kan Risy ?” Tebak Aira dengan selamab badaknya.
          “ What ? Me ? Jeles ? No way beb ! He’s nothing to me ! Apa yang dibuatnya dulu masih lagi segar dalam hatiku sayang !” Balasku selamba sedangkan hakikatnya hatiku telah mula diamuk badai amarah melihat kemesraan Faris dan ‘si dia’.
         “ Habis tu kenapa muka kau pucat ?” Tanya Aris pula.
         “ Aku demam..Dah,jom blah !” Balasku dengan kaki melangkah keluar daripada restoran segera tanpa menghiraukan Aira dan Aris.Aku hanya mmpu memandang dengan sayu apa yang dibuat Faris bersama gadis itu.Hatiku mula menangis semahunya.      
        “ Ris..sampai hati kau mempermainkan cinta aku ! Kali ni kau memang melapau Ris..! Luka lama aku yang masih belum kering sepenuhnya kembali berdarah disebabkan kau !” Bisikku lemah ke dalam hatiku.Belum sempat aku melangkah keluar daripada restoran itu,namaku dipanggil membuatkan aku berpaling ke belakang.
         “ Risy ! Jerit satu suara.Ya Allah ! Azwan Ariff ! Jiranku.
         “ Wey Wan ! Bila kau balik dari overseas eh ? Kau tak jumpa aku pun kan ?” Tegurku seolah merajuk.
         “ Sorry ah geng ! Aku baru balik,lepak ngan kawan dulu ! Nasib baik aku terserempak dengan kau ! woi,kau tak nak kenalkan aku kat kawan kau berdua ni ke ?” Balasnya sambil bertanya.
       “ Sorry beb..! Kenalkan ni Maira Aqilah dan yang ni Hanis Arisya..Tapi awas ! Diorang telah berpunya ! Kalau kau berani rampas daripada boyfriend-boyfriend diorang,aku hempuk kau dengan beg ni !” Ugutku sambil berpura membuat wajah tegang.
      “ Aik ? Aku belum kata apa-apa lagi kau dah bagi amaran ? Daripada aku rampas kawan kau yang dah berpunya,baik aku rampas kau yang masih tak berpunya..Ya tak Maira,Hanis ? Soal Azwan Arif fengan senyumn nakal di wajahnya.Aira dan Aris yang tersenyum mula terbatuk.Tidak disangka Azwan sanggup bergurau begitu dengan aku !
         “ What ? Kau kata aku still belum berpunya Wan ? Tu lah kau..Aku dah berpunya beb ! Kau ni,betapa ketinggalannya ! Haha” Ucapku sambil tergelak kuat.Azwan yng medengar hanya tersenyum.
         “ Wey,kenalkan ni makwe aku Alisya Farhanna.Kitorang baru balik dari ‘deting’.Si Alisya ni jumpa abang dia kat sini.Rindu sangat sampai tak boleh tunggu jumpa kat rumah.Sambil-sambil tu dapatlah aku kenal dengan ‘bakal’ abang ipar aku.kan Lisya ? Terang Azwan dengan panjang lebar sambil memperkenalkan makwe dia yang sememangnya cun melecun.Tapi aku rasa makwe ni bersama Faris tadi ? Apa ke halnya pulak dia dengan Azwan ni ?
         “ Lisya,kau dah siap bersembang dengan boyfriend kau ? Abang dah nak balik rumah ni.Kau tak nak balik rumah jumpa mak ayah ke ?” Tegur satu suara yang sepertinya aku kenali.Aku mengangkat wajah,mataku pantas bertemu dengan mata Faris.Ya Allah ! Faris ni abang kepada Alisya ?
         “ Kejap lah bang ! Lisya nak kenal jiran kesayangan Azwan ni ! Hai,kak..Saya Alisya Farhanna..”Tegur Alisya dengan ramah.
         “ Akak nama Erisya Elyana.Panggil Risy..!”Jawabku perlahan namun mampu membuatku Faris memandang tepat ke arahku.Alisya yang sempat menangkap perbuatan abangnya terus tersenyum sendiri.
         “ Aik bang ? Kenapa abang tenung kak Risy macam nak makan je ? Kea bang dah jatuh cinta pandang pertama ?”Usik Alisya dengan selamba.Aris dan Aira terus tergelak.Alisya yang hairan terus bertanya.Aira menjawab dengan nada sinis.
         “ Hai,mana tak kenalnya.Dari sekolah sampai kea lam pekerjaan.Tapi sayang.Abang awak ni dah buat satu kesalahan pada kak Risy dan sekarang kak Risy awak ni pula payah betul nak buka pintu hati dia..”Jawab Aira.Alisya yang mendengar terlopong mulutnya manakala Azwam tersenyum.. “Inilah rupanya jejaka yang diceritakan Risy dulu ! Semoga kau bahagia dengan cinta kau Risy..” Bisik hati Azwan.Doa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas pertemuan ini.Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada jiran kesayangannya ini.
         “ Aira...kisah lama tak baik diungkit.Eh,aku pergi dulu ek ? Bye Wan,Lisya,Aira,Aris dan Faris..Pergi dulu..”Ucapku sambil melangkah pergi,menyembunyikan wajah yang sememangnya telah tebal diusik rakan-rakan dan lebih-lebih lagi adik Faris yang baru dikenali.
         “ Eh,Aira,Aris,Lisya,Wan.Aku pergi dulu ya..Nak kejar si Risy yang dah lama merajuk dengan aku !” Faris terus meminta diri apabila melihatkan aku telah melangkah jauh keluar daripada restoran.
         “ Bro ! Semoga kau berjaya !” Ucap Aris,Aira dan Azwan secara serentak.Alisya hanya tersenyum memberikan galakan kepada abangnya.
         Faris terus berlari mengejarku yang telah jauh kehadapan.Aku yang terasa diekori terus memajukan langkah ke hadapan tanpa mempedulikan berpuluh mata yang memandang langkahku.Sebolehnya aku mahu sampai cepat ke rumahku kerana ketakutan dan rasa malu yang semakin menguasai diri.
         “Risy !!” Jerit satu suara yang kuat.Seperti pernah kudengar suara itu.Tapi di mana ya ? Aku terus memajukan langkah tanpa menghiraukan si pemanggil.Akhirnya dia tiba di hadapanku dengan termegah-megah.Astaghfirullah ! Faris !
         “ Ris ! Kenapa kau kejar aku ?”Tanyaku terkejut.
         “ Aku suka kau Risy ! Aku sayang kau dan aku cinta kau ! Dari dulu sampai sekarang hanya kau yang aku cinta !”Jelas Faris terus terang dengan wajah yang dibasahi peluh.Semestinya kerana mengejarku.Aku terus menundukkan wajah yang mulai memerah.
         “ Aku pun sama..Dendam yang aku rasakan semakin menghilang dan perasaan yang aku pendam dahulu kini kembali.Aku semakin berdebar melihat kau.Aku tak tahu mengapa..”Aku berterus terang mengenai perasaanku.Mungkin ini masanya untuk aku meluahkan perasaanku yang  telah lama aku pendam.Aku takut dia hilang dari mataku dan pergi kepada wanita yang lain.
MAJLIS PERKAHWINAN RISY & RIS,HAKIM & AISYA
         “ Risy ! Tahniah ! Aku tak sangka kau lebih dahulu kahwin dari aku ! Dah tu,serentak dengan ‘kembar’ kau !”Ucap Aira sambil tersengih.Hari ini,Aira dan Aris kelihatan cantik bersama pasangan masing-masing.Azwan dengan Alisya pula tengah sibuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.Suasana perkahwinan ini sememangnya cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakanku yang telah lama tidak aku temui.
         “ Risy..”Panggil Sya tiba-tiba.Matanya kulihat bertakung dengan air mata.Aku tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepadaku melalui sinaran matanya yang kelihatan suram.
         “ Ya..kenapa Sya ?” Soalku dengan pantas sambil berjalan menuju ke arahnya.
         “ Aku minta maaf atas semua kesalahan aku.Maafkan aku Sya..”Pinta Aisya dengan sebak.Kedengaran begitu tulus sekali ungkapan maaf itu keluar daripada mulutnya.
        “ Aku maafkan kau dan tidak ada lagi dendam aku untuk kau.Kalau kau tak lakukan apa yang engkau lakukan kepada aku dulu,mungkin aku tidak akan menemui kebahagiaan seperti sekarang dan tidak akan berubah menjadi lebih berdikari.Terima kasih Sya,bukan sebab merubah aku tetapi juga untuk membahagiakan abang kembarku,Hakim..” Balasku laju sambil cuba menahan air mata.        
         “ Sama-sama..” Dan pada saat itu juga Sy mearik aku ke dalam pelukan sehinggalah dikejutkan oleh suatu suara yang telah sah menjadi milikku selamanya.
         “ Sayang..baguslh kalau sayang dah berdamai dengan kakak ipar sayang..Alhamdulillah..Ye tak abang ?” Tanyanya dengan senyum meleret ke arah abang kembarku Hakim.Hakim terus tersenyum manis melihat perlakuanku bersama Sya.
         “ Ya Ris..Alhamdulillah..”Balasnya sambil menarik isterinya,Sya ke dalam pelukan.Sementara Faris pula memegang tanganku.Bahagia kini milik kami Ya Allah..Semoga bahagia ini kekal dan semoga tunas cintaku buat Faris mekar semekar-mekarnya.Aku juga berharap,rakanku Aira bahagia dengan Iz dan Aris dengan Aqif dan selamat membangunkan masjid seperti kami juga,InsyaAllah..Ameeenn..
Suatu ketika dulu,
Cintaku yang tulus ditolak sang pencuri hati,
Namun kini semuanya berbeza,
Kerana aku dan dia telah menemui jalan kehidupan yang sendiri,
Lorong yang penuh dengan dugaan dan cabaran itulah,
Yang menjadi pemangkin dan penghangat cinta kami..
  
               ~ TAMAT ~