Azan subuh yang sayup-sayup kedengaran
mengejutkanku daripada lena yang panjang.Semerta itu,jiwaku mula dirundung
sayu.Teringat akan dosa-dosaku yang lama yang telah membuatkan hidupku
kucar-kacir sebelum aku bertemu nur hidayah Islam.Betapa kerdilnya diriku ini
apabila teringat akan catatan perjalananku yang dipenuhi noda dan dosa.Hatiku
meruntun duka tatkala melihat golongan muda sekarang hanya mementingkan dunia
dan wang menjadi tuhan yang beraja di hati masing-masing.
Dahulu,hidupku dinodai dosa.Jiwa mudaku
bergejolak dengan nafsu menyebabkan aku terhanyut dalam memilih jalan
kembali.Mujurlah aku masih belum jauh daripada landasan Islam,aku diberikan nur
hidayah tatkala bertemu seorang insan istimewa,Ustazah
Adilah.Alhamdulillah,setelah berbagai dugaan aku lalui akhirnya aku dapat
bertemu dengan jiwa Islam dan ketenangan yang aku harapkan kini.
Suatu masa dahulu,aku bersama dua orang
temanku,Huda dan Karmilla sama-sama hanyut.Cakap sahaja kelab malam mana yang
tidak pernah kami jejaki,semuanya telah kaki kami cium lantainya.Aku mulai
berani menipu ibuku,menipu saudaraku,tuang sekolah dan menghisap rokok.Betapa
jahilnya aku ketika itu sedangkan ibuku terus menerus berendam air mata akan
sikapku.
“Humairah ! Plan kita malam ni jadi kan
?”Tanya Huda,rakan yang sama-sama hanyut bersamaku.
“Mana tak jadi ! Malam ni kau tunggu tempat
biasa,aku sampai lewat sikit.”Balasku tanpa rasa bersalah.Aku bercadang ingin
melepak di kawasan yang tidak diketahui umum bersama mereka.Aku tidak
memikirkan bagaimana ingin meminta izin ibuku kerana aku akan keluar dengan
penipuan.Tidak sabar rasanya ingin melakukan dosa dengan menipu.
Pada malam itu,aku keluar dengan berpakaian
baju kurung.Sopan,ya.Itulah persepsi orang sekelilingku,sedangkan aku menyampah
dengan persepsi sebegini.
“Maira,kau nak ke mana malam-malam ni nak
?”Soal ibuku apabila melihat tingkahku memakai kasut.
“Maira nak ke rumah kawan mak.Dia ajak
tidur di situ sambil mengulangkaji bersama.”Balasku pula,penuh kelembutan
sedangkan hatiku mulai jelek dengan lakonanku sendiri.
“Kau nak tidur di sana boleh,tapi janganlah
susahkan kawan kau ya nak.Tak baik.”Nasihat ibuku lagi.
“Baiklah bu.Maira faham.Maira pergi dulu ya
bu ? Assalamualaikum .”Ucapku penuh kepuraan.
“Waalaikumussalam.”
Aku berjalan penuh berhati-hati kerana
tidak ingin dilihat jiran.Sesampainya di satu selekoh,sebuah kereta datang
menjemputku.Huda dan Karmilla !
“Humairah.Kenapa kau pakai baju macam ni ?
Macam orang kampung tau ?!”Kata Karmilla.
“Kau ingat senang aku nak keluar rumah
kalau tak pakai macam ni ? Kau ingat aku ni nak sangat ke pakai macam ni ?
Kalau tak ingatkan aku nak kelentong orang tua kat rumah tu,memang aku takkan
pakailah !”Balasku selamba.Kata-kataku disambut dengan hilai tawa mereka.
“Kau duduk tercegat kenapa ? Masuk ! Nanti
sampai rumah aku,kau tukar baju lepas tu kita gerak !”Karmilla mula
mengeluarkan arahan dengan wajah yang diseriuskan.Aku masuk ke dalam kereta itu
bersama beg yang berisi pakaian.Karmilla mula menggerakkan keretanya ke arah
rumah yang disewanya bersama beberapa rakan.Hakikatnya,dia mengikuti rakannya
dan mencari kerja untuk menyara dirinya setelah dia melarikan diri daripada
rumah !
“Welcome to my paradise,Humairah !”Kata
Karmilla dan Huda serentak.
“Oh,thank you ! Aku tak pernah sangka rumah
ni syurga kau ! Sayang kau berdua !”Jeritku tanpa menghiraukan jiran-jiran yang
mendengar.Tiba-tiba ada suatu suara yang menegur kami dengan lembut.
“Nak,perlahankan suara kamu.Jiran-jiran
lain nak tidur.”Katanya.
“Mak cik apa kisah ? Ini rumah kami.Suka
hati kamilah ! Kami yang bayar sewa,mak cik menyibuk kenapa ?!”Balas Huda
dengan nada kuat.Mak cik itu kelihatan terkejut sebelum kakinya bergerak menjauhi
rumah.Aku,Huda dan Karmilla hanya mampu bersorak kemenangan !
“Dah,kau pergi tukar baju ! Lepak tu kita
chow pergi tempat lepak kita !”Arah Karmilla.
“Ok,bos !” Sahutku.
Setelah selesai aku menukar baju,kami pun
mulai bergerak keluar daripada kediaman Karmilla dan Huda disaksikan oleh jiran
yang menegur ketidaksopanan kami tadi.Sepanjang perjalanan,kami berbual dengan
suara yang keras.
“Wei,Huda.Berani kau tengking mak cik tadi
ya ?”Aku bersuara.
“Ahh,siapa suruh menyibuk ! Selalu menyibuk
hal kami.Aku rimas tau ?”Balas Huda disertai anggukan daripada Karmilla.
“Kau memang terbaik Huda ! Aku bangga ada
housemate macam kau !”Kata Karmilla dengan senyuman manis.
Entah kenapa,apabila melihat Huda
menengking mak cik itu,hatiku mulai membara.Walaupun aku selalu menipu
ibuku,tetapi aku tidak pernah menengking,jauh sekali mengherdik.Hanya
kepura-puraan sahaja.Aku tidak setuju dengan kata-kata Huda dan Karmilla tetapi
mulutku tetap berkunci rapat untuk menegur.Akhirnya,aku mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri.
“Kau kenapa Humairah ?”Tanya Karmilla.
“Aku pening.Aku nak rehat.Bila sampai kau
kejutkan aku ya ?”Pintaku.Karmilla dan Huda memandang dengan hairan tetapi
tetap menganggukkan kepala.
Aku kembali memejamkan mataku.Dengan satu
nafas yang berat,keluhan tanpa suara aku keluarkan demi untuk memantapkan mutu
lakonanku.Huda memandang dengan pandangan curiga.Karmilla menumpukan
perhatiannya terhadap pemanduan.Dikejutnya aku setelah tiba di kawasan yang
dijanjikan.
“Humairah.Bangun,kita dah sampai !”Kejut
Karmilla dengan kuat.Aku mula membuka mataku.Eh ? Di manakah ini ?
“Humairah,kita ni nak pergi melepak kan ?
Tapi bila aku tengok kau pening kepala,aku tukar plan ! Kita jejakkan kaki kita
ke disko pulak !”Jerit Huda dengan gaya menggoda.
“Bagus kan ?”Tanya Karmilla.Aku hanya mampu
tersenyum dan terus tersenyum.Akhirnya,aku dan kawanku terus masuk
kedalamnya.Jika kebiasaanya aku sangat suka menari,tetapi hari ini aku tiada
keinginan untuk menari.Karmilla dan Huda berlalu meninggalkan aku untuk menari
bersama dua orang jejaka tampan.
“Nak..”Tegur satu suara.Aku terus berpaling
dengan gaya pusingan jam.Aku terlihat seorang wanita bertudung labuh di
sebelahku.
“Aik ? Dari mana datangnya ‘ustazah’ ni ?
Tak takut orang pandang serong kat dia ke ?”monolog diriku sendiri.
“Nak,mak cik nak minta tolong sikit boleh
?”
“Minta tolong apa mak cik ?”Balasku
kembali.
“Mak cik ni masuk ke sini mencari anak mak
cik.Dah lama dia menghilangkan diri.Tadi mak cik terserempak dengan dia.Boleh
tak anak ni tolong tengok-tengokkan anak mak cik ?”Pinta wanita separuh umur
ini.
“Kenapa saya mak cik ?”
“Mak cik nampak dia datang dengan anak
tadi.”Kenyataannya membuatkan aku terkejut.
“Tapi..”Belum sempat aku menghabiskan
ayatku,mak cik itu pun mengunjukkan satu keping gambar kepadaku.Mataku mulai
menjelajahi seluruh gambar itu.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat
Karmilla terpapar di dalam gambar ini.
“Jadi..Mak cik ni emak Karmilla ?”Tebakku.
Anggukan yang diterima membuatkan aku
terlopong sendiri.Tidak mempercayai bahawa wanita separuh umur,bertudung labuh
ini emak Karmilla ? OMG !
“Mak cik.Saya boleh tolong tengokkan anak
mak cik.Tapi boleh tak mak cik ceritakan kepada saya kenapa Karmilla melarikan
diri daripada rumah ?”Tanyaku sambil melihat Karmilla dan emaknya silih
berganti.Wajah emaknya putih bersih dan terdapat..cahaya..ya,cahaya yang
bersinar di wajahnya.
“Sebenarnya mak cik ni seorang ustazah di
kampung.Nama mak cik Ustazah Adilah.Karmilla sebenarnya anak yang baik.Mak cik
didik dia dengan ilmu agama yang cukup agar dia tidak terjerumus dalam lembah
kedosaan kerana mak cik tidak ingin melihat dia hidup dalam kegelisahan.Tapi
mungkin salah mak cik kerana kurang mengambil berat akan pergaulan Karmilla
sehingga Karmilla berubah daripada gadis yang baik dan disenangi ramai menjadi
gadis liar dan sosial.Karmilla terus-terusan menjadikan alasan bahawa
rakan-rakannya telah mempengaruhi fikirannya sehingga dia mengambil keputusan
untuk meninggalkan rumah tanpa meminta izin.Seminggu mak cik demam rindukan dia
nak.Bila mak cik melihat dia masuk ke sini,mak cik terus mengekori anak-anak
semua.Tapi mak cik lebih suka meminta pertolongan daripada anak ni kerana anak
ni kelihatan baik.Mak cik tidak suka melihat rakan di sebelahnya.Kelihatan
terlalu liar.”Cerita emak Karmilla dengan nada sebak.Serta merta menuntut air
mata daripadaku mengingatkan segala dosaku.
“Baiklah nak.Mak cik terpaksa pergi.Nanti
kalau Karmilla nampak susah.Ini alamat rumah dan nombor telefon mak cik.Kalau
ada masalah,datang jumpa mak cik.Tolong jagakan Karmilla untuk mak cik ya
?”Pesannya lagi sambil menghulurkan secarik kertas.Aku hanya memandang kosong
ke arah kertas itu sebelum menyambutnya lalu kepalaku tanpa sedar mengangguk.Mak
cik Adilah pun mula melangkah keluar daripada disko dengan membawa
penyesalanku.Sememangnya aku agak menyesal kini.Akhirnya,keriuhan disko ini
membuatkan aku kembali berfikir,adakah ini jalan hidup yang aku inginkan.Aku
melangkah keluar daripada disko ini dan mula berjalan tanpa mengetahui arah
tujuanku.
Sayup-sayup kedengaran azan Isyak yang
membelai jiwa.Azan itu menenangkan aku yang sekian lama kegusaran dalam mencari
sinar.Azan yang menenangkan hatiku,membelai jiwaku.Tanpa sedar,air mataku
menitis laju membasahi bumi.
“Humairah ! Cepatlah.Aku dah tak tahan
ni.Mengantuk !”Jerit Huda dalam mabuk.Suaranya kedengaran kerana aku tidak
berjalan terlalu jauh.Aku pantas berpaling dan melangkah ke arah
kereta.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Huda dan Karmilla bercumbuan
bersama lelaki-lelaki yang menari bersama mereka tadi.Melihat aku tiba,mereka
segera meminta diri dalam nada paling manja.
“Ila pergi dulu bang..Sayang abang !”Kata
Karmilla dengan manja sambil mencium jamari lelaki terbabit.Loya tekakku
melihat adengan mesra yang ditunjukkan.
“Huda balik dulu ya sayang..Nanti kita
jumpa lagi”kata Huda manja.Lelaki tersebut hanya tersenyum sahaja memandang
Huda.Jelek ! ya,sangat jelek ! Aku yang melihat bertambah meluat.
Di sepanjang perjalanan,aku hanya berdiam
diri sedangkan mereka berdua rancak berbual mengenai lelaki-lelaki yang menari
bersama mereka.Hampir aku termuntah mendengar setiap pujian yang keluar
daripada mulut mereka.Bagi aku,lelaki sebegitu tidak layak dipuji kerana sikap
mereka lebih galak di luar.
“Humairah.Kau kenapa ? Senyap je ? Dahlah
tadi macam pelesit,hilang macam tu je..”Tanya Huda apabila menyedari
kebisuanku.
“Jangan risaukan aku Huda.Nanti aku
sihatlah.Kau tidurlah kalau kau rasa letih.”Balasku dengan senyuman
hambar,menyembunyikan perasaan sebal di dalam hati.
Karmilla hanya diam membisu,meneruskan
perjalanan dengan perlahan.Dengan situasinya yang sedikit mabuk,mana mungkin
aku membiarkan dia membawa kereta.Mati katak nanti.Akhirnya...
“Karmilla.Kau rehat . . Biar aku yang bawa kereta malam ni.Aku risau
ni.Kau mabuk ! Karang mati katak,tak sempat bertaubat pulak..”Ucapku
perlahan,namun penuh sinis.Karmilla segera memberhentikan kereta di bahu jalan
dan keluar mengambil tempatku manakala aku duduk di tempat pemandu.Dengan
segera,kakiku menekan pedal minyak dan keretapun membelah keheningan malam.