“Risy ! Lamanya aku tak jumpa kau ! Rindunyaaa aku
!”Jeritan itu cukup membuatkan Risy berpaling ke belakang,tersenyum manis
wajahnya apabila melihat rakan baiknya Aira,dibelakangnya.Dengan hanya
selangkah,mereka telah berdiri berdepan,bersedia untuk saling memeluk.
“ Hey,kau ada nampak Aris tak ? Janji
nak masuk kelas sekali kan ? Setahu aku kita sekelas tahun ni ?”Tanyaku setelah
saling menanyakan khabar,almaklumlah,sebulan cuti sekolah beb !
“ Aris ? Ntah lah,dia tak sampai lagi kut
? Eh,tu bukan dia ke Risy ?”
“ Ha’ah la..jom kita pergi ke sana ! Aris
! wey,Aris..tunggu kitorang !”aku menjerit.Setelah itu,mereka terus berlarian
mendapatkan Aris yang sedang menunggu mereka.Terpancar sinar kegembiraan di
wajah masing-masing.
“ Hey ! Iz lahh !” Bisiknya Aris tiba-tiba.Secara
mendadak,aku dan Aira terus berpaling ke arah yang ditunjukkan Aris,tahu bahawa
Aris masih meminati jejaka itu.
“ Aris,Aris..Kalau kau suka Iz,kau
pergilah confess kat dia yang kau suka dia.Mana tau dia pun suka kau ?” Tambah
Aira sebelum Iz tiba di hadapan kami.
“ Aku seganlah wey ! wey,wey,dia datang
sini ! syhh !” Balasnya dalam nada kalut.
“
Assalamualaikum,hai Risy,Aris,Aira..! Korang buat apa kat sini ? Tak masuk
kelas ke ?”tegur Iz tiba-tiba.
“
Waalaikumussalam,hai Iz.Kitorang tengah bawak kereta ni,tak nampak erk
?”Balasku selamba dengan loyar burukku.Aku ni memang jenis loyar buruk,tapi
sensitif ! Aris mencerlungkan matanya ke arahku,tanda tidak suka aku me‘lawyer
burukkan’ lelaki idaman dia.Aku peduli apa,dah dia buat-buat buta tak nampak
apa yang kitorang buat.
“ Waaa..! Risy tengah bawak kereta larr
! Nak tumpang jugak ! Kereta apa ? Kereta sorong ?”balasnya balik.
“ Wey,wey..! Aku tak mainlah kereta
sorong ! Kereta aku kereta yang paling tip top beb ! Mini Cooper tuh!”Balasku
dengan megah.
“ Alah,kau Mini Cooper,aku Ferrari !
lebih hebat dari kau bro !”
“ Eleh,lantak kau lah Ferrari ke apa
ke,ada aku kesah ?”
“ Ada aku kata kau kisah ker ?”Hah,ayat
nak gaduh dengan aku lah tu.
“ Woi ! Aku pelengkung dua-dua nanti
kan ! Stop ! berenti gaduh !”Hah,suara mem kita dah bunyi dah.Saper lagi kalau
bukan si Aris.Agaknya,dah habis tahap ke ‘jelesan’ dia tengok aku gaduh ngan
jejaka idamannya ! haha.
“ Ok,bye bye Cik Risy comel, Cik Aris
yang cantik dan Cik Aira yang manis,saya pergi dulu yer..”Hah ! dia pun kuat
loyar buruk ! huh..
“ Risy,kau tahu tak aku jeles giler
ngan kau ? sampai hati kau buat camni kat aku..” Kata Aris.
“ Alah,Aris.relekslah..Tadi dia
panggil kau CANTIK ok ? nak jeles lagi ke ?”Balasku dengan tegas.Setelah
itu,aku lihat Aris tersipu malu.
“ Eh,Risy..Tu bukan Aqif ehh ?
Waa..dia dah berubah lah,,Dah nampak lagi hensem !” Jerit Aira
tiba-tiba.Kussh,semangat..boleh pulak minat ni pergi menjerit kat sini ? Memang
nak kena pelengkung kot ?
“ Woi,yang kau menjerit apasal hah ? kau nak kena hempuk dengan buku kat tangan aku ni ?!” Tanyaku dengan wajah dan suara yang garang.Kesian..merah padam muka budak ni kena jerkah ! wahaha,jahatnyer aku ni !
“ Wey ! Aqif ! Meh arr join dengan
kitorang ni ! Kitorang tak ada geng ni !?” ku mengajak si Aqif,sedangkan niat
aku nak bagi si Aira ni tunjuk mula merah dia ! comel ! Hahaks..!
“ Sory geng ! Aku kena caw dulu !
Kelas menunggu akuuu ! Yeahha !”
Baru ajak lepak dah lari..tak gempak
larrr budak ni ! Ceitt,plan aku tak menjadik ! Baik aku pun pergi sebelum si
Aira ni kejar aku..
“ Erisy !!” Hah ! jeritannya sudah
mampu ku dengari walaupun dalam jarak sehasta.Ok,One,two three “ Lariiii !!”
Aku sudah tercicit lari dan si Aira pulak dah bersedia mengetahui bahawa aku
akan melarikan diri,terus mengejarku dari belakang.Aris hanya menjadi
pemerhati.Dalam dok sibuk mengejar tu,aku terlanggar la pulak seorang mamat
ni.Aduyaii,malu siot.
“ Err,maafkan saya..Awak sakit ke ?”
Tanyaku dengan prihatin tambah gugup.Uish,sekali dia pandang,senyum macam
tu..cair wa der..!
“ Eh,tak apa awak..Biasa la
kadang-kadang kita ni terlanggar kan ?” Balasnya mesra sambil memandang ke arah
mataku membuatkan aku tersipu malu.Aira di sebelahku bertindak memerhati dan turut
memandang jejaka itu.
“ Err,tak apa lah awak..Kami nak masuk
kelas ni..Jumpa lagi,bye !” Katanya sambil melambaikan tangannya kepadaku.Ya
Allah..! Indahnya ciptaanmu..Cinta monyetku..hehe
“ Eh,korang..Jom masuk kelas..!”
Ajakku dengan nada bersahaja sedangkan hati aku stil lagi dup dap dup dap.Risy
! jangan..kau tak boleh jatuh cinta Risy ! Kalau kau jatuh cinta,sure kau akan
kecewa punya ! Tengok lah kau,kasar macam lelaki.Berkawan baik dengan
lelaki.Tak mungkin orang se ‘hensem’ dia akan jatuh cinta dengan kau..
“ Wei,kau berangan ke ? Meh lah masuk
kelas sayang !” Jerk,geli geleman aku mendengarnya.Sebagai habuan dia memanggil
aku sayang,aku hadiahkan satu cubitan,khas untuk dirinya.Hehe.Kami pun berjalan
beriringan menuju ke kelas sambil berbual-bual.Sampai di hadapan kelas
Tingkatan 5 Sains 2,secara automatiknya,kami berhenti di hadapan pintu kelas
dan melangkah ke dalamnya.
“ Cop ! aku ambil tempat ni !” Dengan
selambanya kami membuat bising tanpa mempedulikan pelajar lain.Setelah mencari
tempat duduk yang sesuai,kami pun mula duduk tanpa memikirkan sesuatu yang
ajaib bakal berlaku.
“ Assalamualaikum,murid-murid..” Aikk
? Seperti kukenal suara itu,tapi dimana ye ? Aku segere berpusing 189 darjah ke
kanan memandangkan aku duduk berhampiran pintu masuk,cehh..Cikgu Aqilah
rupanya.Ku fikirkan siapa,cikgu kesayangan aku..hehe
“ Waalaikumussalam..Cikguu ! Lamanya
tak jumpa cikgu,hehe.Rindu la dengan cikgu !” Aku menegur Cikgu Aqilah dengan
selamba tanpa menghiraukan berpuluh-puluh mata yang sedang memandang.Pandang
lagi,aku cucuk dengan pen.Jadilah Kasim dan Kasih Selamat.Haha,kesian
diorang.Dapat classmate macam aku,pasni comfirm sorang-sorang masuk hospital.
“ Hey,Risy..Apa khabar ? Lama cikgu
tak dengar cerita tentang kamu ? Sihat sayang ?” Hah,kan aku dah kata aku ni
anak murid kesayangan cikgu Aqilah ! hehe
“ Alhamdulillah..Sihat cikgu,cikgu ?”
“ Sihat,ok semua murid-murid.Duduk di tempat
masing-masing.Cikgu nak aturkan tempat kamu semua.”
Terdengar keluhan secra spontan
daripada rakan-rakan sekelas yang lain.Nampak sangat diorang tak suka,sama
macam aku ! Tak suka,Tak suka ! Mesti aku duduk kat depan ! Ish..
“ Ok,Faris Ilham,Aqif Hanif dan Akmal
Fariz duduk di barisan hadapan sekali.Belakangnya Elyana Erisya,Maira Aqilah
dan Hanis Arisya.Barisan ketiga Amir Syazwan,Badrul Hakimi dan Syakirin
Ilyas.Barisan ke-empat pula Aisyah Amilia,Aimi Najihah dan Arifah elliana.Dah !
bergerak ke tempat masing-masing.!” Dengan tegasnya cikgu Aqilah bersuara.Faris
Ilham ? Siapa dia eh ?
“ Aqif,Iz ! Dapat jugak kita duduk
depan belakang macam ni ! Macam ni la baru namanya geng beb ! Eh,ni ke Faris
Ilham ?”Tanyaku kepoh,tak sempat lagi diorang duduk.Tak nyempat-nyempat.
“ Ha’ah..”Balas satu suara.Eh ? Suara
ni ? Bukan ke ?
“ Kau ?!” Spontan aku bertanya dengan
suara yang agak kuat.Semua mata tertumpu ke arahku,Aduhh,malunya..
“ Yang korang tengok aku pehal ? Aku
bukan alien la wey ! Stop tengok aku macam aku ni alien tahap makhluk
Pluto.”Aku berkata secara bersahaja.Semua isi kelas mula mengalihkan
perhatian,mencari tempat duduk masing-msing yang telah dinyatakan.Aku dapat
menangkap senyuman Faris Ilham.
“ Hai,saya Faris Ilham.Boleh panggil
Ris..”
“ Aku Elyana Erisya,panggil
Risy”Balasku dengan suara mendatar
“ Kenapa Risy ? Kenapa tidak Yana ?
Cantik bukan ?”
“ Eh,suka hati aku lar.Nama aku yang
kau panggil ! Aku tak suka orang panggil aku Yana !Titik !”Balasku tegas.
“ Ris,kau jangan cari pasal dengan
minah ni.Handal beb ! Pendukung silat tu wey ! Dia tak suka orang panggil dia
Yana,dia jenis kasar sikit.”Jelas Aqif secara perlahan.
“ Lagipun,dia tu bestfreind kami.Kami tahu perangai dia macam mana.Luarannya saja
nampak kasar,tapi hatinya tetap seperti seorang perempuan,sensitif dan amat
mudah terasa.” Tambah Iz kepada Faris.Kali ini aku melihat Faris terangguk-angguk
sendirian,mengerti mungkin dengan penjelasan Aqif dan Fariz.
“ Sory Risy.Saya tak tahu..”katanya
seolah-olah berasa bersalah yang amat.
“ Nak sory,hang pi blah !” Jual mahal
beb.
“ Ok lah,saya pi blah la ni,tapi depan
ni je lah ye ? lepas tu awak maafkan saya tau ?”
“ Ok lah,aku maafkan kau..!” Perkataan
aku tuh macam bawa sinar baru pada dia pulak.Dah tak ada garis-garis bersalah.
“ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
“ Thank awak ! Sayang awakk..!”Katanya selamba
“
Wei,wei...! Sayang mayang tak main erk ?! Aku hentam kang !”
“
Ala,rileks lah ! Chillex beb ! hehe” Alamak..dia dah mula senyum,Ya Allah,dup
dap dup dap rasanya hatiku ini.Oh,indahnya.
“
Ehem,sampai bila korang nak bergaduh kat sini ? Boleh tolong duduk tak ? Cikgu
nak periksa kehadiran ni !” Kata guruku dengan wajah yang tegas,sebenarnya tak
ada lah tegas sangat ! Hehe
“ Sory cikgu ! Terlebih excited pulak
gaduh dengan budak tak cukup umur ni !” Aik ? Apahal ada dua suara pulak ni ?
Aduh,sekali aku dengan dia ‘ter’cakap benda yang sama pulak la.Malunya,satu
kelas dengar.Aku tengok,Sya & The Geng tengah senyum sinis kat
aku.Haha,teringin nak jadi Kasih Selamat ke cik kak ?
“ Dah ! Korang ni macam anjing dengan
kucing pulak cikgu tengok..Dah,duduk ! Ok semua.Siapa yang kamu semua undi
untuk menjadi ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan ni ? Sila berikan
nama calon pilihan.” Kata guruku.
“ Cikgu,saya pilih Faris Ilham sebagai
ketua !” Aqil bersuara.
“ Saya pilih Akmal Fariz !” Suara
Badrul kedengaran.
“ Saya pilih Amir Syazwan !” Suara Iz
pula kedengaran.
“ Ok,sudah ! Guys,siapa undi Faris
Ilham jadi ketua ?” mataku mula melilau melihat siapa yang mengangkat
tangan.Wow ! Hampir satu kelas ! Famous amat ! Hot stuff la budak ni !
Hoho,bertuah aku duduk belakang dia ! Ceitt,menumpang populariti lah aku ni !
“ Ok,sekarang penolong ketua
tingkatan..”
“ Saya sokong Elyana Erisya !” Aik ?
Sejak bila Aira angkat tangan ni ?
“ Saya sokong Aisyah Amilia cikgu !”
Aimi menjerit
“ Saya nak Hanis Arisya !” Aira
bersuara buat kali kedua.
“ Ok,cukup ! Siapa yang sokong Elyana
Erisya ? Angkat tangan !!”
“ Kitorang !!” Aik ? Apasal suara cam
riuh je ? Aiyokk ! Satu kelas angkat kecuali Sya & The geng ! Biasalah,aku
kan ‘fofular’.Hahax !
“ Ok,Faris Ilham ketua dan Elyana
Erisya penolong ! Tak ada pertukaran ! Keputusan muktamad !
Klapp,klapp,klapp..Aik ? Ada lagi yang tepuk tangan ? Waa,terbaikk ! Sporting
la budak-budak ni ! I like !
2 minggu kemudian..
“ Wey,Risy ! Cepatlah ! Lambatlah kau
ni !” Faris menegurku
“ Chillex luuu beb ! Kau ni,sabar itu
separuh daripada iman..” Khutbahku sudah bermula.Aku melihat Faris hanya
tergeleng-geleng.
“ Kau tau ? Ni first time aku jumpa
budak macam kau ! Bersifat kelakian tapi berperangai budak !”
“ Biasa lah,aku kan berbeza dari yang
lain ! Istimewa lah katakan..”
“ Kau memang,tak boleh dipuji langsung
! Aku sepak karang..?!”
“ Buat kalau kau berani.Aku kasi kau
tumbukan,tamparan dan sepakan.Kita bertanding yang mana paling sakit.Risy Vs
Ris ! Amacam ? Ok tak idea aku ?”
“ Terbaikkk sayang !” Ceiittt,dia buat
perangai dah !
“ Woi,woi ! Aku dah bagi warning kan
jangan panggil aku sayang ?! Sengal telinga aku dengar tau ?” Jerkahku.
“ Alaa,rilekslah.Abang gurau jer !”
Mengada ! Dush,hah.Amek kau ! Kan dah kena tumbukan aku.
“ Aduhh,wey ! Aku gurau je lah derr !
Yang kau sensitif kenapa ?” Balasnya sambil memegang lengannya,bekas
tumbukanku,baru di rasakan tumbukan Risy yang comel ni ! Hehe..
“ Kau gurau tak kena tempat..aku..”
Belum sempat aku bersuara lebih lanjut,satu suara mengejutkan aku.
“ Haaa ! Deting tak ajak aku ! Sampai
hati..! BFF apa kau ni ?” Rungut Aira dan Aris serentak.
“ Laa,dah namanya deting.Buat apa nak
ajak kau ? Buat menyemak je.Kan Ris ?” Faris hanya angguk mengiakan.Kan ? Dia
ni sekepala dengan aku !
“ Ris..! Kat sini kau ? Kitorang puas
cari kau kat dalam tadi,rupanya kau tengah syok berbual kat sini erk ?”Aik ?
Sejak bila si Aqif dan Iz datang ni ? Semakin menyemak dowhh,hehe.
“ Jom,join kitorang..!” Ajakku dengan
selamba tanpa menghiraukan Aira dan Aris yang tengah saling berpadu untuk
menyerang aku dengan jelingan.Haa,idea nakal aku dah mai dah.Siap korang.
“ Yang korang berdua jeling aku apahal
? Menjeling-menjeling,sampai menjadi juling..Hahaha” Lepas ketawaku,berpadu
pula dengan suara ketawa daripada Faris,Iz dan Aqif.Muka masing-masing aku
nampak merah giler ! Sah,memang diorang malu.Ok,one two three..
“ Lariii !” Jeritku perlahan sambil
berlari mengelilingi bulatan yang kecil tu.Si Aris dan Aira ni pulak macam dah
kempunan sangat nak kejar aku,so bila aku lari diorang pun kejar.Jawabnya,main
kejar-kejarlah kitorang hari tu.
“ Ok,cop..cop..Aku penat gilerr weyh !
Dah la kejar aku..please ??” Rayuku dengan wajah comel.comel ke ?
“ Dah,tak payah buat muka comel ! Aku
tau kau memang dah comel ! Tak per,kitorang maafkan kau,but for the time
sake,kau memang selalu sakat aku dan Aris ! Kau tak rasa kesian ke kat aku
dengan dia ?”
“ Tak,sory..” Hehe,peace kawan-kawan..
“ Kau !!” Serentak diorang saling
berpadu mencubit aku.Huh,apa ni beb ! Lebamlah akuuu ! Taakkkk,aku tak
relaaa...!
“ Woii ! Sakit larr..!” Jeritku
memohon simpati.
“ Tau pun..” Serentak mereka menjawab.
“ Korang,dah lah..! Aku tengok korang
bukan macam BFF,macam musuh ketat pulak,sama macam Risy dengan Ris ni !” Tegur
Iz.
“ Biasalah,gurauan membawa kebahagiaan,mengeratkan
silaturrahim..” Jawab kami bertiga serentak.Tu memang tagline kami kalau orang
kata macam tu,ayat popular kami tuu !
“ Sukati korang lah.. ! Kitorang nak
pergi makan..Nak join tak ? Kalau tak nak kitorang chaw dulu,kalau nak kitorang
‘tidak’ mengalu-alukan kedatangan korang !”kata Iz selamba.
“ Amboi,Iz..Sejak bila kau jadi jahat
giler dengan aku ni ? Ni ke namanya BFF ? Sampainya hatimu,membiarkan diriku,hancur
menjadi abu..”Sempat aku menyanyi.Haha,padan muka !
“ Ok,stop..Aku tengok awam dah mula
mendung tanda-tanda nak hujan plus dengan guruh petir lagi dengar kau nyanyi ni
! Kalau ada dinasour kat sini,mati dinasour tu dengar tau !”Waa,ini sudah
melampau derr..!
“ Woi,Ris..kau ni buta sejarah ke ?
Aku rasa kau paling tinggi sejarah kat dalam kelas kita ?”Tanyaku pura-pura.
“ Apahal pulak ?” Masuk dah perangkap
aku !
“ Dah kau tak tahu dinasour tu dah
lama pupus..Memang sahlah kau buta sejarah ! Apa ni derr,buat malu aja
!”Balasku selamba.Usikanku pantas mendapatkan gelak tawa daripada rakan-rakanku
yang lain.Oh ye,lupa pulak..Si Aira dan Aris ni sekarang dah jadi kawan baik Iz
dengan Aqif,mana taknya.Aku yang asyik kenenkan diorang,last-last sangkut
jugak.
“ Kau ni ! Malas aku layan..huh !”
“ Aku tak suruh kau layan ! Wekk !” Aku
menjelirkan lidahku,membakar hatinya dengan lebih kuat.
“ Risy !!” Hah,bengang dah ‘musuh’ a.k.a
kawan baik aku ni !
“ Apa ?” Balasku selamba.
“ Arghh ! Kau memang !”
“ Memanglah aku lapar,dah jom pegi
makan..”Balasku menarik tangannya selamba.Aku tengok dia mula senyum
kembali,dah sejuk lah tu.Kan ? Kejap je dia berangin dengan aku !
“ Kau ni kan Risy,memang
nakal.”Komennya tanpa rasa malu
Beberapa bulan kemudian ...
“ Sya,saya nak jumpa awak kejap kat
tepi makmal lepas balik ni boleh ?” Pinta Faris perlahan.
“ Boleh,tapi awak tak takut girlfriend
awak marah ?” Tanya Aisya dengan senyuman manis.
“ Maksud awak Risy ? Dia kawan baik
saya lah.Jumpa petang ni yer Sya ? Saya ada surprise untuk awak !” Balasnya
lagi.
Di Makmal...
“ Sya,saya suka awak..Agaknya boleh
tak kita couple ?” Tanya Faris tanpa silu.
“ Boleh..saya pun suka
awak..”Malu-malu Sya menjawabnya sedangkan hatinya ketawa bagai nak rak.Padan
muka kau Risy ! Tak sedar diri punya pompuan !
“ Thank Sya..Tapi saya nak kita
rahsiakan dulu boleh ? Tak nak lah heboh-heboh..”
“ Ok,demi Ris..”
“ Sayang awak Sya !”
“ Sayang awak jugak Ris..”
Tanpa disedari mereka,ada sepasang
telinga telah mendengar segala perbualan mereka.Wajahnya seakan tidak percaya
dengan kata-kata yang telah Faris ucapkan.Ya Allah,tabahkan hatiku !
“ Risy ! Kau buat apa kat sini ? Kau
skodeng mamat hensem eh ?” Tegur Aira selamba.
“ Skodeng hotak kau ! Tak nampak ke
aku tengah kemas barang ni ?” Balasku dengan nood yang telah hilang.Tidak
kusangka Ris,lelaki yang aku minat dan sanjung selama ni boleh ‘TER’jatuh hati
dengan minah songeh sorang tu !
“ Sabar Risy,sabar..”Ucapku sendiri.
Sejak hari itu,hubungan persahabatan
aku dengan Faris agak dingin.Aku dan dia hanya bercakap berkaitan
tugas,pelajaran ataupun bertanya khabar sahaja.Pandangan Sya &
rakan-rakannya turut sama merimaskan aku.Mana taknya,asyik menjeling aku.Ok
fine,aku tahu aku comel,tapi tolong jangan pandang aku macam tu.Faris pun macam
menjauhkan diri dari aku.Ye lah,dia kan dah ada girlfriend.Siapalah aku
sekarang di matanya.Sehinggalah satu hari aku terima panggilan daripadanya.
“ Risy,aku nak jumpa kau petang ni
jugak ! Penting !!” Ujarnya ketika panggilannya aku sambut.Tapi aku
hairan..Kenapa suaranya seolah-olah menahan getar kemarahan ?
“ Ok,petang ni tempat biasa..”Balasku
selamba.
“ Good ! Pastikan kau datang tepat
pada masanya.Mungkin ini pertemuan terakhir kita..”Balasnya dingin.
Wait..Pertemuan terakhir ? Apa maksud
dia ? Petang ni aku akan tahu jugak !
Petang itu di tempat yang
dijanjikan..
“
Assalamualaikum..Kenapa kau nak jumpa aku Ris ?”Balasku membuka mukaddimah
perbualan.
“ Kau tentu lebih tahu kan ?”
“ Aku tak faham maksud kau !” Balasku
berani
“ Kau tak payah pura-pura innocent lah
Risy !!” Tengkingnya tiba-tiba
“ Apa maksud kau ?” Tanyaku,terkejut.
“ Kau buat apa dengan Sya ? Kau tampar
dia,kau ugut dia suruh dia tinggalkan aku Risy ? Aku tak sangga kau macam ni !
Sampai hati kau !” Jeritnya lebih kuat.Mujur kami di tempat yang tersorok.
“ Bila masa pulak aku buat macam tu
kat ‘manis hati’ kau hah ?!”Tengkingku dengan mengejut.Terkedu dia melihat aku
!
“ Dia kata kau suka aku sampai kau
sanggup buat macam tu ! Perempuan jenis pa kau ni Risy !! Aku sangka kau ni
sahabat baik aku ! Tapi kau pengkhianat ! Pengkhianat Risy !”Balasnya.Kau nak
uji ‘power’ darah aku ni mendidih ye laki !
“ Woi,tak ada maknanya aku nak buat
camtu kat ‘heart fruit’ kau tu ! Kalau aku suka kau kenapa ? Wey,kalau aku suka
kat seseorang,aku takkan suka kat jantan dayus macam kau ! Sewenang-wenangnya
menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh lagi nyata !! Kalau aku
pengkhianat,sudah lama aku bongkarkan rahsia kau yang satu ni ! Kau ingat aku
tak tahu kat mana kau ajak dia couple dan tarikh kau couple dengan dia ?”
Berangku sudah boleh dilihat,asap berkepul-kepul kat atas kepala dan dari
telinga aku ni ! Mataku menyerlung wajahnya dengan garang.
Wajah Faris pucat kelabuan,kalau
ditoreh pun tak mengeluarkan darah,darah merah ke,darah putih ke,darah biru ke
aku tak kisah ! Aku dah mula berangin dengan mamat sorang ni !
“ Faris,kau patut tahu siapa yang
betul dan siapa yang salah.Kau sepatutnya dah kenal aku,perangai aku.Kau
kecewakan aku Ris.Mulai hari ni,aku tak kenal sesiapa yang bernama Faris Ilham
lagi ! Anggaplah aku dah mati Ris ! Jangan cari aku lagi
Ris..Assalamualaikum” dengan perasaan
sebak,aku melangkahkan jua kakiku.Tidak kusangka,lelaki yang aku cintai dalam
diam tidak pernah menghargaiku,tidak pernah mempercayaiku.
“ Faris ! Apa kau dah buat ni ! Kenapa
kau sakitkan hati dia hah ?!” Jerkahan yang kuat itu membuatkan dia terpaling
ke arah punca suara itu.
“ Iz,Aqif,Aira,Aris..Dia dah tampar si
Aisya tu ! Takkan kau nak back up budak tu ?!”
“ Kau silap Ris,kau silap !! Risy
takkan buat macam tu ! Kau apa tahu ? Baru kawan dengan dia tak sampai pun
setahun ! Kitorang dah lebih setahun.Tapi,masa first-first kitorang kawan dengan
dia,kitorang tak pernah serapat kau dengan dia ! Kau,orang pertama yamg rapat
dengan dia walaupun baru berkawan selama beberapa bulan ! Aku ingat kau dah
kenal dia ! Kau kecewakan aku Ris !”Iz bercerita dengan wajah bengang dan terus
berlari ke arah Risy,diikuti dengan Aqif,Aira dan Aris.
“ Ya Allah,apa aku dah buat ?” Keluh
Ris perlahan,wajahnya sugul.
Di dalam kelas...
“ Cikgu,saya nak cakap
sikit boleh ?”Tanya aku dengan wajah sedih.
“ Apa dia Risy ?”
“ Boleh saya pindah tempat duduk ?
Dengan Aira dan Aris.Tapi,Iz dan Aqif pun nak ikut pindah jugak..”
“ Boleh tu boleh..Tapi kenapa
tiba-tiba..?”
“ Masalah peribadi cikgu..”
“ Baiklah..Ok,pengumuman..Saya akan
pindahkan tempat duduk Iz,Aqif,Aira,Aris dan Risy dengan Aisya Amilia, Aimi
Najihah, Arifah Elliana, Badrul Hakimi danAmir Syazwan. Ok,sila bergerak ke
tempat yang dinyatakan.
“ Terima kasih cikgu..”Ucapku terharu
dengan keprihatinannya.Wajah Sya aku tengok gembira bukan kepalang tapi bila
aku menoleh kepada Faris pula,wajahnya mencuka.Apa yang tak kena dengan
pasangan ni ? Bukan aku dah step out daripada mereka ke ?
“ Iz,Aqif..Kenapa korang nak pindah
jugak ?”Tanya Faris,perlahan umpama bisikan.
“ Maafkan aku Ris.Aku tak dapat nak
teruskan duduk bersama kau setelah kau menyakitkan hati kawan baik yang aku
betul-betul sayang.Aku minta diri..” Balas Iz selamba. Aqif juga melangkahkan kakinya pergi ke
tempat duduk yang diarahkan.
Mulai detik itu,aku lihat si Aisya
semakin galak.Semakin gedik bila bersama Faris sedangkan aku lihat Faris dah
tak berapa nak melayan kerenah dia sekarang.Semakin sakit hati aku
dibuatnya.Aku harus lakukan sesuatu,ya harus !
“ Cikgu,saya akan pindah sekolah
nanti.Saya nak bagi cikgu hadiah.Terima kasih sebab mencurahkan ilmu dan kasih
sayang kepada saya selama ni..”Ucapku sedih
“ Tidak mengapalah Risy.Semoga
menjadi orang berguna suatu masa nanti.Jangan lupakan cikgu ye..”Suara cikgu
kesayanganku sebak tiba-tiba.
“ Cikgu,saya takkan pernah lupakan
cikgu ! Cikgulah guru saya dunia akhirat !” Balasku dengan mata berair.
“ Ok,awak boleh keluar Risy..”
“ Risy,kitorang dengar kau nak
pindah..Betul ?” Tanya Aira dengan wajah terkejut.
“ Ya..”
“ Kau masih terasa dengan Ris ?”
“ Tak..sikit..mungkin..”Balasku
berteka-teki.Biarlah aku sendiri yang mengetahui rahsia hatiku ini.
“ Kau cakap biar betul beb..kalau kau
nak pindah semata-mata sebab dia baik tak payah ! Aku tak sukalah sebab dia kau
pindah.Aku dah tak ada kawan nak luahkan perasaan,kawan nak mengusik aku dan
kawan yang selalu main kejar-kejar dengan aku..”
“ Entahlah Risy.Aku pun sependapat
dengan Aira.Kita ni dah lama kawan.Dah jadi macam adik beradik pun.Sampai hati
kau nak tinggalkan kitorang kat sini.Aku pasti Iz dan Aqil pun tak setuju
dengan perpindahan kau.”Aris pula bersuara.
“ Aku pun berat hati nak tinggalkan
kau orang.Bagi aku,korang sahabat dan saudara aku dunia akhirat.Tapi,aku
terpaksa buat semua ni.Bukan sebab Ris aku ambil keputusan nak
pindah.Bukan.Tapi biarlah alasannya hanya aku yang tahu.”Balasku sendu.
“ Risy,apa-apa pun kau tetap kawan aku
selamanya..”Balas Aira dan Aris serentak.Aku hanya mampu menahan sendu daripada
daripada meletus.Sumpah,aku takkan buat macam ni kalau Faris percayakan aku.
“ Risy,datang rumah aku malam ni.Aku
nak buat jamuan perpisahan kau.Boleh ?”Iz bersuara perlahan dengan mimik muka
memohon simpati.Kesian aku tengok beb ! Boleh menangis terguling-guling..!
“ Wey,aku pindah sekolah jer ! bukan
dengan rumah-rumah sekali aku bedal bawak pergi ! Lagi satu,sejak bila kau
pandai buat muka kesian ni ? Kang aku nangis guling-guling kat sini kau nak
tolong ? Tapi jangan bawa aku ke hospital tanjung rambutan,tapi balik rumah
aku.! Balasku bersahaja mengenakan Iz yang telah kemerahan wajahnya.Padan muka
kau Iz !
“ Aku sayang kau ni.Kau buat aku macam
ni.Tak apa lah..Aku nak merajuk dengan kau.Tak nak jadi geng kau lagi.”Kata Iz
dengan muka merajuk,aduh..boleh sakit jantung aku layan kawan macam ni !
“ Woi mamat ! Kau ni aku gurau sikit
dah nak nangis ! Kau memang ! Dah la muka dah buruk sangat-sangat time
merajuk,nak jugak merajuk budak ni ! Aris,kau tengok ‘boyfriend’ kau ni ! Kuat
benar merajuknya mengalahkan perempuan.Kau kena jaga baik-baik dia !”Sempat
lagi aku berpesan pada Aris,agak-agaklah apa reaksi Aris ? Haha,Aris dah merah
muka malu !
“ Wey,Aris.Relekslah.Kalau ada air
sirap kat sini,dah lama aku bandingkan air sirap dengan muka kau yang merah tu
! Kenapa ? Udang kena bakar ke Ris ?” Erk ? Apa aku sebut tadi ? Ris ? Waa..!
Aku rindu dia giler-giler ! Kenapa dia berubah ? Kenapa ?
“ Risy ! Kau jangan panggil aku Ris !
Nanti kau teringat kat dia siapa susah ? Kitorang jugak tau tak ? Aku tau dalam
diam-diam kau ‘Ter’jatuh cinta dengan dia kan ? Eh,aku dengar hubungan dia
dengan Sya dah goyah wey ! Time untuk kau masuk jarum ! Tak yah pindah lah ?”Aris
bersuara kembali dengan muka berharap.
“ Woi,Aris ! Kau jangan melalut !
Takkan kau nak biarkan Risy ni dengan orang yang dah sakitkan hati dia ? Kau
tak kesiankan dia ke ?”Aira pula bersuara.
“ Apa salahnya kalau kebahagiaan dia
dengan Ris ? Kan Risy ?” Provok Aris pula.
“ Ha’ah.Kebahagiaan aku memang dengan
dia ! Tapi dia sendiri yang menghncurkan kebahagiaan itu ! Dia tak sedar beb
aku suka dia.Ye lah,siapa lah aku ni kan ? Wey,aku dah nak pergi ni.Ni last day
sekolah.Pasal parti kau Iz,aku datang malam ni pukul 9 ! Ok,chow ! Pasni korang
dah payah jumpa dengan aku ! Sayang kau beb !” Aku bersuara sambil melambaikan
tanganku kepada merek yang terlopong mendengarkan pengakuan yang tulus
dariku.Haha
Malam itu,aku,Aris,Aira,Iz dan Aqif
melepak dekat rumah Iz.Rumah Iz ni memang besar,main bola pun boleh ! Tpi
kitorang main hoki lah,eh ? Boleh ke ? Entah,aku hentam je ! Si Iz dan Aqif ni
tak habis-habis dengan gossip liar ! Peliknya diorang ni lelaki ! Tau tak
gossip apa ? Gossip aku dengan Faris ! Lepas dengar pengakuan aku yang maha
tulus tadi,tak habis-habis mengenenkan aku dengan kawan mereka yang sorang tu !
Ceitt,main-main dengan aku !
“ Woi,dah lah ! Aku balik kang ?!
Lepas ni korang memang takkan jumpa dengan aku dah !”Pandai tak aku ugut ?
Senyap kelu dengar aku berkata macam tu ! Baru tau ke penangan Cik Risy Brutal
ni ? Haha..
“ Sya ! Apa kau buat kat sini ?” Aqif
bersuara kuat,mengejutkan aku dan yang lain-lain.Aku tengok muka minah ni masam
mencuka jer.Terlebih makan cuka ke apa ? Ehcuka makan ke minum eh ?
“ Kau senyap ! Aku nak cakap dengan
perempuan tak sedar diri ni ! Ada hati kacau boyfriend aku !”Suaranya yang
bagai petir plus guruh tu memang buat aku nak pergi karate dia.Dah la datang
tak berjemput,balik tak berhantar ! Tangan asyik tunjuk arah aku,bajet cun lah
tu ? Memang sah ! Minum cuka tak cukup pedas,nak suruh aku tambah dengan cili !
Eh,cuka pedas ke ?
“ Woi,kau perempuan.Jaga mulut kau !
Aku cilikan baru tau ! Tak sedar diri ! Datang serang orang kat rumah orang,kau
ingat cantik sangat ke perangai kau ni ? Macam badut tau tk ?! Baik kau blah
sebelum aku panggil pengawal ?!” Iz menyerang dengan cepat,almaklumlah takut
aku diapakan,aku kan bestfriend dia ? Bagusnya !
“ Woi,aku tak cakap dengan kau lah
!”Jeritnya lagi dengan penuh perasaan.
“ Woi,kau meroyan ke ? Aku hantar
masuk tanjung kan sia-sia kesihatan kau ni !”Balasku bersahaja,sempat lagi
cakap dia meroyan tu ! Padan muka,rampas lagi Faris dari aku !
“ Kau ! Arghh !”
“ Awak,dah la.Jom la kita pergi..malu
la..”Aik ? suara tu..Suara yang aku rindu sangat.Terus mataku aku halakan ke
arah sesusuk tubuh,Faris ! Mataku memandangnya,dia juga memandangku.Oh,indahnya
dunia !
“ Kau perempuan ! Jaga sikit mata kau
tu ! Jangan asyik nak tengok ‘teman lelaki’ orang lain !”Tegur Sya dengan gaya
gediknya,memegang tangan Faris yang asyik merenungku.Aku lihat si Faris ni
macam dah tak selesa.Budak ni pun satu,asyik berpegang-pegang,tak tahu ke dosa
haram ? Oh yeah ! Aku tahu nak buat apa ! Siap kau Sya..!
“ Wei Aris,Aira.Kau tak rasa panas ke
?”Tanyaku
“ Mana tak panas beb !” Jawab mereka
serentak.
“ Kau tak panas Sya ?” Tanyaku lagi.
“ Panas ! Panas hati tengok budak perempuan
tak sedar diri macam kau ni kat depan aku !” Balasnya angkuh.
“ Ris,kau tak panas ?” Tanyaku dengan
perlahan.
“ Panas jugak..” Balasnya perlahan.
“ Aku panas plus berbulu mata ni
tengok korang pegang-pegang ! Ingat wey,panas dunia kau boleh tahan,panas
akhirat siapa nak tolong ? Tak dapat den nak nolongnya.” Hah ! Kan dah kena !
Faris terus melepaskan tangan Sya yang asyik memegangnya.Aku lihat muka Sya
macam kena belacan ! Merah menyala ! Malu la tu !
“ Err,sory yer Risy.Aku tak dapat nak
elak.Dia yang pegang aku..”Jelas Faris serba salah.
“ Buat apa kau minta maaf dengan aku
Ris ? Kau salah dengan Tuhan ! Bukan dengan aku ! Jadi,kepadaNYA lah kau mohon
ampun,bukan aku Ris,bukan aku..”Balasku perlahan menahan sebak.Inginku
memberitahunya,aku suka dia.Aku sayang dia.Aku cinta dia.Tapi tak mungkin.
“ Kitorang balik dulu yer Risy ?
Semua,maaf menyusahkan.Sya,jom kita balik !” Arah Faris tegas.
“ Alah,awak..Saya tak bagi pengajaran
lagi kat dia..” Rengek Sya.Ceitt,meluat aku..!
“ Sya ! I said stop it ! Can’t we
just step out from this house ? Don’t be too brave Sya !” Marah Faris
benar-benar berapi.Faris memandang Sya dengan wajah yang bengis membuatkan Sya
terus diam tidak berkelu.Kaku terus dia.!
Beberapa Hari Kemudian...
“ Faris..” Panggilku
perlahan.
“ Err..Risy ! Kenapa kau kat sini ?
Mana Aris dan Aira ? Mana Iz dan Aqif ?” Soalnya bertalu-talu.
“ Ris..Aku nak jumpa kau,buat kali
terakhir.Aris,Aira,Iz dan Aqif yang menyuruh aku memberitahu kau
sesuatu.Sesuatu yang aku dah pendamkan,lama..” Aku memberitahunya dengan satu
nafas.Betapa perasaan aku bagai dilanda rebut menghadapi situasi ini.
**********
Maafkan Hanis klau cerpen ni Hanis buat sambung2.Sebab Hanis x smpat nk update sgt blog n cerpen.Lbh2 lagi sekarang Hanis tgh exam.Klau ada apa2 kekurangan,komen2 yer,Hanis ni pun msh baru dalam penulisan.
Maafkan Hanis klau cerpen ni Hanis buat sambung2.Sebab Hanis x smpat nk update sgt blog n cerpen.Lbh2 lagi sekarang Hanis tgh exam.Klau ada apa2 kekurangan,komen2 yer,Hanis ni pun msh baru dalam penulisan.